Tuesday, July 17, 2012

Ayam Masak Pandan Berempah~

Salam, dear all

Hujan lebat di luar membasahi bumi, mengingatkanku bahawa ia adalah rahmat Allah kepada umatNya. Menghitung hari ...detik demi detik...kini hampir 3 hari kita semua umat Islam bakal menyambut 
dan menghadapi bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan iaitu bulan Ramadhan..

Menjelang bulan puasa ini, kita disarankan supaya memastikan diri mental dan fizikal sentiasa berada di tahap maksimum supaya dapat menjalani ibadah puasa , tarawih dan juga meneruskan rutin kita mencari rezeki di bumi Allah ini dengan kadar yang optimum.

***Amalkan makanan yang boleh membekalkan tenaga dan Jangan lupa bersahur ketika di bulan yang mulia ini. Amalkan makanan sunat Nabi Muhammad s.a.w seperti kurma , minum susu, atau makanan berserat tinggi seperti oat, bijirin yang dapat membekalkan tenaga di siang hari ****
******************************************************************************************
Ok, hari ini fida ingin berkongsi lauk yang senang dan mudah ;

Ayam Masak Pandan Berempah ~
hidangan 2-3 orang~





Bahan-bahan ;
1) 1/2 kg ayam - dipotong sederhana , dibersihkan dan dilumurkan garam dan kunyit
2) 10 cili kering -dikisar
3) seinci halia-dikisar
4) 3 ulas bawang merah-dikisar
5) 5 ulas bawang putih -dikisar
6) 1 sudu kecil ketumbar -dikisar
7) 1 sudu kecil sos tiram
8) 2 sudu besar sos cili
9) 4 rempah  sekawan- kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang
10) Minyak untuk mengoreng & menumis
11) 3 helai daun pandan (disimpulkan)-memberikan aroma bau yang wangi
12) garam gula secukup rasa
13) Sedikit air (kuah)
14) 2 buah tomato (dibelah empat)




Cara-cara membuat;
1) Gorengkan ayam sehingga separa masak dalam kuali. Ketepikan.

2) Sediakan kuah tumisan;

1)Tumiskan semua bahan yang dikisar, 4 rempah sekawan sehingga pecah minyak dan naik bau.
2) Masukkan sos tiram, sos cili dan daun pandan yang disimpulkan ke dalam bahan tumisan. Masukkan sedikit air. Tumiskan bahan kuah sehingga sebati, naik bau .
3) Masukkan ayam yang digoreng tadi dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Tambahkan sedikit air dan buah tomato akhir sekali. Masak sehingga kuah agak pekat dan daging  ayam empuk.Jangan bagi sampai tomato terlalu lembut.
4) Ayam Masak Pandan Berempah sedia untuk dihidangkan.






Selamat Mencuba *(^_^)*

http://www.fiedafrieda.blogspot.com
Email-friedafieda@yahoo.com
Contact us- 013-3083792/ 017-3696845/ 03-20214321 (office hours)



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ORDER FORM @ fieda's delight

Name:
Email Address:
Contact Numbers;
Delivery Location;
Delivery Date;
Types (Order Items);
Kindly stated the size, flavor, colour and theme (please refer to details of cakes, cupcakes and cheese cakes)

Form provided by Freedback.