Sunday, May 27, 2012

Happy 15th birthday gurl, Dania ~*(^_^)*

Salam, dear all 

today's entry is nothing much to impress you..:) 
just a suprise gift for dearie student,
Dania, which already turned 15 years old, 

Happy Birthday , dear *(^_^)*, good luck in your studies dear, may gt flying colors in your exam :)

Vanilla Butter + buttercream topping
purple theme color






mini cupcakes





Hope you'll like them dear *(^_^)*

http://www.fiedafrieda.blogspot.com
email-friedafieda@yahoo.com
contact us-013-3083792/017-3696845


Saturday, May 26, 2012

Laksa Penang versi ringkas~*(^_^)*

Salam , dear all,

selamat berhujung minggu semua, *(^_^)*
selamat bercuti kepada semua pelajar2 sekolah rendah & menengah,
cuti sekolah ni, fida ader berkesempatan untuk mencuba masakan yang terkenal di sebelah utara,
Laksa Penang, yang merupakan makanan kegemaran kami sekeluarga.

lets' have a look at the simple recipes;


Laksa Penang *(^_^)*
(4-6 org makan)




Bahan-bahan utama;
Kuah laksa;
1) 1/2kg ikan kembung/ sardin  (dibersihkan , direbuskan )
2) seikat daun kesum
3) 2 batang daun kantan (dibelah empat)
4) 3 biji cili hidup merah saiz besar (dikisar)
5) 4 ulas bawang merah (dikisar)
6) 2 ulas bawang besar (dikisar)
7) seinci belacan (dikisar)
8) 1 tin sardin kecil (dibuang sosnya dan ambik isi ikan sardin shj)-dikisar
9) 3 keping asam gelugor
10) 3 sudu besar cili kisar (cili boh)
11) garam dan ajinomoto (sebagai perasa secukup rasa)

Bahan-bahan ulam;
1)Timun-dihiris halus
2) Limau nipis-dihiris
3) bawang merah/besar -dihiris halus
4) Nanas-dihiris (opt.)

Laksa;
boleh gunakan laksa yang siap dijual dalam paket ataupun jenis kering. Rebuskan sehingga lembut dan sedia untuk dihidangkan.

Add caption

Cara-cara penyediaan;
1) Rebuskan ikan kembung/ sardin sehingga masak dengan sedikit garam. Toskan airnya dan asingkan isi -isi ikan dan kisarkan halus. Kisarkan juga tulang ikan tadi dan tapiskan airnya.
2) Untuk membuat kuah laksa, masukkan semua bahan yang dikisarkan ke dalam periuk. Masukkan juga air kisaran ikan dan tulang ikan ke dalam periuk yang sama.
3) Masukkan asam gelugur, cili kisar, daun kantan dan daun kesum ke dalam periuk yng sama.
4) Tambahkan air mengikut kepekatan kuah yang dikehendaki ke dalam periuk yang sama. Masakkan kuah laksa sehingga mendidih dan perasakan mengikut citarasa anda (garam/gula/ajinomoto jika perlu).


Sedia untuk dihidangkan  bersama laksa yang direbus dan dimakan bersama ulam. :)




Selamat mencuba semua :)

Have a nice day.


http://www.fiedafrieda.blogspot.com
email-friedafieda@yahoo.com
contact us- 013-3083792/017-3696845 




Tuesday, May 22, 2012

Ikan Kembung Masak Lemak Cili Padi ~*(^_^)*

Salam, dear all,

selamat tengahari semua,

selamat menikmati makan tengahari semua , dan bagi yang berpuasa selamat berpuasa, di bulan Rejab yang mulia ini. Kali ini fida ingin berkongsi resepi masakan biasa yang popular di Negeri Sembilan,
masakan yang terkenal dgn kepedasannya...hehee...

ok, inila resepinya yang mudah dan ringkas.

Ikan Kembung Masak Lemak Cili Padi..
ikan kembung kalau di sebelah utara, penang, dipanggil ikan termenung..hehehe tkthula nape mungkin
sbb mata nyer yang terkeluar besar cmtu agaknya..hahaha*(memandai jer)*..
**ader sesetengah resepi sebelah melaka, tidak menggunakan bawang merah & putih dalam penyediaannya, terpulang mengikut cita rasa masing-masing.



Bahan-bahan utama;
1) 5 ekor ikan kembung (dipotong dua, dibersihkan dan ditoskan)
2) 5 helai serai (diketuk)
3) seinci kunyit hidup (dikisar)
4) 20 biji cili padi (dikisar)
5) 3 biji bawang merah (dikisar)
6) 3 ulas bawang putih (dikisar)
7) sehelai daun kunyit (dimayang halus-menaikkan aroma masakan)
8) 120ml santan cair dan pekat  ( almost  dari sebiji kelapa parut)
9) 1 keping asam gelugur
10) Air-untuk mendapatkan santan 
11)3 biji tomato dibelah 4 -memberikan warna yang cntik dalam masakan dan rasa yang agak masam sikit. (optional)
12) garam gula sebagai perasa.

