Salam dear all,
ini entry kedua bagi resepi membuat pau (homemade)
Kali ini inti yang digunakan adalah pau kacang,
resepi yang ditayangkan adalah sama juga seperti entry lepas; :)
PAU KACANG;
Bahan-bahan membuat pau:
1)1 kg tepung gandum
2) 1/2 cwn minyak masak
3) 1 paket yis mauripan
4) 1/2 cwn gula (secukup rasa)
5) sedikit garam
6) 2 1/2 cawan air
7) 2 sudu bsar susu pekat manis (lembutkn doh)
Cara-caranya:
1) Panaskan kukusan di atas api yang sederhana
2) Gaulkan tepung dan
yis mauripan dan larutkan gula di dalam air
3) Gaulkan semua ramuan tadi sehingga sebati . Uli lembut
dengan tangan selama 10 -15 minit sehingga adunan menjadi kenyal dan licin (
tidak melekat pada tangan)
4) Ambilkan doh tadi dan buat bulat kecil2 dan biarkan
selama 10 min
5) Canaikan doh kecil tadi dan masukkan inti di bahagian
tengah adunan
6) Tutup inti dan bulat2kan sehingga adunan licin mengikut
bentuk disukai.Letakkan adunan yng dibentukkan dengan pelapik daun pisang atau
kertas putih yang dipotong empat segi/bulat
7) Biarkan adunan pau selama 35 min dan ditutup sehingga agak mengembang
8) Kukuskan dalam pengukus selama 15 min pada suhu
tinggi.(Jangan lebih masa mengukus).
Peringatan:
-semasa mengangkat penutup pengukus, pastikan penutup
dilapik dengna kain bagi mengelakkan air kukusan terkena permukaan pau yang
boleh merosakkan tekstur rupa pau.
- Inti pau boleh dibuat dengan inti daging/ayam/kacang merah
mengikut kesukaan masing-masing sama seperti membuat inti karipap
Selamat mencuba;
Have a nice day all *(^_^)*
http://www.fiedafrieda.blogspot.com
email-friedafieda@yahoo.com
contact-013-3083792/017-3696845
No comments:
Post a Comment