Thursday, November 19, 2009

Karipap


kali ini kita buat kuih karipap pulak...:)

niela pic yg sempat diambil semasa wat karipap




















Karipap...

Bahan-bahan untuk doh:
1) 1/2kg tepung gandum
2) 1 sudu besar minyak masak/ 2 sudu marjerin
3) Air garam (suam)

Bahan-bahan untuk inti:
1) 4/5 biji ubi kentang(dipotong dadu)
2) Ayam/ daging dipotong dadu(potong kecik)
3)5 tangkai cili kering (dikisar)-anggaran sendiri :)
4) 2 kuntum bunga lawang (dikisar)
5) Serbuk kari daging dua sudu besar
6) 5 kuntum bunga cengkih (dikisar)
7) 1 biji bawang besar (dikisar)
8)1-2 sudu besar jintan manis (dikisar)-tkder pun takper
9) garam, gula dan AJINOMOTO secukup rasa..

cara -cara membuat inti:
1) mula-mula kisar semua bahan yang di'highlightkan' warna biru
2) panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan dikisar
3) masukkan kentang dan ayam yang dipotong dadu
4) kacau sebati dan masukkan garam,gula dan AJINOMOTO secukup rasa
5) kacau dan masak inti sehingga kering dan tutup api dan biarkan sejuk sebentar.

cara-cara membuat doh karipap:
1) mula-mula gaulkan tepung gandum dengan merjerin atau minyak masak
2) kemudian, masukkan air garam sedikit demi sedikit
3) uli sehingga betul-betul lembut dan kenyal sikit dan biarkan dalam 5 min-10 min.
4) kemudian bulatkan sedikit2 doh adunan menjadi beberapa bahagian
5) biarkan adunan kecil tersebut selama 15-20 min
6) uli adunan yang kecik2 tadi menjadi leper dengan 'roller' dan letakkan di atas acuan karipap
7) masukkan inti dan tutup acuan dengan kemas bagi mendapatkan bentuk yg dikehendaki
8) biarkan karipap selama 1 jam sebelum di goreng
9) karipap sedia digoreng dan dihidang

*Peringatan:
untuk karipap yang ingin disimpan lama dan diletakkan di dalam peti sejuk
-pastikan karipap digoreng sebentar (2 min) dalam api sederhana supaya tidak melekat dan bolehla disimpan lama seperti karipap segera.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ORDER FORM @ fieda's delight

Name:
Email Address:
Contact Numbers;
Delivery Location;
Delivery Date;
Types (Order Items);
Kindly stated the size, flavor, colour and theme (please refer to details of cakes, cupcakes and cheese cakes)

Form provided by Freedback.