Wednesday, October 31, 2012

Kerabu Lawa Ikan Tamban~

Salam, dear all,

Kembali bersiaran di hari yang cerah menyinar,
Hari ini seperti biasa, insyaAllah fida akan berkongsikan resepi untuk membuat kerabu lawa ikan versi kelantan. 

Resepi ini adalah resepi terkenal bagi penduduk persisiran pantai , terutama di kelantan, dan juga resepi turun temurun kerana hanya melibatkan penggunaan ikan segar dari laut (ikan tamban/ jelawat). *hanya ikan ini digunakan untuk resepi ini. Ikan ini mempunyai tulang yang amat banyak*

Cara penyediaan amat mudah , apa yang uniknya, tidak perlu dimasak, ikan hanya diperap menggunakan perahan air limau nipis untuk menghilangkan hanyir. Apa yang penting, ikan mesti segar. 
(Seperti mana penggunaan sushi ikan di jepun).

Selain itu, menu ini amat sesuai dijadikan menu diet yang sihat kerana melibatkan penggunaan ulam-ulaman segar. Healthy diet for healthy lifestyle.

Jom kita semak resepi ini,

Kerabu *Lawa* Ikan versi kelantan


Bahan-bahan utama;

1) 1/2 kg ikan tamban segar (kuantiti terpulang kepada individu)
2) 3 biji limau nipis (dibelah dan dapatkan air perahan limau nipis)
3) segenggam daun kesum (dihiris nipis)
4) segenggam kacang panjang (dihiris nipis)
5) 5 ulas cili padi (ditumbuk halus)-kuantiti mengikut kepedasan citarasa masing-masing
6) segenggam daun muda pucuk gajus (dihiris nipis)
7) sedikit garam (perasa)

Cara-cara penyediaan.
1) Ikan tambam yang sangat segar di bersihkan, ditoskan dan dipotong menyerong bagi mendapatkan filet ikan. Kemudian isinya dihiris nipis.Ketepikan. sisa ikan atau tulang jangan dibuang, kerana kebiasaannya akan dibuat singgang ikan.  
 (Ikan yang segar, isinya akan bewarna merah dan matanya tidak merah)


2) Bersihkan semua ulaman yang ada (daun kesum, kacang panjang, daun muda pucuk gajus) dan dipotong halus. Ketepikan dalam bekas lain.



3) Tumbukkan cili padi dan garam sehingga lumat dengan alu . Kemudian masukkan hirisan nipis ikan tadi kedalam (mortar/lesung) dan tuangkan air perahan limau nipis dan gaul sebati. Biarkan dalam bekas lesung dan tutup. Perap selama 40 minit supaya sebati dengan aroma dan rasa jus limau.



4) Setelah selesai diperap. Keluarkan ikan tadi dan campurkan dengan semua hirisan ulaman dalam bekas berlainan. dan gaul sekata sehingga semua sebati. Biarkan selama 15 min . Atau boleh disimpan ke dalam peti sejuk untuk mendapat hasil yg lebih memuaskan. Kerabu sedia untuk dihidangkan.



Selamat mencuba. *(^_^)*


Have a nice day all*(^_^)*


http://www.fiedafrieda.blogspot.com
Email-friedafieda@yahoo.com
Contact us-013-3083792/ 017-3696845/ 03-20214321 (office hours) 

2 comments:

  1. thank kerana share. Semalam terasa nak buat tapi tak ingat nama kerabunya. lepas call my mum dah tahu nama terus search jumpa akak punya blog. really help. tq tq

    ReplyDelete
  2. welcome dear :)tq for visiting us :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ORDER FORM @ fieda's delight

Name:
Email Address:
Contact Numbers;
Delivery Location;
Delivery Date;
Types (Order Items);
Kindly stated the size, flavor, colour and theme (please refer to details of cakes, cupcakes and cheese cakes)

Form provided by Freedback.