Cara-cara membuatnya;
1) Masukkan ikan, dan semua bahan yang dikisar ke dalam periuk . Panaskan semua bahan tumisan sehingga sebati.
2) Masukkan serai, asam keping , daun kunyit yang dimayang halus tadi, dan akhir sekali masukkan santan cair  dahulu ke dalam periuk. Masakkan dengan api sederhana selama 10 minit.
3) Kemudian, masukkan santan pekat , tomato dan perasakan dengan garam  gula secukupnya.
Masak sehingga kuah agak pekat. Jangan lama sangat masak, nnti santan pecah dan ikan hancur  :).



*P/S- resepi ini boleh digunakan untuk semua jenis lauk (ayam/udang/ikan/ketam etc)
selamat mencuba dan menjamu selera semua :)



http://www.fiedafrieda.blogspot.com
email-friedafieda@yahoo.com
contact us-017-3696845/013-3083792

Monday, May 21, 2012

PAU KACANG~ *(^_^)*


Salam dear all,
ini entry kedua bagi resepi membuat pau (homemade)

Kali ini inti yang digunakan adalah pau kacang,
resepi yang ditayangkan adalah sama juga seperti entry lepas; :)



PAU KACANG;

Bahan-bahan membuat pau:
1)1 kg tepung gandum
2) 1/2 cwn minyak masak
3) 1 paket yis mauripan
4) 1/2 cwn gula (secukup rasa)
5) sedikit garam
6) 2 1/2 cawan air
7) 2 sudu bsar susu pekat manis (lembutkn doh)


Cara-caranya:
1) Panaskan kukusan di atas api yang sederhana
2)  Gaulkan tepung dan yis mauripan dan larutkan gula di dalam air
3) Gaulkan semua ramuan tadi sehingga sebati . Uli lembut dengan tangan selama 10 -15 minit sehingga adunan menjadi kenyal dan licin ( tidak melekat pada tangan)
4) Ambilkan doh tadi dan buat bulat kecil2 dan biarkan selama 10 min
5) Canaikan doh kecil tadi dan masukkan inti di bahagian tengah adunan
6) Tutup inti dan bulat2kan sehingga adunan licin mengikut bentuk disukai.Letakkan adunan yng dibentukkan dengan pelapik daun pisang atau kertas putih yang dipotong empat segi/bulat
7) Biarkan adunan pau selama 35 min  dan ditutup sehingga agak mengembang
8) Kukuskan dalam pengukus selama 15 min pada suhu tinggi.(Jangan lebih masa mengukus).


Peringatan:
-semasa mengangkat penutup pengukus, pastikan penutup dilapik dengna kain bagi mengelakkan air kukusan terkena permukaan pau yang boleh merosakkan tekstur rupa pau.

- Inti pau boleh dibuat dengan inti daging/ayam/kacang merah mengikut kesukaan masing-masing sama seperti membuat inti karipap



Selamat mencuba;

Have a nice day all *(^_^)*

http://www.fiedafrieda.blogspot.com
email-friedafieda@yahoo.com
contact-013-3083792/017-3696845

Karipap Ayam~ *(^_^)*

Salam, dear all

petang yang disirami hujan rintik-rintik di luar rumah membuatkan rasa berkeroncong di perut ..
dan teringatkan mak ayah  di kg, hehhee...jom jamu selera dengan minum petang dengan kuih karipap..
resepi karipap ini dah ditayangkan dalam entry sebelum ini,
tpi memandangkan masih ader yang bertanya ..fida copy paste jer seperti entry terdahulu;


Karipap Ayam




Bahan-bahan untuk doh:
1) 1/2kg tepung gandum
2) 1 sudu besar minyak masak/ 2 sudu marjerin
3) Air garam (suam)

Bahan-bahan untuk inti:
1) 4/5 biji ubi kentang(dipotong dadu)
2) Ayam/ daging dipotong dadu(potong kecik)
3)5 tangkai cili kering (dikisar)-anggaran sendiri :)
4) 2 kuntum bunga lawang (dikisar)
5) Serbuk kari daging dua sudu besar
6) 5 kuntum bunga cengkih (dikisar)
7) 1 biji bawang besar (dikisar)
8)1-2 sudu besar jintan manis (dikisar)-tkder pun takper
9) garam, gula dan AJINOMOTO secukup rasa..

cara -cara membuat inti:
1) mula-mula kisar semua bahan yang di'highlightkan' warna biru
2) panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan dikisar
3) masukkan kentang dan ayam yang dipotong dadu
4) kacau sebati dan masukkan garam,gula dan AJINOMOTO secukup rasa
5) kacau dan masak inti sehingga kering dan tutup api dan biarkan sejuk sebentar.

