Showing posts with label KUIH MUIH. Show all posts
Showing posts with label KUIH MUIH. Show all posts

Friday, June 8, 2012

Kuih Seri Muka ~(^_^)*

Salam, dear all

happy school holiday to all,
sorry for not update any entry for a while since been busying attending lots of friends and relative's wedding ceremony *(^_^)*

here's the simple traditional kueh which my father loved to eat during my childhood memories :)
*KUIH SERI MUKA*

in different version -egg layer or simple flour layer :)

i'll share the recipes as follow; *(^_^)*



RESEPI KUIH SERI MUKA;

BAHAN LAPISAN BAWAH (UTAMA):-
500gm beras pulut (1/2 kg beras pulut)
500ml santan cair (anggaran santan pekat-200ml + santan cair selebihnya)-dari ½  biji kelapa parut
1 ½  st garam

BAHAN LAPISAN ATAS;

(SERI MUKA VERSI TEPUNG):-
150gm tepung gandum
3 sdt tepung ubi (untuk bagi nampak berkilat dan licin permukaan atas kuih)
½  cawan gula
Sedikit pewarna hijau pandan (ikut citarasa)
100ml air /santan (terpulang ikut citarasa masing2)-yang penting jgn terlalu cair

ATAU-OPTIONAL-

(SERI MUKA VERSI TEPUNG)

5-6 biji telur (bergantung kepada saiz)
200ml air gula melaka
1/2 sdt garam




CARA-CARA MEMBUAT;

UNTUK LAPISAN BAWAH:-
1) Panaskan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
2) Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
3) Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
4) Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau.
5) Kukus beras pulut  diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min sehingga masak.
6) Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi dengan plastik. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.

UNTUK LAPISAN ATAS:-
(SERI MUKA VERSI TELUR)
1) Pukul gula bersama telur hingga kembang.jgn terlalu lama.
2) Masukkan air gula melaka ke dalam adunan telur. Kemudian, adunan ditapis dan dituang ke dalam Loyang yang ditekap dengan beras pulut tadi dan sedia untuk dikukuskan.
3) Kukus sehingga masak selama 45min-1 jam. Biarkan kuih seri muka  versi sejuk dahulu baru dipotong dan disediakan.

SERI MUKA VERSI TEPUNG~
1) Ayakkan tepung gandum & tepung ubi ke dlm adunan santan ,pewarna hijau, garam dan gula . Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji.
2) Kemudian, adunan ditapis dan dituang ke dalam Loyang yang ditekap dengan beras pulut tadi dan sedia untuk dikukuskan.
3) Kukus sehingga masak . Biarkan kuih seri muka sejuk dahulu baru dipotong dan disediakan.


***yang warna hijau-seri muka versi tepung, yang coklat-seri muka versi telur , sekejap jer sudah habis...hehe**


selamat mencuba semua *(^_^)*


have a nice day all *(^_^)*

http://www.fiedafrieda.blogspot.com
email us-friedafieda@yahoo.com
contact us-013-3083792/017-3696845 (fieda)
office-03-20214321 (during office hours)

Monday, May 21, 2012

PAU KACANG~ *(^_^)*


Salam dear all,
ini entry kedua bagi resepi membuat pau (homemade)

Kali ini inti yang digunakan adalah pau kacang,
resepi yang ditayangkan adalah sama juga seperti entry lepas; :)



PAU KACANG;

Bahan-bahan membuat pau:
1)1 kg tepung gandum
2) 1/2 cwn minyak masak
3) 1 paket yis mauripan
4) 1/2 cwn gula (secukup rasa)
5) sedikit garam
6) 2 1/2 cawan air
7) 2 sudu bsar susu pekat manis (lembutkn doh)


