Sunday, April 21, 2013

Destinasi cinta~*(^_^)*v

 Perfect leisure,
Tropical paradise,
pampering yourselves in unforgettable holiday


Tioman Island~


fly away ~




family day ~


yummylicious ice cream~*(^_^)*



" Though we travel the world over to find the beautiful, we must carry it us or we find it not"
~Ralph Waldo Emerson~



Tribute with love, XOXO

Friday, April 19, 2013

Cergas dan Cerdas~*(^_^)*

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Cergas dan Cerdas dengan bersukan ~







Arena sukan bola sepak merupakan sukan yang amat unik yang melibatkan penggunaan tenaga fizikal, tahap konsentrasi yang tinggi dalam percaturan strategi secara taktikal oleh para pemain  sebagai satu pasukan. Kerjasama sepasukan diperlukan untuk menghasilkan persembahan yang mantap selain persaingan yang positif oleh pihak lawan.

Umumnya, budaya bersukan  membantu membentuk sahsiah jati diri, disiplin dan nilai murni yang mampan. Selain itu, menerusi implimentasi budaya sukan di peringkat sekolah mahupun di peringkat universiti membantu dalam melahirkan bakat-bakat baru dalam arena sukan bola sepak yang berpotensi untuk bersaing di persada antarabangsa.



Di samping itu, bersukan juga merupakan aktiviti riadah yang berfaedah selain dapat mengeratkan tali silaturahim sesama rakan seperjuangan dan memupuk perpaduan kaum dalam membentuk masyarakat yang lebih sihat dan bertenaga. Justeru, marilah kita membentuk budaya sukan ke arah masyarakat yang cergas , cemerlang , gemilang dan terbilang.



Tribute with love, XOXO



Saturday, April 13, 2013

live~love~life *(^_^)*

live ~love~life





shine your ways,
colourful of souls , 
songs of happiness,
beauty and the beast,

shooting the star,
bright as star,
bright your days,
blooming as roses,

garden of loves,
feels like heaven,
see the light,
see the beauty,
cherished your days,

enjoy your moments,
living in fidelity,
living in love and happiness,
no pain, no gain,

that the real life were meant to be
live life to the fullest
have faith and determination
until you find the real you

live love life~


Tribute with love, XOXO










Saturday, March 30, 2013

Chocolate Moist Cake with sprinkled almond~*(^_^)*

Assalamualaikum w.b.t,


 hi everyone, *(^_^)*V

Chocolate Moist Cake with sprinkled almond~




(Travel pack/ Party pack)

new packaging & new topping~

-simple and portable-

The sticker will vary depending on your theme colour designs. 

Min order;
10 packs and onwards

Also available in ;
medium and large size 




Any inquiry about the pricing details ;
Email-friedafieda@yahoo.com
Contact us-0173696845/ 03-20214321 (office hours)

Tribute with love, XOXO~



Thursday, March 21, 2013

Ikan Siakap Stim Lemon~

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar semua? *(^_^)*, 


senja kian berlabuh~

Menu hidangan tengahari yang ingin dikongsikan hari ini ;

Ikan Siakap 

Ikan siakap (Lates calcarifer), merupakan spesis tangkapan yang digemari oleh kaki pancing. Uniknya ikan ini boleh hidup di air tawar, air masin dan air payau, dan boleh bertukar jantina dari jantan ke betina. Ikan siakap dikategorikan sebagai ikan yang kurang berlemak dan menjadi hidangan alternatif yang berkhasiat untuk santapan keluarga. 

 


Ikan Siakap Stim Lemon


Bahan-bahan;
1) Seekor ikan siakap ( dibuang sisik ,disiang, dan dibersihkan)
2) 1 inci halia (diracik halus)-tujuannya untuk menghilangkan bau hanyir ikan
3) 1 biji lemon (dipotong bulat)-tujuannya untuk menghilangkan bau hanyir ikan
4) 4 ulas bawang putih (diketuk )
5) 1 sudu besar garam (dilumurkan pada ikan)
6) sedikit lada sulah (alternatif)
7) sedikit sos tiram  (alternatif)



Cara-cara membuat:
1) Panaskan air dalam kukusan sehingga mendidih.
2) Masukkan ikan yang dilumurkan garam, halia yang diracik, bawang putih yang diketuk, lemon yang dipotong bulat, sedikit lada sulah dan sedikit sos tiram ke dalam periuk kukusan.
3) Biarkan ikan dikukus selama (30minit) sehingga masak, iaitu isi ikan kelihatan putih.
4) Ikan siakap stim lemon sedia untuk dihidangkan .


