Sunday, May 27, 2012

Happy 15th birthday gurl, Dania ~*(^_^)*

Salam, dear all 

today's entry is nothing much to impress you..:) 
just a suprise gift for dearie student,
Dania, which already turned 15 years old, 

Happy Birthday , dear *(^_^)*, good luck in your studies dear, may gt flying colors in your exam :)

Vanilla Butter + buttercream topping
purple theme color






mini cupcakes





Hope you'll like them dear *(^_^)*

http://www.fiedafrieda.blogspot.com
email-friedafieda@yahoo.com
contact us-013-3083792/017-3696845


Saturday, May 26, 2012

Laksa Penang versi ringkas~*(^_^)*

Salam , dear all,

selamat berhujung minggu semua, *(^_^)*
selamat bercuti kepada semua pelajar2 sekolah rendah & menengah,
cuti sekolah ni, fida ader berkesempatan untuk mencuba masakan yang terkenal di sebelah utara,
Laksa Penang, yang merupakan makanan kegemaran kami sekeluarga.

lets' have a look at the simple recipes;


Laksa Penang *(^_^)*
(4-6 org makan)




Bahan-bahan utama;
Kuah laksa;
1) 1/2kg ikan kembung/ sardin  (dibersihkan , direbuskan )
2) seikat daun kesum
3) 2 batang daun kantan (dibelah empat)
4) 3 biji cili hidup merah saiz besar (dikisar)
5) 4 ulas bawang merah (dikisar)
6) 2 ulas bawang besar (dikisar)
7) seinci belacan (dikisar)
8) 1 tin sardin kecil (dibuang sosnya dan ambik isi ikan sardin shj)-dikisar
9) 3 keping asam gelugor
10) 3 sudu besar cili kisar (cili boh)
11) garam dan ajinomoto (sebagai perasa secukup rasa)

Bahan-bahan ulam;
1)Timun-dihiris halus
2) Limau nipis-dihiris
3) bawang merah/besar -dihiris halus
4) Nanas-dihiris (opt.)

Laksa;
boleh gunakan laksa yang siap dijual dalam paket ataupun jenis kering. Rebuskan sehingga lembut dan sedia untuk dihidangkan.

Add caption

Cara-cara penyediaan;
1) Rebuskan ikan kembung/ sardin sehingga masak dengan sedikit garam. Toskan airnya dan asingkan isi -isi ikan dan kisarkan halus. Kisarkan juga tulang ikan tadi dan tapiskan airnya.
2) Untuk membuat kuah laksa, masukkan semua bahan yang dikisarkan ke dalam periuk. Masukkan juga air kisaran ikan dan tulang ikan ke dalam periuk yang sama.
3) Masukkan asam gelugur, cili kisar, daun kantan dan daun kesum ke dalam periuk yng sama.
4) Tambahkan air mengikut kepekatan kuah yang dikehendaki ke dalam periuk yang sama. Masakkan kuah laksa sehingga mendidih dan perasakan mengikut citarasa anda (garam/gula/ajinomoto jika perlu).


Sedia untuk dihidangkan  bersama laksa yang direbus dan dimakan bersama ulam. :)




Selamat mencuba semua :)

Have a nice day.


http://www.fiedafrieda.blogspot.com
email-friedafieda@yahoo.com
contact us- 013-3083792/017-3696845 




Tuesday, May 22, 2012

Ikan Kembung Masak Lemak Cili Padi ~*(^_^)*

Salam, dear all,

selamat tengahari semua,

selamat menikmati makan tengahari semua , dan bagi yang berpuasa selamat berpuasa, di bulan Rejab yang mulia ini. Kali ini fida ingin berkongsi resepi masakan biasa yang popular di Negeri Sembilan,
masakan yang terkenal dgn kepedasannya...hehee...

ok, inila resepinya yang mudah dan ringkas.

Ikan Kembung Masak Lemak Cili Padi..
ikan kembung kalau di sebelah utara, penang, dipanggil ikan termenung..hehehe tkthula nape mungkin
sbb mata nyer yang terkeluar besar cmtu agaknya..hahaha*(memandai jer)*..
**ader sesetengah resepi sebelah melaka, tidak menggunakan bawang merah & putih dalam penyediaannya, terpulang mengikut cita rasa masing-masing.