Cara-caranya:
1) Panaskan kukusan di atas api yang sederhana
2)  Gaulkan tepung dan yis mauripan dan larutkan gula di dalam air
3) Gaulkan semua ramuan tadi sehingga sebati . Uli lembut dengan tangan selama 10 -15 minit sehingga adunan menjadi kenyal dan licin ( tidak melekat pada tangan)
4) Ambilkan doh tadi dan buat bulat kecil2 dan biarkan selama 10 min
5) Canaikan doh kecil tadi dan masukkan inti di bahagian tengah adunan
6) Tutup inti dan bulat2kan sehingga adunan licin mengikut bentuk disukai.Letakkan adunan yng dibentukkan dengan pelapik daun pisang atau kertas putih yang dipotong empat segi/bulat
7) Biarkan adunan pau selama 35 min  dan ditutup sehingga agak mengembang
8) Kukuskan dalam pengukus selama 15 min pada suhu tinggi.(Jangan lebih masa mengukus).


Peringatan:
-semasa mengangkat penutup pengukus, pastikan penutup dilapik dengna kain bagi mengelakkan air kukusan terkena permukaan pau yang boleh merosakkan tekstur rupa pau.

- Inti pau boleh dibuat dengan inti daging/ayam/kacang merah mengikut kesukaan masing-masing sama seperti membuat inti karipap



Selamat mencuba;

Have a nice day all *(^_^)*

http://www.fiedafrieda.blogspot.com
email-friedafieda@yahoo.com
contact-013-3083792/017-3696845

Karipap Ayam~ *(^_^)*

Salam, dear all

petang yang disirami hujan rintik-rintik di luar rumah membuatkan rasa berkeroncong di perut ..
dan teringatkan mak ayah  di kg, hehhee...jom jamu selera dengan minum petang dengan kuih karipap..
resepi karipap ini dah ditayangkan dalam entry sebelum ini,
tpi memandangkan masih ader yang bertanya ..fida copy paste jer seperti entry terdahulu;


Karipap Ayam




Bahan-bahan untuk doh:
1) 1/2kg tepung gandum
2) 1 sudu besar minyak masak/ 2 sudu marjerin
3) Air garam (suam)

Bahan-bahan untuk inti:
1) 4/5 biji ubi kentang(dipotong dadu)
2) Ayam/ daging dipotong dadu(potong kecik)
3)5 tangkai cili kering (dikisar)-anggaran sendiri :)
4) 2 kuntum bunga lawang (dikisar)
5) Serbuk kari daging dua sudu besar
6) 5 kuntum bunga cengkih (dikisar)
7) 1 biji bawang besar (dikisar)
8)1-2 sudu besar jintan manis (dikisar)-tkder pun takper
9) garam, gula dan AJINOMOTO secukup rasa..

cara -cara membuat inti:
1) mula-mula kisar semua bahan yang di'highlightkan' warna biru
2) panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan dikisar
3) masukkan kentang dan ayam yang dipotong dadu
4) kacau sebati dan masukkan garam,gula dan AJINOMOTO secukup rasa
5) kacau dan masak inti sehingga kering dan tutup api dan biarkan sejuk sebentar.

cara-cara membuat doh karipap:
1) mula-mula gaulkan tepung gandum dengan merjerin atau minyak masak
2) kemudian, masukkan air garam sedikit demi sedikit
3) uli sehingga betul-betul lembut dan kenyal sikit dan biarkan dalam 5 min-10 min.
4) kemudian bulatkan sedikit2 doh adunan menjadi beberapa bahagian
5) biarkan adunan kecil tersebut selama 15-20 min
6) uli adunan yang kecik2 tadi menjadi leper dengan 'roller' dan letakkan di atas acuan karipap
7) masukkan inti dan tutup acuan dengan kemas bagi mendapatkan bentuk yg dikehendaki
8) biarkan karipap selama 1 jam sebelum di goreng
9) karipap sedia digoreng dan dihidang





*Peringatan:
untuk karipap yang ingin disimpan lama dan diletakkan di dalam peti sejuk
-pastikan karipap digoreng sebentar (2 min) dalam api sederhana supaya tidak melekat dan bolehla disimpan lama seperti karipap segera.




