Showing posts with label MENU IKAN~. Show all posts
Showing posts with label MENU IKAN~. Show all posts

Saturday, July 19, 2014

Ikan Talapia Masak Tiga Rasa

Assalamualaikum wbt, 

senyum *(^_^)*v

Menu seterusnya yang ingin dikongsikan adalah ikan talapia masak tiga rasa
sesuai untuk hidangan buka puasa/ makan malam/ tengahari / menu sahur

optional bagi ikan; juga boleh ditukarkan dengan ikan siakap atau ikan merah 


Bahan-bahan utama;

1)  2 sudu besar sos tiram
2)  timun (dipotong dadu)
3)  tomato (dipotong dadu)
4)  4 sudu besar cili yang dikisar bersama bawang
5)  1 sudu sos tiram
6)   1 sudu kecil garam
7) 3 sudu besar sos tomato 
8) 1 sudu kecil gula kasar
9) ikan talapia ikut saiz dikehendaki (diperap dengan air asam jawa untuk hilangkan hanyir bau)

Cara-cara membuat:
1) Panaskan minyak dan gorengkan ikan yang talapia sehingga separa masak. Angkat dan ketepikan.
2) Seterusnya, tumiskan cili kisar/sos tiram/ sos tomato  sehingga pecah minyak.
3) masukkan ikan tadi kedalam tumisan .Masukkan timun dan tomato yang dipotong dadu. Kemudian, masak sehingga sebati. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.



Selamat mencuba.

Tribute with love, xoxo
email-friedafieda@yahoo.com

Thursday, March 21, 2013

Ikan Siakap Stim Lemon~

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar semua? *(^_^)*, 


senja kian berlabuh~

Menu hidangan tengahari yang ingin dikongsikan hari ini ;

Ikan Siakap 

Ikan siakap (Lates calcarifer), merupakan spesis tangkapan yang digemari oleh kaki pancing. Uniknya ikan ini boleh hidup di air tawar, air masin dan air payau, dan boleh bertukar jantina dari jantan ke betina. Ikan siakap dikategorikan sebagai ikan yang kurang berlemak dan menjadi hidangan alternatif yang berkhasiat untuk santapan keluarga. 

 


Ikan Siakap Stim Lemon


Bahan-bahan;
1) Seekor ikan siakap ( dibuang sisik ,disiang, dan dibersihkan)
2) 1 inci halia (diracik halus)-tujuannya untuk menghilangkan bau hanyir ikan
3) 1 biji lemon (dipotong bulat)-tujuannya untuk menghilangkan bau hanyir ikan
4) 4 ulas bawang putih (diketuk )
5) 1 sudu besar garam (dilumurkan pada ikan)
6) sedikit lada sulah (alternatif)
7) sedikit sos tiram  (alternatif)



Cara-cara membuat:
1) Panaskan air dalam kukusan sehingga mendidih.
2) Masukkan ikan yang dilumurkan garam, halia yang diracik, bawang putih yang diketuk, lemon yang dipotong bulat, sedikit lada sulah dan sedikit sos tiram ke dalam periuk kukusan.
3) Biarkan ikan dikukus selama (30minit) sehingga masak, iaitu isi ikan kelihatan putih.
4) Ikan siakap stim lemon sedia untuk dihidangkan .


Selamat mencuba *(^_^)*


Tip ringkas;
Ikan siakap boleh digantikan dengan ikan merah untuk hidangan stim.
Hidangan ikan siakap boleh juga digantikan dengan hidangan siakap tiga rasa (sweet sour) dan siakap masak pedas.



Tribute with love, XOXO




Wednesday, October 31, 2012

Kerabu Lawa Ikan Tamban~

Salam, dear all,

Kembali bersiaran di hari yang cerah menyinar,
Hari ini seperti biasa, insyaAllah fida akan berkongsikan resepi untuk membuat kerabu lawa ikan versi kelantan. 

Resepi ini adalah resepi terkenal bagi penduduk persisiran pantai , terutama di kelantan, dan juga resepi turun temurun kerana hanya melibatkan penggunaan ikan segar dari laut (ikan tamban/ jelawat). *hanya ikan ini digunakan untuk resepi ini. Ikan ini mempunyai tulang yang amat banyak*

Cara penyediaan amat mudah , apa yang uniknya, tidak perlu dimasak, ikan hanya diperap menggunakan perahan air limau nipis untuk menghilangkan hanyir. Apa yang penting, ikan mesti segar. 
(Seperti mana penggunaan sushi ikan di jepun).