Bahan-bahan utama;
1) 5 ekor ikan kembung (dipotong dua, dibersihkan dan ditoskan)
2) 5 helai serai (diketuk)
3) seinci kunyit hidup (dikisar)
4) 20 biji cili padi (dikisar)
5) 3 biji bawang merah (dikisar)
6) 3 ulas bawang putih (dikisar)
7) sehelai daun kunyit (dimayang halus-menaikkan aroma masakan)
8) 120ml santan cair dan pekat  ( almost  dari sebiji kelapa parut)
9) 1 keping asam gelugur
10) Air-untuk mendapatkan santan 
11)3 biji tomato dibelah 4 -memberikan warna yang cntik dalam masakan dan rasa yang agak masam sikit. (optional)
12) garam gula sebagai perasa.

Cara-cara membuatnya;
1) Masukkan ikan, dan semua bahan yang dikisar ke dalam periuk . Panaskan semua bahan tumisan sehingga sebati.
2) Masukkan serai, asam keping , daun kunyit yang dimayang halus tadi, dan akhir sekali masukkan santan cair  dahulu ke dalam periuk. Masakkan dengan api sederhana selama 10 minit.
3) Kemudian, masukkan santan pekat , tomato dan perasakan dengan garam  gula secukupnya.
Masak sehingga kuah agak pekat. Jangan lama sangat masak, nnti santan pecah dan ikan hancur  :).



*P/S- resepi ini boleh digunakan untuk semua jenis lauk (ayam/udang/ikan/ketam etc)
selamat mencuba dan menjamu selera semua :)



http://www.fiedafrieda.blogspot.com
email-friedafieda@yahoo.com
contact us-017-3696845/013-3083792

Monday, May 21, 2012

PAU KACANG~ *(^_^)*


Salam dear all,
ini entry kedua bagi resepi membuat pau (homemade)

Kali ini inti yang digunakan adalah pau kacang,
resepi yang ditayangkan adalah sama juga seperti entry lepas; :)



PAU KACANG;

Bahan-bahan membuat pau:
1)1 kg tepung gandum
2) 1/2 cwn minyak masak
3) 1 paket yis mauripan
4) 1/2 cwn gula (secukup rasa)
5) sedikit garam
6) 2 1/2 cawan air
7) 2 sudu bsar susu pekat manis (lembutkn doh)


Cara-caranya:
1) Panaskan kukusan di atas api yang sederhana
2)  Gaulkan tepung dan yis mauripan dan larutkan gula di dalam air
3) Gaulkan semua ramuan tadi sehingga sebati . Uli lembut dengan tangan selama 10 -15 minit sehingga adunan menjadi kenyal dan licin ( tidak melekat pada tangan)
4) Ambilkan doh tadi dan buat bulat kecil2 dan biarkan selama 10 min
5) Canaikan doh kecil tadi dan masukkan inti di bahagian tengah adunan
6) Tutup inti dan bulat2kan sehingga adunan licin mengikut bentuk disukai.Letakkan adunan yng dibentukkan dengan pelapik daun pisang atau kertas putih yang dipotong empat segi/bulat
7) Biarkan adunan pau selama 35 min  dan ditutup sehingga agak mengembang
8) Kukuskan dalam pengukus selama 15 min pada suhu tinggi.(Jangan lebih masa mengukus).


Peringatan:
-semasa mengangkat penutup pengukus, pastikan penutup dilapik dengna kain bagi mengelakkan air kukusan terkena permukaan pau yang boleh merosakkan tekstur rupa pau.

- Inti pau boleh dibuat dengan inti daging/ayam/kacang merah mengikut kesukaan masing-masing sama seperti membuat inti karipap



Selamat mencuba;

Have a nice day all *(^_^)*

http://www.fiedafrieda.blogspot.com
email-friedafieda@yahoo.com
contact-013-3083792/017-3696845

Karipap Ayam~ *(^_^)*

Salam, dear all

petang yang disirami hujan rintik-rintik di luar rumah membuatkan rasa berkeroncong di perut ..
dan teringatkan mak ayah  di kg, hehhee...jom jamu selera dengan minum petang dengan kuih karipap..
resepi karipap ini dah ditayangkan dalam entry sebelum ini,
tpi memandangkan masih ader yang bertanya ..fida copy paste jer seperti entry terdahulu;


Karipap Ayam




Bahan-bahan untuk doh:
1) 1/2kg tepung gandum
2) 1 sudu besar minyak masak/ 2 sudu marjerin
3) Air garam (suam)