Selamat mencuba;

Have a nice day all *(^_^)*

http://www.fiedafrieda.blogspot.com
email-friedafieda@yahoo.com
contact-013-3083792/017-3696845

Tuesday, May 15, 2012

Lepat Pisang

Salam, dear all, 

how's your day today? 
*(^_^)*
I just want to share with you again, the recipe for my favourite traditional kueh so called *lepat pisang*

suitable to be served during tea time/ coffee time or even having breakfast..:)

Lepat Pisang






Selamat mencuba *(^_^)*


Bahan-bahan:
1) 12 biji pisang (opt. 1 kg labu kuning/ ubi kayu)
(kalau gunakan labu, labu mestila dibuang kulit dan dikukus sehingga lembut dahulu)
(kalau gunakan ubi kayu, ubi kayu dibuang kulit dan disagat untuk mendapatkan isinya)
2) 250gm tepung gandum
3)250gm gula pasir(ikut kemanisan masing-masing)
4) Garam secukup rasa
5)  Daun Pisang-dilayur

Cara membuat;
1) Pisang yang dibuang kulit dan dilenyek sehingga hancur.( sekiranya menggunakan labu, kukus dan lenyek sehingga hancur)
2) Masukkan garam, tepung gandum dan gula pasir. Gaulkan sehingga adunan sebati.
3) Ambilkan sedikit adunan dan letakkan di atas sekeping daun pisang. Kemudian, dibungkus kemas . Ulang cara bungkus sehingga adunan habis.
4) Susunkan dalam bekas kukusan dan pengukus yang dipanaskan terlebih dahulu. Kukuskan selama 15-20 min sehingga masak
5) Lepat pisang sedia untuk dihidangkan.


Have A nice day,*(^_^)*



sila hubungi kami untuk tempahan;

min order; 30pcs (call us for pricing details)

http://www.fiedafrieda.blogspot.com
email us-friedafieda@yahoo.com
contact us-013-3083792/017-3696845


Friday, December 2, 2011

Talam Pandan Hijau


Salam Dear All,
I got a call yesterday from one of my friends, he asked me to make a traditional malay dishes , Kuih Talam
Keladi, purplish yam flavoured talam, i remembered last time when i ate these sort of dishes during my friend's kenduri kahwin/wedding last year. *(^_^)*, i only can said, i will try to make it as i can., to serve you the best that i can...

Perhaps, i tried to make talam pandan first as our desert/ breakfast at home;
(screwpine flavoured Talam)**
  
Ingredients
Bahan-bahan Resepi Kuih Talam Pandan Cara Kukus;
(adunan yang agak banyak)

Lapisan Bawah (Bahan B)/ Lower Layer
1 1/2 cwn gula (1 1/2 cups of sugar )
2 1/4 cwn tepung beras (2 1/4 cups of rice flour)
1/3 cwn tepung gandum (1/3 cups of plain flour)
5 1/2 cwn air pandan (10 helai daun pandan)/ 5 1/2 cups of screwpine extract water
**Potong kecik-kecik daun pandan dan masakkan atas dapur sampai mendidih, dan ambik airnya.
sedikit pewarna hijau/ some drops of green colors ( i used green apple color)
(kalau nak rasa lebih lemak,gantikan air dengan santan , sure lemak berkrim *^_^*)


Lapisan Atas (Bahan A) / Upper Layer
1/3 cwn tepung beras (1/3 cups of rice flour)
3 cwn santan =1 biji kelapa /santan 'KARA' kotak  (3 cups of coconut milk from which is almost 1 coconut)
4 tbs tepung jagung (4tbs of corn flour)
1 tsp garam (1tsp of salt)


Cara-cara masak talam pandan / Method;

B) Lapisan Bawah (kukus & masak lapisan bawah dulu) (steamed the lower layer first)

