Friday, February 22, 2013

Padi, Beras dan Nasi ~

Assalamualaikum w.b.t

Apakah menu tengahari anda hari ini? 
Nasi atau mi ?

Padi , beras dan nasi cukup sinonim dengan masyarakat tempatan dan merupakan makanan ruji bagi masyarakat Asia. Penanaman padi di Malaysia terdiri daripada dua jenis iaitu padi sawah dan padi bukit (huma). Kebanyakan penanaman padi sawah bertumpu di Pantai Barat dan juga di Pantai Timur berikutan faktor geografi tempatnya yang berpaya dan lembap, serta sistem saliran yang baik sesuai untuk pertumbuhan padi. Padi bukit (huma) banyak ditanam di Sabah dan Sarawak. 



Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara masak,
Esok jangan rindu-rinduan




Secara umumnya, padi yang diproses akan menghasilkan beras. Beras berbeza mengikut spesis dan jenis seperti beras putih, beras perang dan beras pulut. Beras juga kaya dengan vitamin, protein dan air.

Produk berasaskan beras turut digunakan oleh masyarakat tempatan sebagai produk kecantikan seperti bedak sejuk  khusus untuk penjagaan kulit .

Nasi adalah sumber karbohidrat terpenting untuk penjanaan tenaga kepada tubuh badan manusia selain protein. Mengikut sistem piramid makanan , nasi dikategorikan dalam kumpulan 1 (paras 1) yang perlu diambil dalam diet seharian  selain daripada bijirin, roti , bihun dan mi.

Di Malaysia, penghasilan produk makanan berasaskan nasi menghasilkan citarasa yang unik dalam penyediaan hidangan makanan tempatan sesuai mengikut majlis keraian tertentu.
  




Sebagai contoh, kuih tradisional yang dihasilkan menggunakan ramuan nasi adalah apam beras. 

Apam beras biasanya dimakan dengan kelapa parut dan sesuai dihidangkan sewaktu sarapan atau minum petang. 

Dalam proses penyediaan adunan apam beras, penghasilan tekstur kuih apam yang  berongga dan lembut terhasil menerusi  pembebasan gas karbon dioksida yang terperangkap dalam adunan akibat interaksi kimia (respirasi anaerob) antara  (nasi) gula  dan ragi (yeast). Proses ini dinamakan  penapaian  (fermentation). Keadaan yang sama berlaku dalam penghasilan doh roti dan pau.








Selain itu, hidangan utama yang popular bagi masyarakat tempatan ialah nasi kerabu, nasi dagang , nasi impit, nasi berlauk dan nasi kandar. Nasi yang disajikan terhasil menerusi adunan rempah ratus,  ulam ulaman serta ramuan tersendiri mengikut keperluan dan citarasa masyarakat setempat. Kepelbagaian hidangan inilah yang mencerminkan identiti masyarakat yang berbeza mengikut negeri di semenanjung Malaysia dan di Malaysia Timur (Sabah Sarawak).




Kepelbagaian pengolahan makanan dalam bentuk hidangan menggunakan nasi menjadikan malaysia sebagai destinasi popular pelancongan untuk dilawati kerana produk makanan yang unik dan sesuai dengan masyarakatnya yang berbilang kaum . Justeru, manfaat daripada sekecil-kecil biji benih padi sehingga menjadi makanan setempat adalah setimpal seiring dengan usaha keringat oleh para pesawah yang senantiasa menaburkan bakti untuk kepentingan bersama.


Tribute with love, XOXO







No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ORDER FORM @ fieda's delight

Name:
Email Address:
Contact Numbers;
Delivery Location;
Delivery Date;
Types (Order Items);
Kindly stated the size, flavor, colour and theme (please refer to details of cakes, cupcakes and cheese cakes)

Form provided by Freedback.