Bahan-bahan untuk inti:
1) 4/5 biji ubi kentang(dipotong dadu)
2) Ayam/ daging dipotong dadu(potong kecik)
3)5 tangkai cili kering (dikisar)-anggaran sendiri :)
4) 2 kuntum bunga lawang (dikisar)
5) Serbuk kari daging dua sudu besar
6) 5 kuntum bunga cengkih (dikisar)
7) 1 biji bawang besar (dikisar)
8)1-2 sudu besar jintan manis (dikisar)-tkder pun takper
9) garam, gula dan AJINOMOTO secukup rasa..

cara -cara membuat inti:
1) mula-mula kisar semua bahan yang di'highlightkan' warna biru
2) panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan dikisar
3) masukkan kentang dan ayam yang dipotong dadu
4) kacau sebati dan masukkan garam,gula dan AJINOMOTO secukup rasa
5) kacau dan masak inti sehingga kering dan tutup api dan biarkan sejuk sebentar.

cara-cara membuat doh karipap:
1) mula-mula gaulkan tepung gandum dengan merjerin atau minyak masak
2) kemudian, masukkan air garam sedikit demi sedikit
3) uli sehingga betul-betul lembut dan kenyal sikit dan biarkan dalam 5 min-10 min.
4) kemudian bulatkan sedikit2 doh adunan menjadi beberapa bahagian
5) biarkan adunan kecil tersebut selama 15-20 min
6) uli adunan yang kecik2 tadi menjadi leper dengan 'roller' dan letakkan di atas acuan karipap
7) masukkan inti dan tutup acuan dengan kemas bagi mendapatkan bentuk yg dikehendaki
8) biarkan karipap selama 1 jam sebelum di goreng
9) karipap sedia digoreng dan dihidang





*Peringatan:
untuk karipap yang ingin disimpan lama dan diletakkan di dalam peti sejuk
-pastikan karipap digoreng sebentar (2 min) dalam api sederhana supaya tidak melekat dan bolehla disimpan lama seperti karipap segera.




Selamat mencuba;

Have a nice day all *(^_^)*

http://www.fiedafrieda.blogspot.com
email-friedafieda@yahoo.com
contact-013-3083792/017-3696845

Saturday, May 19, 2012

Kari Ayam *~(^_^)*

Salam, dear all,

selamat tengahari semua, :)
 hari ini jom kita berkongsi resepi kari ayam  yang sesuai dihidangkan untuk seisi keluarga sebagai santapan tengahari mahupun makan malam :)



Kari Ayam 

(serving untuk 4-5 orang makan)

Bahan-bahan Utama;
1) 1/2kg ayam (dipotong sederhana, dibersihkan dan ditoskan)
2) 1/2 biji kelapa parut dan amik santannya.(santan pekat + cair)
3) 3 biji bawang merah (dikisar)
4) 4 biji bawang putih (dikisar)
5) 1 serai (dikisar)
6) 1/2 inci halia (dikisar)
7) 10 keping cili kering (dikisar)
8) 3 sudu serbuk kari BABA's (serbuk kari ayam/daging)-dicampurkan dengan air bagi mendapatkan pesnya.
9) 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih 
10) 1/2 sudu kecil  serbuk jintan manis
11) rempah sekawan(1 kayu manis + 3 pelaga+ 2 bunga cengkih)
12) 2 biji kentang (dikupas kulit dan dipotong kiub)
13) 1 asam keping
14) garam , ajinomoto -perasa
15) setangkai daun kari (untuk menaikkan aroma kari)
16) minyak masak




Cara-cara membuat:
1) Panaskan minyak masak dalam kuali.
2) Tumiskan 3-4 sudu bahan yang dikisar, rempah (kayu manis+ pelaga+ bunga cengkih), serbuk jintan manis dan putih sehingga naik bau dan pecah minyak.
3) Kemudian masukkan 2 biji kentang dan serbuk kari Baba's yang dicampurkan dengan sedikit air dan gaul sebati. Masakkan  dalam 10 minit sehingga naik bau lagi. (rempah kari kena dibiarkan agak lama sedikit masak supaya tidak sakit perut )*^_^*
4) Kemudian, masukkan ayam dan gaul sebati dengan bahan rempah . Tuangkan sedikit demi sedikit santan dan masukkan asam keping. Masak sehingga kuah agak2 mengelegak. Pastikan supaya santan tidak pecah minyak.
5) Perasakan dengan garam dan sedikit ajinomoto (jika perlu) mengikut kesukaan anda , masukkan daun kari untuk menaikkan bau dan masak lagi sehingga kentang betul2 empuk dan ayam betul2 masak.
6) Kari ayam sedia untuk dihidangkan.