1) Campurkan kesemua bahan-bahan B dan gaul sehingga sebati. Blend pun boleh supaya tidak berketul.
**mix all of B ingredients altogether .dont blend it.
2) Kacau bahan yang dah digaul atas api perlahan-lahan sehingga wap naik dan tidak berketul .
***cooked them for a while until evaporated
3) Kemudian, tuangkan ke dalam loyang beralaskan plastik dengan penapis (supaya adunan  berketul terperangkap) dan kukus selama 25 minit.
**Pour into the springform which is layered with plastic wrapper at the bottom of it . filtered the mixture and steamed them for about 25 mins.

A) Lapisan Atas (Upper layer)
1) Satukan semua bahan-bahan A dan kacau sebati (jgn blend ,tkut nanti biler masa permukaan atas merekah dan tidak cantik)
**Mix all the A ingredients altogether.
2) Masukkan ke dalam periuk dan kacau atas api secara perlahan-lahan.***(optional)
**Cook them for a while until evaporated.
3) Kemudian, tuangkan di atas acuan B(lapisan bawah)  dengan penapis yang sudah siap dikukus tadi. Kukus selama 40 minit.
**Then, pour onto the lower layered by using filter and steam them until cooked for about 40mins


After cooked, let them cool inside fridge and set first, then ready to be served during tea/coffee time. *(^_^)*

Rasa???..walla,,memang sedap makan biler kuar dari peti sejuk, potong2 dan telan :)
i prefer to eat during it was cool...really cool...(^_^)V
Have a nice day all,

@
fieda's delight
email us; friedafieda@yahoo.com
contact us ; 013-3083792/017-3696845
http://www.fiedafrieda.blogspot.com



Tuesday, October 18, 2011

KUIH CEK MEK MOLEK KELATE


Salam dear all,
Hari ini kiter bersiaran dalam versi BM pulak;
petang-petang yang redup nie saya merajinkan diri membuat kuih Cek Mek Molek Kelate, negeri kg saya
memandangkan teringatkan ubi keledek mak bagi masih ader lagi kat dalam bakul di dapur.
Jom kiter lihat hasilnya;

KUIH CEK MEK MOLEK KELATE ~

Resepinye;
Bahan-bahan;
1) 5 ketul keledek (sweet potatoes) (direbus dan dilecek)-rebuskan sehingga empuk
2) 5 ketul keledek (sweet potatoes) ( direbus dan dilecek) -direbus sehingga empuk
3) Gula (untuk inti)
4) Garam secukup rasa





Cara penyediaan
1) Lenyekkan ubi keledek yang siap direbus dengan tepung gandum dan garam
2) Uli sehingga jadi doh lembut
3) Ambil sedikit adunan keledek dan leperkannya
4) Masukkan gula sebagai inti da tutup dan bentukkan ikut citarasa. * Biasanya orang kelantan akan buat seperti di gambarajah. Lakukan sehingga selesai.
5) Panaskan minyak di dalam kuali dan gorengkan sehingga kekuningan
6) Kuih Cek Mek Molek ready to be served.



Aduna kuih ini boleh dijadikan kuih keria yang bersalut karamel, terpulang ikut cara masing-masing.
Apa yang penting sedap dihidang dan dimakan sewaktu masih panas-panas dengan air teh atau kopi.


Tribute with love, XOXO

http://www.fiedafrieda.blogspot.com
email us; friedafieda@yahoo.com

Monday, May 10, 2010

Sausage roll (ROTI sosej)

Pencuci mulut kali ini diperkenalkan ialah sausage roll...a k a roti gulung sosej ..memang sedap untuk hidangna pagi/tengahari/ptg....sesuai untuk dimakan dengan sos....tempahan selalu dibuat untuk majlis di pejabat/ picnic/santai...

selamat menjamu mata...:)
(min tempahan 24 keping ) 
 prices: 
RM 1/pcs

Wednesday, December 9, 2009

si puteri ayu (putu ayu)

resepi kuih tradisional lain nie adalah si puteri ayu...