Selamat mencuba *(^_^)*


Tip ringkas;
Ikan siakap boleh digantikan dengan ikan merah untuk hidangan stim.
Hidangan ikan siakap boleh juga digantikan dengan hidangan siakap tiga rasa (sweet sour) dan siakap masak pedas.



Tribute with love, XOXO




Sunday, February 24, 2013

Cake Topper~

Cake Topper 

What is cake topper? 

Stacked wedding cake with buttercream topping


Cake topper is placed on top of your cake. It's not only a decoration on the cake but its symbolically presenting the unity and harmonious culture in any celebration purposes such as wedding or birthday event. It can be  edible or non-edible figurine like fondant figurine or any unique cake dolls. 


















Soccer club theme
(right)

Cartoon artwork theme (left)


In addition, wedding cake is one of an oldest traditions of wedding. The cake topper will be a perfect choice to reflect your perfect style, personality and marriage. Its depends on the colours, size or any characters to represent your ideas especially for bride and groom. Thus, get your suitable custom unique personalized cake topper to capture your perfect moments with your loved ones.

~live~love~life~


Tribute with love, XOXO


Saturday, February 23, 2013

Rojak Buah~

Assalamualaikum w.b.t

Rojak pasembur ,
Rojak buah, 
Mi rojak,
dan sewaktu dengannya , yang mana anda gemari?*(^_^)*

Hari ini kita kongsi resepi pencuci mulut berasaskan buah-buahan dan sayuran dalam menu rojak buah . Menu ini berkhasiat ini amat sesuai untuk hidangan santai bersama keluarga dan teman.

Bahan utama yang boleh digunakan dalam menu rojak ;
1) Buah mangga 
2) Buah delima
3) Sengkuang 
4) Timun 
Untuk penyediaan bahan utama amatlah mudah, anda hanya perlu bersihkan semua buah yang diperlukan , racik atau hiris mengikut kesesuaian hidangan anda.



Bahan-bahan ;
1) Cili kering direbus dan dikisar (segenggam/ 15 biji)
2) Cili padi (6-10 biji)-bergantung kepada tahap kepedasan masing-masing
3) secubit belacan 
4) Gula Melaka  (racik halus)
5) 3 sudu besar Gula Pasir 
6)1 sudu besar Kicap Manis
7) 2 sudu tepung gandum untuk memekatkan kuah
8) 1 1/2 cawan air (ikut kepekatan kuah masing-masing)



Cara-cara membuat kuah rojak ;
1) Kisarkan cili kering, cili padi dan belacan.Ketepikan.
2) Sementara itu, masakkan gula melaka , gula pasir dan air sehingga cair di dalam periuk dengan api yang sederhana.
3) Kemudian, masukkan bahan kisaran dan kicap tadi ke dalam periuk .
4) Akhir sekali, masukkan tepung gandum ke dalam adunan sos tadi dan kacau sehingga likat dan pastikan adunan tepung tidak berketul. 
5) Kacau sehingga likat dan sedia untuk dihidangkan dengan buah.
6) Untuk perhiasan , boleh taburkan dengan kacang tanah atau badam hancur.

Selamat Mencuba *(^_^)*



Tribute with love, XOXO

http://www.fiedafrieda.blogspot.com
Email-friedafieda@yahoo.com
Contact us-0133083792/ 03-20214321 (office hours)




Friday, February 22, 2013

Padi, Beras dan Nasi ~

Assalamualaikum w.b.t

Apakah menu tengahari anda hari ini? 
Nasi atau mi ?

Padi , beras dan nasi cukup sinonim dengan masyarakat tempatan dan merupakan makanan ruji bagi masyarakat Asia. Penanaman padi di Malaysia terdiri daripada dua jenis iaitu padi sawah dan padi bukit (huma). Kebanyakan penanaman padi sawah bertumpu di Pantai Barat dan juga di Pantai Timur berikutan faktor geografi tempatnya yang berpaya dan lembap, serta sistem saliran yang baik sesuai untuk pertumbuhan padi. Padi bukit (huma) banyak ditanam di Sabah dan Sarawak. 



Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara masak,
Esok jangan rindu-rinduan




Secara umumnya, padi yang diproses akan menghasilkan beras. Beras berbeza mengikut spesis dan jenis seperti beras putih, beras perang dan beras pulut. Beras juga kaya dengan vitamin, protein dan air.

Produk berasaskan beras turut digunakan oleh masyarakat tempatan sebagai produk kecantikan seperti bedak sejuk  khusus untuk penjagaan kulit .