Selamat Mencuba :)
Have a nice weekend all,


http://www.fiedafrieda.blogspot.com
email-friedafieda@yahoo.com
contact-013-3083792/017-3696845


Maroon Creme Theme Wedding Cake~*(^_^)*

Salam, dear all,

morning..:) im still awake just to update the latest entry which is an order for a wedding event, 
this morning. :), 










3-tiered buttercream chocolate wedding cake
maroon creme theme color 


extra cupcakes gift from us, fieda's delight


Thanks for ordering with us :)


have a nice day all *(^_^)*

http://www.fiedafrieda.blogspot.com
email-friedafieda@yahoo.com
contact-013-3083792/017-3696845

Friday, May 18, 2012

Simple White fondant wedding cake~*(^_^)*

Salam, dear all

Good Morning to all,
today's entry is an order from Mrs Safarina , Section 7, Bandar Baru Bangi
she requested to make a white plain theme and chocolate flavour cake for her event.




White fondant wedding cake (white white bow from the front view) *(^_^)*..i was wondering, the theme was like snow white..english style..*(^_^)*,  and i always dreaming the wedding like fairy tales.. hehehe..so sweet..






Thanks for ordering with us;

Have A nice day all, *(^_^)*

http://www.fiedafrieda.blogspot.com
email-friedafieda@yahoo.com
contact-013-3083792/ 017-3696845

Wednesday, May 16, 2012

Ikan Tongkol Masak Singgang

Salam, dear all,

selamat petang semua, hari ini kita bersiaran dalam bahasa melayu, dan dikesempatan ini saya ingin 
mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru , segala jasa , ilmu dan baktimu amat dihargai
dalam mendidik anak-anak generasi muda untuk mencorakkan masa depan kepada insan yang lebih berguna.

Kerana sesungguhnya ilmu yang dipelajari dan amalan yang dipraktikkan membentuk identiti seseorang, dan kerana ilmula  yang memartabatkan seseorang. Ilmu itu jugala yang akan diguna pakai sehingga akhir hayat. 

ok, kita bertukar topik pulak kepada resepi lauk yang amat mudah dan sangat popular di Kelantan dan Terengganu..*(^_^)*..yang saya ingin kongsikan kepada yang bertanya tempoh hari..

Lauk ini amat sesuai dimasak bagi mereka yang mengamalkan diet tanpa lemak :)

Ikan Tongkol/ Ayo' Masak Singgang / Singe' (loghat kelate)



Bahan-bahan; (untuk 4-5 org makan)
1) 2 ekor ikan tongkol sederhana saiz (dipotong sederhana, dibersihkan dan ditoskan)
2) seinci lengkuas (dihiris halus)
3) 4 ulas bawang putih (diketuk)
5) 3 cawan air 
6) asam keping (1 memadai)
7) 5 biji cili padi (diketuk)
7) garam , dan sedikit ajinomoto. (perasakan ikut citarasa masing- masing)

Cara-Cara Memasak;
1) Ikan Tongkol direbuskan dengan air di dalam periuk dengan api yang sederhana.
2) Masukkan hirisan lengkuas, bawang putih, asam keping dan cili padi yang diketuk ke dalam periuk.
3) Masakkan ikan singgang sehingga kuah kelihatan mendidih dan perasakan dengan garam dan ajinomoto secukup rasa.


Selamat Mencuba *(^_^)*

*P/S- Ikan tongkol boleh digantikan dengan ikan kembung atau ikan selayang. Ikan merah sesuai dibuat sup ikan atau masak pindang. Singgang daging juga popular disajikan di Kelantan dan Terengganu .



Have A nice day all :)


http://www.fiedafrieda.blogspot.com
email-friedafieda@yahoo.com
contact-013-3083792/ 017-3696845



Tuesday, May 15, 2012

Lepat Pisang

Salam, dear all, 

how's your day today? 
*(^_^)*
I just want to share with you again, the recipe for my favourite traditional kueh so called *lepat pisang*

suitable to be served during tea time/ coffee time or even having breakfast..:)