KUIH PUTU AYU AKA PUTERI AYU


Bahan-bahan:
1) 3 biji telur
2)1 cawan gula (1/2 pun tkper ikut kemanisan masing2)
3) 250ml santan atau ~2 cwn santan
4) 1 sudu besar esen pandan (Kalau tkder daun pandan /optional)

5) 1/2 sudu kecil pewarna hijau
6) 2 cwn tepung gandum (~280gm tepung gandum)
7) 1 sudu kecil ovallete( melembutkan adunan)
8) Kelapa parut muda 
9) Sedikit garam


Cara-cara Membuat:
1) Pukul telur dan gula sehingga kembang.

2) Masukkan santan, ovallete, esen pandan, pewarna  hijau dan kacau sehingga sebati sehingga TIDAK BERKETUL.
3) Sementara itu panaskan kukusan dengan api sederhana.
4) Sapukan sedikit minyak dalam setiap acuan (supaya adunan senang tanggal lepas masak/tidak melekat).
5) Letakkan kelapa parut yang dicampurkan dengan sedikit garam ke dlam acuan dan ditekan padat.
6) Kemudian, letakkan adunan sikit demi sedikit kedalam setiap acuan tadi dan kukus selama 15 ~20 min sehingga masak.
7) Sedia untuk dihidang dan dimakan ketika minum pagi atau petang..:)





Saturday, December 5, 2009

Apam KuKUS

resepi tradisional kali nie yang fida nak share ialah si apam kukus...


APAM KUKUS
 

Bahan-bahan:
1) 3 biji telur 
2) 1 1/2 cawan gula pasir (ikut kemanisan citrasa sendiri :))
3)1 camca besar baking powder (serbuk penaik)

4) 1/4 cawan air suam
5) 2 cawan tepung gandum (tepung serbaguna)


Cara-cara:
1)Pukul telur dan gula sehingga kembang

2)Kemudian, masukkan tepung yang diayak dengan baking powder tadi sikit2 demi sedikit.
3) Masukkan air dan gaul rata
4) bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan bubuh pewarna ikut kesukaan masing-masing.
5)Kemudian bubuh adunan ke dalam acuan pilihan sedikit 3/4 paras acuan dan kukus 15-20 min sehingga masak.
6) Hidangla dengan kelapa parut dan garam.

Sunday, November 29, 2009

KUIh tepuNG pelitA (Cap SamPAN)

nie resepi untuk KUIH tradisional yng lain:
#as requested.... 




Kuih TEpung PElita


Bahan-Bahan:
1) 1 cawan Tepung Beras (Rice Flour) (untuk adunan)

2) 1 cawan gula
3) 5 cawan air
4) 4 sudu besar tepung beras (dicampur dalam santan) 
5) 1 biji kelapa diperah (amik santan)
6) 4 helai daun pandan dimesin dgn sikit air (kalau susah dapat daun pandan guna esen pandan pun boleh dan pewarna hijau)
7)sikit kapur makan dan sikit garam (secukup rasa)

Cara-cara:
1) tepung beras, gula, air daun pandan dan air kapur sehingga sebati

2)Perahkan santan , masukkan tepung besar yang 4 sudu tadi dengan garam dan kacau biar sebati dan ketepikan dulu.
3) Masukkan tepung yang di adunkan dalam no (1) dan di kacau hingga masak dan berkilat.
4)Bila dah masak masukkan dalam acuan yang dikehendaki (daun pandan yg dilipat/ bekas plastik ker)atau daun pisang.
5) Masakkan santan yg diasun tadi dlm no (2) dan kacaukan sehingga pekat.
6) Kemudian, angkatkan santan dan curahkan ke atas tepung dalam acuan tadi dan sejukkan.
7) Letakkan adunan sejuk dalam peti sejuk untuk mendapatkan rasa yg lagi enak.Sedia dihidangkan dan dimakan.