Selain itu, menu ini amat sesuai dijadikan menu diet yang sihat kerana melibatkan penggunaan ulam-ulaman segar. Healthy diet for healthy lifestyle.

Jom kita semak resepi ini,

Kerabu *Lawa* Ikan versi kelantan


Bahan-bahan utama;

1) 1/2 kg ikan tamban segar (kuantiti terpulang kepada individu)
2) 3 biji limau nipis (dibelah dan dapatkan air perahan limau nipis)
3) segenggam daun kesum (dihiris nipis)
4) segenggam kacang panjang (dihiris nipis)
5) 5 ulas cili padi (ditumbuk halus)-kuantiti mengikut kepedasan citarasa masing-masing
6) segenggam daun muda pucuk gajus (dihiris nipis)
7) sedikit garam (perasa)

Cara-cara penyediaan.
1) Ikan tambam yang sangat segar di bersihkan, ditoskan dan dipotong menyerong bagi mendapatkan filet ikan. Kemudian isinya dihiris nipis.Ketepikan. sisa ikan atau tulang jangan dibuang, kerana kebiasaannya akan dibuat singgang ikan.  
 (Ikan yang segar, isinya akan bewarna merah dan matanya tidak merah)


2) Bersihkan semua ulaman yang ada (daun kesum, kacang panjang, daun muda pucuk gajus) dan dipotong halus. Ketepikan dalam bekas lain.



3) Tumbukkan cili padi dan garam sehingga lumat dengan alu . Kemudian masukkan hirisan nipis ikan tadi kedalam (mortar/lesung) dan tuangkan air perahan limau nipis dan gaul sebati. Biarkan dalam bekas lesung dan tutup. Perap selama 40 minit supaya sebati dengan aroma dan rasa jus limau.



4) Setelah selesai diperap. Keluarkan ikan tadi dan campurkan dengan semua hirisan ulaman dalam bekas berlainan. dan gaul sekata sehingga semua sebati. Biarkan selama 15 min . Atau boleh disimpan ke dalam peti sejuk untuk mendapat hasil yg lebih memuaskan. Kerabu sedia untuk dihidangkan.



Selamat mencuba. *(^_^)*


Have a nice day all*(^_^)*


http://www.fiedafrieda.blogspot.com
Email-friedafieda@yahoo.com
Contact us-013-3083792/ 017-3696845/ 03-20214321 (office hours) 

Saturday, August 4, 2012

KARI IKAN TALAPIA~*(^_^)*

Salam, dear all

ApaKAH menu berbuka ANDA hari ini? 
ingin mencuba sesuatu yang baru? kadang-kadang tekak kita pun ingin merasa sesuatu yang lain dari lain,
jemu juga asyik makan yang agak "biasa", ok, *(^_^)*,
 selain membeli juadah di bazar ramadhan yang mungkin tidak menepati citarasa dan agak klise' dan kadang-kadang tidak diketahui sejauh mana kebersihannya . :) sekali sekala apa salahnya.
Itulah  rutin biasa seorang perempuan/ ibu/ anak untuk mencari menu sesuai untuk disajikan ketika berbuka puasa bersama keluarga dan teman . 

Ok, kali ini, fida ingin berkongsi resepi kari versi ikan talapia. 
memang jarang org buat, tapi tidak mencuba sesuatu yang lain daripada biasa. 
*****Kebiasaannya ikan talapia ini dimasak lemak tempoyak/ cili padi/ asam pedas/ "sweet sour"/ berlada/ berempah..