Lepat Pisang






Selamat mencuba *(^_^)*


Bahan-bahan:
1) 12 biji pisang (opt. 1 kg labu kuning/ ubi kayu)
(kalau gunakan labu, labu mestila dibuang kulit dan dikukus sehingga lembut dahulu)
(kalau gunakan ubi kayu, ubi kayu dibuang kulit dan disagat untuk mendapatkan isinya)
2) 250gm tepung gandum
3)250gm gula pasir(ikut kemanisan masing-masing)
4) Garam secukup rasa
5)  Daun Pisang-dilayur

Cara membuat;
1) Pisang yang dibuang kulit dan dilenyek sehingga hancur.( sekiranya menggunakan labu, kukus dan lenyek sehingga hancur)
2) Masukkan garam, tepung gandum dan gula pasir. Gaulkan sehingga adunan sebati.
3) Ambilkan sedikit adunan dan letakkan di atas sekeping daun pisang. Kemudian, dibungkus kemas . Ulang cara bungkus sehingga adunan habis.
4) Susunkan dalam bekas kukusan dan pengukus yang dipanaskan terlebih dahulu. Kukuskan selama 15-20 min sehingga masak
5) Lepat pisang sedia untuk dihidangkan.


Have A nice day,*(^_^)*



sila hubungi kami untuk tempahan;

min order; 30pcs (call us for pricing details)

http://www.fiedafrieda.blogspot.com
email us-friedafieda@yahoo.com
contact us-013-3083792/017-3696845


Sunday, May 13, 2012

Ikan Talapia Masak Berlada~

Salam, dear all.

Monday..Monday and.. monday blues for those who have lots of work to do in their office..
.am i rite.?? *(^_^).

Please bear it in your mind..dont ever tried to skip your breakfast to start your hectic day, breakfast is compulsory to supply your energy even only have a cup of coffee and slices of bread.:)

how about your lunch?..
do you have any idea to satisfy your senses and taste..perhaps having just light lunch surely enough for those whose in diet mood..:)..

Im at home, perfect monday to start my works at home..

lets have  a look at my version for our lunch today;



Ikan Talapia Masak Talapia~kampung style~*(^_^)*
(BM version).



BAHAN-BAHAN UTAMA;
1) 2 ekor ikan talapia sederhana besar saiz (dibersihkan dengan asam limau , ditoskan, di lumurkan garam kunyit)
2) secubit belacan (dikisar)
3) 3 ulas bawang merah (dikisar)
4) 10 biji cili padi hijau /merah terpulang (dikisar)-nak lebih pedas, tambahkan lagi
5) 4 ulas bawang putih (dikisar)
6) 3 helai daun limau purut (dimayang halus)
7) 1 sudu besar asam jawa (dibancuh dan ditapis dapatkan air perahannya dalam 1/2 cawan air sudah memadai)
8 ) garam, gula, ajimonoto (perasa secukup rasa)
9) 1 batang serai (diketuk)
10) perahan limau nipis (untuk menambahkan kesedapan)*(^_^)*



CARA-CARA MEMBUAT:
1) Panaskan minyak di dalam kuali , dan goreng ikan talapia sehingga rangup , angkat dan ketepikan.
2) Tumiskan bahan yang dikisar sehingga naik bau,dan pecah minyak.
3) Kemudian, masukkan air asam jawa, serai , hirisan daun limau purut dan kacau sebati dengan bahan tumisan tadi.
4) Masukkan perasa (garam , gula /ajinomoto) dan masak sehingga bahan tumisan agak kering.
5) Angkat bahan tumisan yang dimasak dan di lumurkan ke atas ikan talapia yang di goreng tadi.
6) Sedia untuk dihidangkan dengan nasi ketika masih panas.



 *P/S-ikan talapia boleh digantikan dengan ikan sembilang/ ikan cencaru/ etc//terpulang mengikut kesukaan anda. 






Selamat Mencuba. *(^_^)*


Have a nice day all *(^_^)*

http://www.fiedafrieda.blogspot.com
email-friedafieda@yahoo.com
contactt-013-30837892/017-3696845



Thursday, May 10, 2012

SIMPLE TOMYAM AYAM~ my version *(^_^)*

Salam , dear all
Sawadikapp.

Today is Friday, its rainy heavily outside there and a day for me to have rest at home..
home sweet home..
again..relaxing moods appeared  , having lunch with friends, such a sweet moment in my life.
when you come across into the kitchen, what will pop out into your minds?
hahaha...i always thinks of eating..eating and eating ...*(^_^)*

ok, back to our topic today, *(^_^)*...
our lunch for today is chicken tomyam in my simple version..fast, simple and very tasty..indeed.