Sunday, November 22, 2009

lepat pisang

kali nie kiter cuber resepi kuih lepat versi pisang (my favourite)..hehe..:)

Pic yang sempat dirakam....hehehe
1) pisang dilenyek  dan ditambahkan tepung & kelapa
2) adunan pisang diletak dalam daun pisang yang dilayur
 3) adunan pisang yang dibungkus sebelum dikukus
4) READY to eat LEpat PISANG..YUMMY:p









BAHAN-BAHAN:
1) 12 biji pisang emas (optional aper2 pisang PUN boleh..:))
2) 3 sudu kelapa parut
3) 4 sudu tepung gandum (anggaran)
4) 2 sdu teh gula kasar
5) secubit garam



CARA-CARA MEMBUAT:
1) mULa-mula kita lenyekkan pisang dalam mgkuk adunan (besen kecik pun tkper)
2) JANGAN LUPA panaskan kukusan dengan api sederhana dan layurkan daun pisang atas api dapur
3)dah lenyek pisang, masukkan tepung, dan kelapa parut dan gaulkan semua sehingga sebati
4) kemudian, masukkan pulak garam dan gula kasar dan sambung gaul sampai sebati
5)  letakkan adunan sedikit demi sedikit dalam keadaan memanjang (~1ocm-ikut kesesuaian) dalam daun pisang yang dilayur
6) tutup dan bungkus dengan kemas adunan tu dan susun atas loyang kukusan
7)kukus dalam (15-20 min)
8) sedia untuk dihidang dan dimakan

Thursday, November 19, 2009

Karipap


kali ini kita buat kuih karipap pulak...:)

niela pic yg sempat diambil semasa wat karipap




















Karipap...

Bahan-bahan untuk doh:
1) 1/2kg tepung gandum
2) 1 sudu besar minyak masak/ 2 sudu marjerin
3) Air garam (suam)

Bahan-bahan untuk inti:
1) 4/5 biji ubi kentang(dipotong dadu)
2) Ayam/ daging dipotong dadu(potong kecik)
3)5 tangkai cili kering (dikisar)-anggaran sendiri :)
4) 2 kuntum bunga lawang (dikisar)
5) Serbuk kari daging dua sudu besar
6) 5 kuntum bunga cengkih (dikisar)
7) 1 biji bawang besar (dikisar)
8)1-2 sudu besar jintan manis (dikisar)-tkder pun takper
9) garam, gula dan AJINOMOTO secukup rasa..

cara -cara membuat inti:
1) mula-mula kisar semua bahan yang di'highlightkan' warna biru
2) panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan dikisar
3) masukkan kentang dan ayam yang dipotong dadu
4) kacau sebati dan masukkan garam,gula dan AJINOMOTO secukup rasa
5) kacau dan masak inti sehingga kering dan tutup api dan biarkan sejuk sebentar.

cara-cara membuat doh karipap:
1) mula-mula gaulkan tepung gandum dengan merjerin atau minyak masak
2) kemudian, masukkan air garam sedikit demi sedikit
3) uli sehingga betul-betul lembut dan kenyal sikit dan biarkan dalam 5 min-10 min.
4) kemudian bulatkan sedikit2 doh adunan menjadi beberapa bahagian
5) biarkan adunan kecil tersebut selama 15-20 min
6) uli adunan yang kecik2 tadi menjadi leper dengan 'roller' dan letakkan di atas acuan karipap
7) masukkan inti dan tutup acuan dengan kemas bagi mendapatkan bentuk yg dikehendaki
8) biarkan karipap selama 1 jam sebelum di goreng
9) karipap sedia digoreng dan dihidang

*Peringatan:
untuk karipap yang ingin disimpan lama dan diletakkan di dalam peti sejuk
-pastikan karipap digoreng sebentar (2 min) dalam api sederhana supaya tidak melekat dan bolehla disimpan lama seperti karipap segera.