***Kari ini boleh dimasak dengan ikan patin/ ikan tongkol/ ikan merah etc. 



KARI IKAN TALAPIA
(hidangan 2-3 orang )

Bahan-bahan;
1) 2 ekor ikan talapia saiz besar (dipotong sederhana saiz, dibersihkan dan diperap dengan air asam jawa-untuk hilangkan hanyir).
2)Sepaket serbuk kari ikan (Baba's Brand)-dicampur sedikit air dan dapatkan dalam bentuk pes.
3) 1 cawan air asam jawa (buang bijinya)
4) 3 biji bawang merah bombay **dikisar
5) 10 biji cili kering**dikisar
6) 3 ulas bawang putih ***dikisar
7) seinci halia ***dikisar
8) 4 rempah sekawan (bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kayu manis)
9) 1 cawan santan kelapa
10) sebatang terung (dihiris sederhana saiz)
11) sedikit air
12) sedikit minyak untuk menumis
13) garam, gula , ajinomoto (secukup rasa)


Cara-cara membuat;
1)Tumiskan bahan yang dikisar , 4 rempah sekawan dengan minyak dalam periuk sehingga pecah minyak. Biarkan betul2 pecah minyak supaya rempah kari tadi tidak sakit perut bila dimakan. (5-7min)
2) Masukkan pes serbuk kari dan masukkan air , air asam jawa dan ikan talapia yang ditoskan dari perapan air asam jawa. 
3) Renehkan kuah dan ikan sementara (20 min). 
4) Kemudian, masukkan hirisan terung , dan masukkan santan. Perasakan dengan garam, gula dan ajinomoto (jika perlu). Masakkan sehingga kuah pekat. Jangan terlalu lama masak kerana dikhuatiri ikan akan hancur.
5) Kari Ikan Talapia sedia untuk dihidangkan.



Selamat Mencuba semua *(^_^)*


Have A nice day, all *(^_^)*
http://www.fiedafrieda.blogspot.com
Email-friedafieda@yahoo.com
Contact us-013-3083792/ 017-3696845/ 03-20214321 (office hours)



Tuesday, July 31, 2012

Asam Pedas Ikan Patin~*(^_^)*

Salam, dear all,

Selamat menyambut Ramadhan hari ke-11, syukur Alhamdullilah .
Sungguhpun cuaca panas terik di luar, ini tidaklah menjadi alasan untuk kita menjalani rutin seharian 
seperti biasa dengan bersemangat. :)

Tips untuk kekal bertenaga, jangan lupakan bersahur walaupun hanya segelas susu. :) apa yang penting, Jangan Malas, Nanti penat :)

Ok, hari ini kita berkongsi resepi menu yang popular di Johor, Asam Pedas,
tapi yang lainnya  kerana fida menggunakan ikan patin sebagai sajian utama.

Asam Pedas Ikan Patin
(hidangan 3-5 orang)




Bahan-bahan;
1) seekor ikan patin (1kg ++ ) dipotong sederhana saiz, dibersihkan dan direndam dengan air asam jawa (untuk hilangkan hanyir)-45min
2) 3 ulas bawang merah ** dikisar
3) 4 ulas bawang putih ***dikisar
4) 10 biji cili kering **dikisar
5) seinci lengkuas **dikisar
6) sedikit belacan
7) sebatang bunga kantan (dibelah dua)
8) segenggam (daun kesum)
9) 3 batang serai (diketuk/dititik)
10) 3 cawan Air asam jawa 
11) 5 batang bendi (dipotong)
12) sedikit air (kuah)
13) Garam & Gula *ajinomoto (jika perlu)
14) sedikit minyak untuk menumis 



Cara-cara membuat;
1) Tumiskan bahan yang dikisar dengan minyak di dalam periuk sehingga pecah minyak.
2) Masukkan belacan, serai yang diketuk, bunga kantan, daun kesum dan kacau sehingga bahan tumisan pecah minyak.
3) Masukkan ikan patin yang ditoskan setelah diperap dengan air asam jawa ke dalam periuk. 
4) Masukkan air asam jawa dan tambahkan air ikut kepekatan kuah yang diigini.
5) Renihkan kuah sehingga pekat dan masukkan bendi yang dipotong dan perasakan dengan bahan perasa (garam, gula , ajinomoto secukup rasa).
6) Masak sehingga kuah kelihatan pekat, dan minyak naik di permukaan, selama (15 minit ) dengan api sederhana dan jangan terlebih masak supaya ikan tidak hancur. 
7) Asam Pedas ikan patin sedia untuk dihidangkan.



