Showing posts with label NASI LEMAK. Show all posts
Showing posts with label NASI LEMAK. Show all posts

Wednesday, February 22, 2012

Nasi Lemak Rendang Ayam

Salam dear all,

Im just rest in my house  today ,finishing my assignments while enjoy eating nasi lemak + ayam masak rendang 
as i made earlier
The recipe for 'rendang ayam' is  the same as i posted ealier in previous entries .
click this link for the recipe;
http://fiedafrieda.blogspot.com/search/label/RENDANG%20AYAM

Today 's recipes is slightly different from previous entry and i explained in briefly details to make sure you will understand while trying by yourself at home.(BM VERSION).

Nasi Lemak  2ND VERSION~
(for 3-5paxx)..



 BAHAN-BAHAN NASI LEMAK; (3-5 org makan)
2 cawan beras (dicuci bersih)
2 cawan santan kelapa
2 helai daun pandan (dibasuh dan disimpulkan)
6 biji telur (direbus atau di goreng)-terpulang ikut citarasa masing-masing
1 batang timun ( dibuang kulit dan di potong halus)
sedikit kacang tanah (di goreng)
sedikit ikan bilis (digoreng garing)

BAHAN-BAHAN SAMBAL IKAN BILIS
sedikit cili kering (dikisar)
6 ulas bawang putih (dikisar)
2 1/2 biji bawang besar (dikisar)
4 biji bawang kecil (dikisar)
sedikit ikan bilis (dikisar)
2 biji bawang besar (diracik)
garam (secukup rasa)
gula (secukup rasa)
ajinamoto (secukup rasa)
sedikit air

CARA-CARA MEMBUAT NASI LEMAK;
1) masukkan beras dalam periuk nasi, kemudian masukkan santan dan sedikit garam,.
2) gaulkan perlahan2 agar ia sebati, letakkan daun pandan (bau harum) dan masak sehingga betul masak dengan api sederhana.
3) kemudian hidangkan bersama bahan2 yang lain (telur,timun,ikan bilis,kacang tanah).

CARA-CARA UNTUK MEMBUAT SAMBAL.
1) Tumiskan semua bahan2 yang telah dikisar tadi sehingga naik garing dan naik/pecah minyak.
2) Masukkan sedikit gula,garam,dan ajinamoto secukup rasa dan biarkan sehingga kering sebelum ditambahkan sedikit air.
3)Masukkan bawang besar yang telah dipotong nipis tadi.
4) Teruskan masakkan sehingga bawang tersebut layu dan sambal semakin kering.
5)Biarkan selama beberapa minit sebelum diangkat dan dihidangkan bersama nasi lemak.



Have a nice day all,

fieda's delight
http://www.fiedafrieda.blogspot.com
email-friedafieda@yahoo.com
contact; 013-3083792/017-3696845

Tuesday, November 15, 2011

Nasi Lemak di Musim Tengkujuh

Salam, dear all,

hari ini kiter bersiaran dalam BM, dalam musim2 hujan a.k.a tengkujuh, hujan yg renyai2 nie, sy merajinkan diri membuat nasi lemak sebagai juadah "brunch" sy merangkap juadah makan tgahari . Teringatkan daun pandan di luar rumah dan telur yang masih banyak di dapur ,sy buatla menu yang simple ni. Lagipun dah lama tak makan nasi lemak, sekali sekala bolehla sbb makanan berlemak nie tak boleh makan selalu, tak elok untuk kesihatan, apatah lagi nie makanan lemak bersantan.

Jom kiter tgk hasilnya, 
Nasi Lemak biasa , biasanya org akan suka makan ngan sambal ikan bilis goreng + kacang asing. 
Tapi fida lagi suka version ikan bilis halus goreng ngan sambal sekaligus. Terpulangla ikut cara masing-masing, yg penting sedap :)




InIla resepi biasa Nasi Lemak versi saya;

Nasi;
Bahan-bahan;
2 1/2 cwn beras (di basuhkan dan ditoskan)
1 biji kelapa (diperahkan dan diambil santannya)
1 inci halia (dihiris halus)
sedikit garam
2-4 helai daun pandan (dibersihkan & disimpulkan)
**Note; untuk masakan bersantan seeloknya bubuh sedikit garam untuk menambahkan rasa sedap lemak .

Cara-cara;
1) Basuhkan dan toskan beras. Tanakkan atas dapur dengan santan yang diperah tadi.
2) masukkan hirisan halia + sedikit garam + daun pandan ke dalam nasi + santan tadi.
3) Pastikan nasi dimasak dengan api sederhana kecil supaya tidak hangit bawah nasi nanti.
(kalau ader rice cooker lagi bagus, takpayah jaga api, just keep warm, insyaAllah masaklah nanti)


Sambal Ikan Bilis,

Bahan-bahan;
1) 100gm ikan bilis yang halus yang sudah dikopek (ikutla gred mana2 ikut kesukaan masing-masing)
***kalau nak goreng asing , gunakan ikan bilis saiz besar
**kalau nak sambal, better guna ikan bilis kecil / halus ,sebb lagi lembut.
2) 15 biji cili kering (dikisarkan)- nak pedas lagi lebihkan.
3) 5 ulas bawang merah (dikisarkan)
4) 2 ulas bawang putih (dikisarkan)
5) 1 inci halia (dikisarkan)
6) satu keping asam gelugur/asam keping
7) secubit belacan
8) garam, gula secukup rasa

Cara-cara membuat;
1) Kisarkan semua bahan yang perlu dikisar. Ketepikan
2) Basuhkan dan bersihkan ikan bilis yang telah dikopek.
3) Panaskan minyak dan tumiskan bahan sambal sehingga pecah minyak dan naik bau. Kemudian letakkan ikan bilis + belacan + belacan.
4) Masak sehingga ikan bilis agak2 lembut untuk dimakan.Perasakan dengan garam,gula secukup rasa.

***ader sesetengah org , ikan bilis dan kacang goreng  hanya digoreng sahaja**



(pic tk berapa pro-kena belajar lagi*sy budak baru belajar*)

Ulam-ulaman;
timun yang dihiris halus-halus

Telur rebus;
4 biji (terpulang ikut citarasa)

**rebuskan dalam air mendidih selama 15 minit , sehingga betul2 masak, setelah masak, sejukkan sebentar sebelum dibuang kulit & dipotong unutuk dihidangkan bersama nasi lemak **

santapan ini enak dimakan dengan kopi panas, sewaktu makan sarapan, tengahari ataupun malam bersama
hidangan sampingan lain spt, (sambal sotong/ sambal goreng ayam/ telur masak kerbau/ daging masak kicap etc..)*(^_^)*
selamat mencuba . 


Have A nice day

Cooking with Love & You will taste the Passion Of IT

*(^_^)*

@
fieda's delight
http://www.fiedafrieda.blogspot.com
email us; friedafieda@yahoo.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ORDER FORM @ fieda's delight

Name:
Email Address:
Contact Numbers;
Delivery Location;
Delivery Date;
Types (Order Items);
Kindly stated the size, flavor, colour and theme (please refer to details of cakes, cupcakes and cheese cakes)

Form provided by Freedback.