Wednesday, February 29, 2012

KENALI FONDANT ATAU PLASTIC ICING

KENALI FONDANT atau PLASTIC ICING

Fondant atau rolled fondant sering disebut dengan PLASTIC ICING atau kadang disebut juga dengan pasta gula (sugar paste). Fondant merupakan bahan dekorasi kek yang sangat mudah dibentuk seperti struktur “ plastisin” namun agak sensitif suhu. Kebiasaannya fondant sesuai digunakan sebagai hiasan kek/cupcakes dibentuk sebagai bunga, daun, corak abstrak, renda, huruf dan bentuk figurine lain  mengikut kreativiti anda.

Fondant diperbuat daripada campuran gula , gelatin, glycerin dan shortening (lemak sayuran) dengan mengikut sukatan tertentu dan sebahagian besarnya terdiri darpada gula yang amat manis. Kadang kala adunan fondant perlu diadunkan dengan aditif /bahan tambahan lain seperti Gum/gum tragacanth (food additive) supaya memberikan  adunan yang lebih stabil dan tahan lama.

Membuat adunan fondant memerlukan tahap kesabaran yang tinggi memandangkan struktur keadaan yang amat sensitive terhadap suhu persekitaran. Seandainya anda tidak mempunyai masa yang cukup, disarankan membeli adunan fondant  yang siap pakai (ready made) yang terdapat di kedai bakeri seperti jenama Pettinice , FonDX dan Bakels. Produk fondant yang dijual terdapat dalam pelbagai warna iaitu putih , pink dan kuning.

Untuk memberikan warna lain pada adunan fondant anda, anda disarankan supaya mewarnakan menggunakan food coloring lain yang jenis water base coloring ataupun oil base coloring yang terdapat di kedai bakeri. Untuk mendapatkan warna dan kualiti yang lebih baik, anda disarankan menggunakan pewarna keluaran Wilton sungguhpun harganya jauhlebih mahal. Pilihan terletak di tangan anda.

Anda disarankan supaya menguli adunan fondant supaya lebih lembut dan senang dibentuk dengan menggunakan gula aising supaya tidak melekat pada bekas yang digunakan sewaktu menguli adunan fondant.

 Cara menyimpan fondant supaya tahan lebih lama.
Anda disarankan supaya menyimpan adunan fondant yang belum dipakai mahupun lebihan fondant di dalam bekas tutup yang kedap udara sehingga digunakan semula.  Perlu diingatkan supaya disimpan di dalam  tempat sejuk dan kering. Jangan sesekali simpan di dalam peti sejuk memandangkan sifat fondant yang cepat mengeras dan mudah lembik sekiranya terdapat wap air dan merosakkan struktur fondant tersebut.

Bila diletakkan di suhu ruang yang agak panas mahupun lembap, untuk jangka waktu tertentu masih dapat tahan bentuknya tetapi untuk jangka waktu lama cake yang dicover fondant, lapisan fondantnya akan melorot dan berkerut. ( bergantung kepada keadaan penyimpanan) . Fondant lebih sensitive suhu. Kek yang digunakan untuk diletakkan fondant juga memainkan peranan penting supaya kek tampak cantik dan tegap. Justeru, kek yang digunakan biasanya perlulah padat seperti kek coklat/buah/span/orange tanpa kek yang jenis berair (lebih sensitive) seperti kek melibatkan filling seperti (blueberi/strawberi/kiwi/etc) yang lembap. Kek yang mempunyai kandungan yang berair lebih sensitive dan tidak tahan lama dari 2 hari. 



 Jadi, sebelum memulai menghias cake dengan fondant atau inginkan kek fondant,. kenali dulu apa itu fondant termasuk juga kelebihan dan kekurangannya. :)


Have a Nice day All

tribute with love from fieda's delight
http://www.fiedafrieda.blogspot.com

email us; friedafieda@yahoo.com
contact us; 013-3083792/017-3696845

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ORDER FORM @ fieda's delight

Name:
Email Address:
Contact Numbers;
Delivery Location;
Delivery Date;
Types (Order Items);
Kindly stated the size, flavor, colour and theme (please refer to details of cakes, cupcakes and cheese cakes)

Form provided by Freedback.