Selamat Mencuba :)

Have A nice day All :)



http://www.fiedafrieda.blogspot.com
Email-friedafieda@yahoo.com
Contact us-013-3083792/ 017-3696845/ 03-20214321 (office hours)




Tuesday, May 22, 2012

Ikan Kembung Masak Lemak Cili Padi ~*(^_^)*

Salam, dear all,

selamat tengahari semua,

selamat menikmati makan tengahari semua , dan bagi yang berpuasa selamat berpuasa, di bulan Rejab yang mulia ini. Kali ini fida ingin berkongsi resepi masakan biasa yang popular di Negeri Sembilan,
masakan yang terkenal dgn kepedasannya...hehee...

ok, inila resepinya yang mudah dan ringkas.

Ikan Kembung Masak Lemak Cili Padi..
ikan kembung kalau di sebelah utara, penang, dipanggil ikan termenung..hehehe tkthula nape mungkin
sbb mata nyer yang terkeluar besar cmtu agaknya..hahaha*(memandai jer)*..
**ader sesetengah resepi sebelah melaka, tidak menggunakan bawang merah & putih dalam penyediaannya, terpulang mengikut cita rasa masing-masing.



Bahan-bahan utama;
1) 5 ekor ikan kembung (dipotong dua, dibersihkan dan ditoskan)
2) 5 helai serai (diketuk)
3) seinci kunyit hidup (dikisar)
4) 20 biji cili padi (dikisar)
5) 3 biji bawang merah (dikisar)
6) 3 ulas bawang putih (dikisar)
7) sehelai daun kunyit (dimayang halus-menaikkan aroma masakan)
8) 120ml santan cair dan pekat  ( almost  dari sebiji kelapa parut)
9) 1 keping asam gelugur
10) Air-untuk mendapatkan santan 
11)3 biji tomato dibelah 4 -memberikan warna yang cntik dalam masakan dan rasa yang agak masam sikit. (optional)
12) garam gula sebagai perasa.

Cara-cara membuatnya;
1) Masukkan ikan, dan semua bahan yang dikisar ke dalam periuk . Panaskan semua bahan tumisan sehingga sebati.
2) Masukkan serai, asam keping , daun kunyit yang dimayang halus tadi, dan akhir sekali masukkan santan cair  dahulu ke dalam periuk. Masakkan dengan api sederhana selama 10 minit.
3) Kemudian, masukkan santan pekat , tomato dan perasakan dengan garam  gula secukupnya.
Masak sehingga kuah agak pekat. Jangan lama sangat masak, nnti santan pecah dan ikan hancur  :).



*P/S- resepi ini boleh digunakan untuk semua jenis lauk (ayam/udang/ikan/ketam etc)
selamat mencuba dan menjamu selera semua :)



http://www.fiedafrieda.blogspot.com
email-friedafieda@yahoo.com
contact us-017-3696845/013-3083792

Wednesday, May 16, 2012

Ikan Tongkol Masak Singgang

Salam, dear all,

selamat petang semua, hari ini kita bersiaran dalam bahasa melayu, dan dikesempatan ini saya ingin 
mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru , segala jasa , ilmu dan baktimu amat dihargai
dalam mendidik anak-anak generasi muda untuk mencorakkan masa depan kepada insan yang lebih berguna.

Kerana sesungguhnya ilmu yang dipelajari dan amalan yang dipraktikkan membentuk identiti seseorang, dan kerana ilmula  yang memartabatkan seseorang. Ilmu itu jugala yang akan diguna pakai sehingga akhir hayat. 

ok, kita bertukar topik pulak kepada resepi lauk yang amat mudah dan sangat popular di Kelantan dan Terengganu..*(^_^)*..yang saya ingin kongsikan kepada yang bertanya tempoh hari..

Lauk ini amat sesuai dimasak bagi mereka yang mengamalkan diet tanpa lemak :)

Ikan Tongkol/ Ayo' Masak Singgang / Singe' (loghat kelate)



Bahan-bahan; (untuk 4-5 org makan)
1) 2 ekor ikan tongkol sederhana saiz (dipotong sederhana, dibersihkan dan ditoskan)
2) seinci lengkuas (dihiris halus)
3) 4 ulas bawang putih (diketuk)
5) 3 cawan air 
6) asam keping (1 memadai)
7) 5 biji cili padi (diketuk)
7) garam , dan sedikit ajinomoto. (perasakan ikut citarasa masing- masing)

Cara-Cara Memasak;
1) Ikan Tongkol direbuskan dengan air di dalam periuk dengan api yang sederhana.
2) Masukkan hirisan lengkuas, bawang putih, asam keping dan cili padi yang diketuk ke dalam periuk.
3) Masakkan ikan singgang sehingga kuah kelihatan mendidih dan perasakan dengan garam dan ajinomoto secukup rasa.