Tomyam Ayam which is originated from Thailand , asian style ...~
(my version with some modifications)..

SIMPLE INGREDIENTS FOR SIMPLE TOMYAM AYAM..
Here's the ingredients;
(in B.M).
(~4-5 servings)..




BAHAN-BAHAN UTAMA;
1) Ayam sebelah( 1/2kg ) (dipotong kecil-kecil terpulang ikut citarasa)
2)  sepaket fish ball-dibersihkan dan dipotongkan kecil.
3) 1 ulas bawang besar
4) 4 batang serai (diketuk)
5) seinci lengkuas (Alpina. sp)-dipotrong halus
6) 2 sudu besar asam jawa (dibancuh , tapis dan dapatkan dalm 2 cawan air bancuhan )-boleh digantikan dgn air perahan 4 biji limau purut
7) 6 helai daun limau purut-dimayang halus
8) 5 biji tomato sederhana saiz -nak bagi rasa masam
9) 5 biji cili padi-diketuk dan dihiris halus
10) daun ketumbar -di hiris halus-bagi bau wangi
11) 2 sudu besar PERISA tomyam yang kaw-kaw sedap hehe   (BRAND- THAI TOM YAM, PEACE BRAND)=BAGI YANG KESUNTUKAN MASA

OPTIONAL; kalau nak buat sendiri pes tomyam pun boleh; 
resepi asal PES/PERASA TOMYAM; (bahan kisar) 
1)  5 ulas bawang merah sederhana saiz-kisar
2) 5 biji cili kering -nak pedas tmabah lebih-kisar
3) 3 biji cili padi merah-kisar
4) 2 batang serai di hiris halus-kisar
5) seinci lengkuas-dikisar
6) 1 inci belacan (dibakar)-dikisar
7) 1 sudu besar udang kering( nak lebih sikit pun boleh)-dikisar
8)air asam jawa sikit -dikisar


12) Perasa -garam, gula, optional ajinomoto (kalau menggunakan seafood)
13) Air masak dalam  4 cawan (terpulang ikut citarasa untuk pekat atau cair)
14) Sedikit minyak masak untuk menumis 




CARA-CARA PENYEDIAAN;
1)Panaskan minyak  dalam periuk dan tumiskan bahan tumisan (perasa tomyam+ serai+bawang besar+ cili padi+lengkuas) sehingga naik bau dan pecah minyak.
2) Masukkan ayam yang telah ditoskan dan tomato dan air masak ke dalam periuk, renehkan sehingga masak dan tomato lembut (untukbagi masam).
3) Kemudian, masak lagi selama 10-20 minit dengan api sederhana.
4) Kemudian, masukkan hirisan daun limau purut + fish ball+ air asam jawa + hirisan daun ketumbar + perasakan dengan garam+gula dan sedikit ajinomoto mengikut citarasa.
5) Renehkan lagi sehingga betul2 masak (extra 5-10 minit dgn api yang kuat). 
6) Tomyam sedia untuk dihidangkan.



***P/S- kalau menggunakan seafood seperti udang/sotong...pastikan udang dimasukkan pada akhir sekali kerana air udang boleh menjejaskan rasa tomyam jika dimasukkan pada waktu awal. *(^_^)*

selamat mencuba *(^_^)*


Have a nice day all,


http://www.fiedafrieda.blogspot.com
email-friedafieda@yahoo.com
contact-013-3083792/017-3696845

Wednesday, May 2, 2012

Happy 5th Birthday boy, Riski Chandra~*(^_^)*

Salam , dear all

its almost 4.30pm in the evening, and indeed rainy day, 
im getting sleepy ...hahaha..
its nice being at home, having rest today...
enjoys doing little house chores, reading, writing ..and thats made my day..

anyway i got a call yesterday, from my neighbours to make a simple birthday cake to his beloved little son..
here's the order,


simple choc moist cake
choc +buttercream ganache
Happy  5th birthday, dear Riski Candra ,
enjoy your day dear..:) 






Have a nice day all *(^_^)*

Thanks for ordering with us @
fieda's delight


http://www.fiedafrieda.blogspot.com
email-friedafieda@yahoo.com
contact-017-3696845/013-3083792

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ORDER FORM @ fieda's delight

Name:
Email Address:
Contact Numbers;
Delivery Location;
Delivery Date;
Types (Order Items);
Kindly stated the size, flavor, colour and theme (please refer to details of cakes, cupcakes and cheese cakes)

Form provided by Freedback.