Nasi adalah sumber karbohidrat terpenting untuk penjanaan tenaga kepada tubuh badan manusia selain protein. Mengikut sistem piramid makanan , nasi dikategorikan dalam kumpulan 1 (paras 1) yang perlu diambil dalam diet seharian  selain daripada bijirin, roti , bihun dan mi.

Di Malaysia, penghasilan produk makanan berasaskan nasi menghasilkan citarasa yang unik dalam penyediaan hidangan makanan tempatan sesuai mengikut majlis keraian tertentu.
  




Sebagai contoh, kuih tradisional yang dihasilkan menggunakan ramuan nasi adalah apam beras. 

Apam beras biasanya dimakan dengan kelapa parut dan sesuai dihidangkan sewaktu sarapan atau minum petang. 

Dalam proses penyediaan adunan apam beras, penghasilan tekstur kuih apam yang  berongga dan lembut terhasil menerusi  pembebasan gas karbon dioksida yang terperangkap dalam adunan akibat interaksi kimia (respirasi anaerob) antara  (nasi) gula  dan ragi (yeast). Proses ini dinamakan  penapaian  (fermentation). Keadaan yang sama berlaku dalam penghasilan doh roti dan pau.








Selain itu, hidangan utama yang popular bagi masyarakat tempatan ialah nasi kerabu, nasi dagang , nasi impit, nasi berlauk dan nasi kandar. Nasi yang disajikan terhasil menerusi adunan rempah ratus,  ulam ulaman serta ramuan tersendiri mengikut keperluan dan citarasa masyarakat setempat. Kepelbagaian hidangan inilah yang mencerminkan identiti masyarakat yang berbeza mengikut negeri di semenanjung Malaysia dan di Malaysia Timur (Sabah Sarawak).




Kepelbagaian pengolahan makanan dalam bentuk hidangan menggunakan nasi menjadikan malaysia sebagai destinasi popular pelancongan untuk dilawati kerana produk makanan yang unik dan sesuai dengan masyarakatnya yang berbilang kaum . Justeru, manfaat daripada sekecil-kecil biji benih padi sehingga menjadi makanan setempat adalah setimpal seiring dengan usaha keringat oleh para pesawah yang senantiasa menaburkan bakti untuk kepentingan bersama.


Tribute with love, XOXO







Sunday, February 17, 2013

Kuih oh Kuih ~*(^_^)*

Assalamualaikum w.b.t

Teringat akan kampung halaman  atau hidangan tradisi sewaktu usia kecil ?
Apa kata, kita mencuba hidangan pencuci mulut tradisional yang kami sajikan di Fieda's delight.


Kami sedia menerima tempahan untuk menyediakan hidangan kuih muih bagi majlis keraian anda (majlis kesyukuran perkahwinan/ kenduri akikah atau majlis formal). 


Senarai jenis kuih muih yang boleh didapati;
1) Aneka kuih talam (ubi kayu/keladi/ pandan)* menu popular
2) Kuih seri muka *menu popular
3) Aneka lepat (pisang/labu) *menu popular
4) Kuih karipap*menu popular
6) Kuih bakar bijan/ pandan 
5) kuih burger malaysia
6) Kuih kosui
7) Kuih donut 
8) Kuih bingka ubi
etc.

Min order;
50 pcs dan ke atas.
    


 



       Pandan dan santan menjadi ramuan,
        Resepi adunan dalam hidangan,
       Santapan santai keluarga dan teman,
           Pengikat tradisi zaman berzaman.























Pakej hidangan jamuan juga disediakan. 
Untuk tempahan dan senarai harga lanjut, sila hubungi kami;
Email-friedafieda@yahoo.com
Tel; 0133083792/017-3696845/ 03-20214321 (office hours)





Wednesday, February 13, 2013

Kerang Rebus Singgang~

Assalamualaikum, w. b.t

Hari ini kita berkongsi resepi mudah untuk santapan keluarga dan teman dengan menggunakan kerang.


Info mengenai kerang; 
Kerang merupakan sejenis haiwan moluska yang bercangkerang sama seperti tiram /kepah/lokan/ remis. Kerang juga adalah sumber zink yang bermanfaat dalam perkembangan otak.
Kerang biasanya boleh juga dimasak untuk sambal kerang dan kerang bakar.