Selamat Mencuba *(^_^)*

*P/S- Ikan tongkol boleh digantikan dengan ikan kembung atau ikan selayang. Ikan merah sesuai dibuat sup ikan atau masak pindang. Singgang daging juga popular disajikan di Kelantan dan Terengganu .



Have A nice day all :)


http://www.fiedafrieda.blogspot.com
email-friedafieda@yahoo.com
contact-013-3083792/ 017-3696845



Sunday, April 15, 2012

Talapia Masak Masam Manis~*(^_^)*

Salam, dear all,

good afternoon to all, 

hari nie panas terik, semalam hujan seharian, sambil buat keje sambil berfikir, masa itu jugakla perut berkeroncong nie, hehehe ok, time untuk ke dapur, dah tgahari nie,
teringat ikan talapia yang dibeli tempoh hari, biasanya masak goreng, masak kicap, kali nie, nak buat lain sikit..simple dan senang, sesuai untuk santapan keluarga samaada di waktu lunch or dinner.

Ikan talapia yang biasa dijual biasanya kategori yang dibela, fida lagi prefer ikan talapia yang berwarna merah daripada warna hitam...terpulang ikut citarasa masing-masing.*(^_^)*

**untuk yang tak makan ikan talapia, boleh diubah menggunakan ikan siakap/ ikan kembung  atau mgkin ikan sembilang..etc..

Ikan Talapia Masak Masam Manis



Bahan-bahan Utama;
1) Ikan Talapia sederhana besar saiz (2 ekor) dibasuh dengan air asam jawa dan perahan limau dan ditoskan (untuk menghilangkan bau hanyir , ikan darat dan dilumurkan garam kunyit untuk digoreng).
2) Serai 2 batang (diketuk)
3) cili kering (15 keping )-dikisar
4) halia 1/2 inci -dikisar
5) bawang merah bombay besar -3 ulas- dikisar
6) bawang putih -5 ulas kecil-dikisar
7) asam keping 1 
8) 1tbsp sos tomato-kurangkan kalau tknk terlebih masam 
9) 2 tbsp sos cili-untuk memberikan kesan lebih likat/pedas
10) perahan air -1  biji limau kasturi/limau purut- i used limau kasturi (opt-tkde limau, boleh guna cuka mkn)
11) garam gula dan perisa mengikut citarasa.
12) bawang besar -dimayang
13) 1 helai daun kunyit dihiris halus -untuk menaikkan bau/ sebagai hiasan


****tips untuk memasak ikan yang rangup seperti di kedai-kedai makan ialah-
salutkan ikan yang hendak digoreng dengan garam+kunyit+ sedikit kapur + sedikit bancuhan tepung beras...(confirm rangup)*(^_^)V


Cara-cara membuatnya,

1) Panaskan minyak di dalam kuali, gorengkan ikan talapia yang dilumurkan garam kunyit dan dimasak sehingga rangup. Angkat dan ketepikan.
2) Gunakan minyak lebihan gorengan ikan tadi dan ditumiskan semua bahan dikisar sehingga pecah minyak.
3) Masukkan serai, bawang besar yang dimayang, asam keping , perahan air asam limau kasturi, sos tomato dan cili  dan tumiskan bahan sehingga pecah minyak dan naik bau.
4) Masukkan garam +gula secukup rasa (lebih untuk rasa sedikit manis)+ hirisan daun kunyit ke dalam kuah . Masak lagi sehingga pekat. 5) Masukkan ikan talapia yang telah digoreng ranggup ke dalam kuah tadi. dan terbalikkan sehingga semua sebati.
6) Siap untuk dihidangkan ketika panas. Selamat menjamu selera :)




Resepi ini sesuai untuk dihidangkan dalam 4 orang .



Have a nice day all


http://www.fiedafrieda.blogspot.com
email-friedafieda@yahoo.com
contact -013-3083792/017-3696845






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ORDER FORM @ fieda's delight

Name:
Email Address:
Contact Numbers;
Delivery Location;
Delivery Date;
Types (Order Items);
Kindly stated the size, flavor, colour and theme (please refer to details of cakes, cupcakes and cheese cakes)

Form provided by Freedback.