Sunday, November 15, 2009

Pau Kukus












1)doh dibuat
2)doh dibulatkan kecil-kecil
3)masukkan inti
4)adunan ditutup
5)doh dibiarkan setelah 35 min sebelum dikukus














Bahan-bahan membuat pau:
1)1 kg tepung gandum
2) 1/2 cwn minyak masak
3) 1 paket yis mauripan
4) 1/2 cwn gula (secukup rasa)
5) sedikit garam
6) 2 1/2 cawan air
7) 2 sudu bsar susu pekat manis (lembutkn doh)


Cara-caranya:
1) Panaskan kukusan di atas api yang sederhana
2)  Gaulkan tepung dan yis mauripan dan larutkan gula di dalam air
3) Gaulkan semua ramuan tadi sehingga sebati . Uli lembut dengan tangan selama 10 -15 minit sehingga adunan menjadi kenyal dan licin ( tidak melekat pada tangan)
4) Ambilkan doh tadi dan buat bulat kecil2 dan biarkan selama 10 min
5) Canaikan doh kecil tadi dan masukkan inti di bahagian tengah adunan
6) Tutup inti dan bulat2kan sehingga adunan licin mengikut bentuk disukai.Letakkan adunan yng dibentukkan dengan pelapik daun pisang atau kertas putih yang dipotong empat segi/bulat
7) Biarkan adunan pau selama 35 min  dan ditutup sehingga agak mengembang
8) Kukuskan dalam pengukus selama 15 min pada suhu tinggi.(Jangan lebih masa mengukus)


Peringatan:
-semasa mengangkat penutup pengukus, pastikan penutup dilapik dengna kain bagi mengelakkan air kukusan terkena permukaan pau yang boleh merosakkan tekstur rupa pau.

- Inti pau boleh dibuat dengan inti daging/ayam/kacang merah mengikut kesukaan masing-masing sama seperti membuat inti karipap


Selamat MENCUBA...:)



 

Friday, November 13, 2009

Donut Oh Donut....
















1) Doh (adunan 2x saiz asal)

2) uli dan tekap dengan acuan donut













3) donut setelah di tekap
4) close up donut
4) ready to eat..YUMMY..:)




resepi kuih DOnut.
.

Bahan-bahan
1) 1/2 kilo tepung gandum
2) 1 paket yis mauripan
3) 2 sudu besar susu pekat (ikutla cap aper F&N ker paperla..)
4) 2 sudu marjerin
5) 1 biji telur
6) 2 biji kentang (direbus & dilenyek halus)
7) Garam secukup rasa
8)Air
9) Gula Aising ker (gula kasar dikisar halus sbg topping last)

Cara-cara membuat:
1) Mula-serbuk yis mauripan tadi dilarutkan dalam air
2)Gaulkan sebati tepung gandum bersama susu pekat manis, marjerin, telur, kentang dan garam
3) Kemudian, masukkan yis mauripan tdi dan air sikit demi sikit hingga doh lembut dan sebati (uli sehingga 10 min )
4) kemudian tinggalkan doh dan tutup sehingga dua kali ganda saiz asal
5) Uli doh bulat-bulat dan bentukkan cincin atau nk senang guna acuan donut dan tingalkan jap dlm 5 -10 min besar sikit dari saiz asal.
6) sedia untuk digoreng dan bolehla letak topping gula aising tadi .
7) Sedia untuk dihidang dan dimakan.

nota:
kentang digunakan untuk melembutkan doh adunan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ORDER FORM @ fieda's delight

Name:
Email Address:
Contact Numbers;
Delivery Location;
Delivery Date;
Types (Order Items);
Kindly stated the size, flavor, colour and theme (please refer to details of cakes, cupcakes and cheese cakes)

Form provided by Freedback.