Menu-Kerang Rebus Singgang



Bahan-bahan:
1) kerang 1 kg (dibersihkan segala kotoran dan ditoskan)
2) air (nisbah yg digunakan, 1 bahagian kerang: 3 bahagian air)
3) 3 batang serai (dititik)
4) satu labu bawang putih (diketuk) 
5) 1 sudu garam

Cara-cara membuat;
1) Kerang yang sudah dibersihkan dimasukkan ke dalam periuk . Isikan air mengikut nisbah tadi
2) Masukkan serai, bawang putih yang sudah diketuk/ dititik dan akhir sekali masukkan garam.
3) Rebus kerang sehingga betul2 masak (30min) iaitu dalam keadaan cangkerangnya terbuka sehingga menampakkan isi kerang dengan api dapur yang sederhana.
4) Kerang rebus singgang sedia untuk dihidangkan.

selamat mencuba *(^_^)*


Tribute from Fieda's delight with love, XOXO

Email-friedafieda@yahoo.com
Contact us-0133083792/ 03-20214321 (office hours)

Skuad Pencari Kerang~

Assalamualaikum w.b.t

Anda suka akan kerang? Kerang sesuai dihidangkan untuk sajian makan tengahari mahupun malam dan dimasak dengan pelbagai cara untuk dinikmati. Entri seterusnya, akan berkisar mengenai hidangan mudah menggunakan kerang.

Kini bersiaran kembali, meneruskan catatan slot santai untuk ekspedisi musim cuti sekolah. Kali ini, kami menyertai aktiviti ke laut dalam misi 'skuad pencari kerang', yang diadakan di kampung Bagan Sungai Buluh, Jeram, Kuala Selangor. Aktiviti bersantai begini digalakkan untuk mengeratkan silaturahim sesama rakan dan ahli keluarga.

Suasana nyaman dengan desiran ombak laut, mendamaikan jiwa. Hari semakin mendung  menandakan hujan bakal turun  tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan misi. 


panorama indah di jeti sebelum misi pencarian kerang bermula

kulit cangkerang menghiasi permukaan tanah di sepanjang jeti

misi pencarian bermula dengan menyelusuri persisiran muara laut air masin

 

Keceriaan terpancar di wajah peserta ekspedisi sewaktu menaiki bot memandangkan ini merupakan pengalaman pertama kami meneroka laut terbentang luas untuk melihat sendiri siri kehidupan sang penyauk kerang yang terdiri daripada nelayan di kawasan setempat.
       
Kami berasa sungguh kagum melihat kehidupan nelayan bukanlah semudah yang disangkakan, kais pagi makan pagi , kais petang, makan petang. Para nelayan terpaksa meredah cabaran ombak laut, dan keadaan cuaca yang tidak menentu demi mencari sesuap nasi untuk menyara kehidupan seharian. Hanya mereka yang berjiwa cekal dan kental sahaja mampu meneruskan misi kehidupan yang sangat penuh dengan pancaroba dan mampu bersyukur dengan kudrat tulang empat kerat yang dikurniakan ilahi. 


Keadaan kami sewaktu di tengah laut selat melaka 


Aktiviti menyauk kerang dijalankan menerusi tiang yang dipacakkan sebagai penanda kawasan kerang banyak didapati. Kerang sememangnya hidup di permukaan lumpur dan nelayan akan menyauk kerang menggunakan sangkar kecil dan sebatang kayu panjang. Bot yang dipandu oleh nelayan akan menyelusuri sepanjang kawasan kerang yang dipacakkan dengan kayu untuk menuai hasilnya. Kebiasaannya musim menyauk kerang bermula pada awal bulan 2 (Feb) - 6 (Jun) setiap tahun.




keadaan sewaktu hujan mulai turun membasahi bumi


Setelah pulang, hasil tuaian kerang akan dipindahkan ke mesin pengasing bagi tujuan pengasingan sisa tuaian lain (sampah) (air masin) dan hasil kerang. Proses penyaringan dilakukan dengan menggunakan air paip yang bersih.


hasil tuaian terakhir setelah melalui proses penyaringan

sisa lain yang sempat dituai ~
si belangkas (sentiasa berpasangan si jantan dan betina)


Belangkas hidup di laut air masin dan paya air tawar. Daging dan telur belangkas yang matang boleh dimakan dan biasanya dimasak dalam hidangan asam pedas terutamanya oleh masyarakat di Kota Tinggi , Johor.






inilah rupanya , kerang segar dan memang terbaik dari laut. *(^_^)*



Keseronokan terpancar di wajah setiap ahli ekspedisi dalam menyelami sendiri kehidupan para nelayan. Syabas diucapkan kepada para nelayan yang terlibat kerana memberikan kami pengalaman yang cukup bermakna . Selamat berjuang kepada para nelayan yang tidak pernah kenal erti penat lelah dalam mencari rezeki yang halal di bumi yang bertuah ini. Diharapkan aktiviti bermanfaat ini dapat diteruskan dalam mempromosikan aktiviti pelancongan seterusnya membantu menambahkan ekonomi penduduk setempat.