cara-cara membuat doh karipap:
1) mula-mula gaulkan tepung gandum dengan merjerin atau minyak masak
2) kemudian, masukkan air garam sedikit demi sedikit
3) uli sehingga betul-betul lembut dan kenyal sikit dan biarkan dalam 5 min-10 min.
4) kemudian bulatkan sedikit2 doh adunan menjadi beberapa bahagian
5) biarkan adunan kecil tersebut selama 15-20 min
6) uli adunan yang kecik2 tadi menjadi leper dengan 'roller' dan letakkan di atas acuan karipap
7) masukkan inti dan tutup acuan dengan kemas bagi mendapatkan bentuk yg dikehendaki
8) biarkan karipap selama 1 jam sebelum di goreng
9) karipap sedia digoreng dan dihidang





*Peringatan:
untuk karipap yang ingin disimpan lama dan diletakkan di dalam peti sejuk
-pastikan karipap digoreng sebentar (2 min) dalam api sederhana supaya tidak melekat dan bolehla disimpan lama seperti karipap segera.




Selamat mencuba;

Have a nice day all *(^_^)*

http://www.fiedafrieda.blogspot.com
email-friedafieda@yahoo.com
contact-013-3083792/017-3696845

Saturday, May 19, 2012

Kari Ayam *~(^_^)*

Salam, dear all,

selamat tengahari semua, :)
 hari ini jom kita berkongsi resepi kari ayam  yang sesuai dihidangkan untuk seisi keluarga sebagai santapan tengahari mahupun makan malam :)



Kari Ayam 

(serving untuk 4-5 orang makan)

Bahan-bahan Utama;
1) 1/2kg ayam (dipotong sederhana, dibersihkan dan ditoskan)
2) 1/2 biji kelapa parut dan amik santannya.(santan pekat + cair)
3) 3 biji bawang merah (dikisar)
4) 4 biji bawang putih (dikisar)
5) 1 serai (dikisar)
6) 1/2 inci halia (dikisar)
7) 10 keping cili kering (dikisar)
8) 3 sudu serbuk kari BABA's (serbuk kari ayam/daging)-dicampurkan dengan air bagi mendapatkan pesnya.
9) 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih 
10) 1/2 sudu kecil  serbuk jintan manis
11) rempah sekawan(1 kayu manis + 3 pelaga+ 2 bunga cengkih)
12) 2 biji kentang (dikupas kulit dan dipotong kiub)
13) 1 asam keping
14) garam , ajinomoto -perasa
15) setangkai daun kari (untuk menaikkan aroma kari)
16) minyak masak




Cara-cara membuat:
1) Panaskan minyak masak dalam kuali.
2) Tumiskan 3-4 sudu bahan yang dikisar, rempah (kayu manis+ pelaga+ bunga cengkih), serbuk jintan manis dan putih sehingga naik bau dan pecah minyak.
3) Kemudian masukkan 2 biji kentang dan serbuk kari Baba's yang dicampurkan dengan sedikit air dan gaul sebati. Masakkan  dalam 10 minit sehingga naik bau lagi. (rempah kari kena dibiarkan agak lama sedikit masak supaya tidak sakit perut )*^_^*
4) Kemudian, masukkan ayam dan gaul sebati dengan bahan rempah . Tuangkan sedikit demi sedikit santan dan masukkan asam keping. Masak sehingga kuah agak2 mengelegak. Pastikan supaya santan tidak pecah minyak.
5) Perasakan dengan garam dan sedikit ajinomoto (jika perlu) mengikut kesukaan anda , masukkan daun kari untuk menaikkan bau dan masak lagi sehingga kentang betul2 empuk dan ayam betul2 masak.
6) Kari ayam sedia untuk dihidangkan.




Selamat Mencuba :)
Have a nice weekend all,


http://www.fiedafrieda.blogspot.com
email-friedafieda@yahoo.com
contact-013-3083792/017-3696845


Maroon Creme Theme Wedding Cake~*(^_^)*

Salam, dear all,

morning..:) im still awake just to update the latest entry which is an order for a wedding event, 
this morning. :), 










3-tiered buttercream chocolate wedding cake
maroon creme theme color 


extra cupcakes gift from us, fieda's delight


Thanks for ordering with us :)


have a nice day all *(^_^)*

http://www.fiedafrieda.blogspot.com
email-friedafieda@yahoo.com
contact-013-3083792/017-3696845

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ORDER FORM @ fieda's delight

Name:
Email Address:
Contact Numbers;
Delivery Location;
Delivery Date;
Types (Order Items);
Kindly stated the size, flavor, colour and theme (please refer to details of cakes, cupcakes and cheese cakes)

Form provided by Freedback.