Tribute from Fieda's delight with love, XOXO


Kampung Kuantan, Firefly park in Selangor~




merenung sejenak memuji nama Ilahi,
mensyukuri atas kurniaan diberi,
mencari keredhaan Ilahi yang hakiki,
mengamit ketenangan hakikat sanubari.

```````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````

 Jeti Kampung Kuala Kuantan, Kuala Selangor

Assalamualaikum, w.b.t

Sempena cuti sekolah dan perayaan tahu baru cina , slot santai (educational trip) ini ditujukan khas untuk teman pembaca yang berada jauh di mata, tetapi dekat di hati .





Kampung Kuala Kuantan di Selangor terkenal sebagai tempat percutian bertaraf dunia yang menarik di Malaysia. Keunikannya terserlah sebagai destinasi perlancongan  bagi melihat keindahan alam dan hidupan flora dan fauna iaitu habitat paya bakau dan kelip-kelip. Destinasi pilihan ini telah mendapat usaha sama dengan pihak Tenaga Nasional, untuk membangunkan kawasan paya bakau bagi memelihara dan memulihara habitat kelip-kelip (firefly) dengan aktiviti penanaman pokok bakau (berembang). 


Pokok berembang merupakan spesis pokok paya bakau unik berbanding spesis lain yang berperanan sebagai habitat hinggap bagi kelip-kelip. Kelip-kelip yang terdapat di habitat paya bakau, kampung kuantan ini merupakan tarikan pelancong untuk berkunjung ke sini memandangkan keunikannya untuk mengeluarkan cahaya dengan kadar kerlipan (3x / minit). Kadar kerlipan cahaya yang dipancarkan bergantung kepada jantina kelip-kelip iaitu kadar kerlipan akan lebih pantas bagi jantan berbanding kelip-kelip betina.





Anak pokok bakau spesis berembang sebelum ditanam di kawasan paya bakau .

Lazimnya, pokok bakau penting dalam ekosistem sebagai habitat pembiakan ikan, kelip-kelip dan bertindak sebagai agen semulajadi penghadang hakisan pantai oleh arus ombak yang dibantu oleh akar ceracak yang naik menegak.



 


Projek penanaman pokok berembang dilakukan secara berperingkat-peringkat oleh pihak yang bertanggungjawab bagi tujuan memulihara habitat kelip-kelip, di sepanjang tebing sungai kawasan paya bakau kampung kuantan. Kelip-kelip akan banyak didapati ketika musim air pasang, ketika cuaca amat gelap dan sunyi (jauh daripada bunyi bising). Justeru, kepada pelancong luar dan dalam negara, anda disarankan agar tidak mengambil gambar sewaktu proses pemerhatian dilakukan, memandangkan cahaya (flash ) kamera yang dipantulkan akan menganggu sifat semulajadi kelip-kelip untuk memancarkan cahaya di waktu malam. Pelancong akan dibawa menyelusuri tebing-tebing paya untuk menikmati keindahan kerlipan cahaya kelip-kelip dengan menaiki sampan.

Glow in the dark~
In general, firefly will glow in the dark because it produces chemical (luciferin) which will react with oxygen and emits the soft light . Firefly also called as lighting bugs. On the other hands, the intermittent signals is produce to attract the attention for possible future mates which is essential for survival in fireflies' population.


 Pelbagai kajian penyelidikan yang telah dijalankan untuk memastikan kelestarian habitat paya bakau, di Kampung Kuantan, Selangor terpelihara.


Kemudahan dewan seminar turut disediakan untuk tujuan rasmi bagi sesi soal jawab 



buah pokok berembang
(rasanya yang agak kelat dan sedikit berlemak ; boleh dimakan mentah dengan kuah rojak ataupun dimasak)


Pendayung sampan selaku pemandu pelancong tempatan yang peramah dan senantiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelancong yang datang di seluruh pelusuk negara 

Kesimpulannya, proses pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar perlu penglibatan semua pihak bagi memastikan ekosistem berada dalam keadaan terkawal dan tidak terancam untuk generasi akan datang.

 Jom jalan-jalan cari makan sambil menambah ilmu pengetahuan *(^_^)V.


Lets preserve and conserve our mother nature, ' Save Nature, Save Future'


Tribute with Fieda's delight with lots of love, xoxo














LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ORDER FORM @ fieda's delight

Name:
Email Address:
Contact Numbers;
Delivery Location;
Delivery Date;
Types (Order Items);
Kindly stated the size, flavor, colour and theme (please refer to details of cakes, cupcakes and cheese cakes)

Form provided by Freedback.