merenung sejenak memuji nama Ilahi,
mensyukuri atas kurniaan diberi,
mencari keredhaan Ilahi yang hakiki,
mengamit ketenangan hakikat sanubari.
```````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
Jeti Kampung Kuala Kuantan, Kuala Selangor
Assalamualaikum, w.b.t
Sempena cuti sekolah dan perayaan tahu baru cina , slot santai (educational trip) ini ditujukan khas untuk teman pembaca yang berada jauh di mata, tetapi dekat di hati .
Kampung Kuala Kuantan di Selangor terkenal sebagai tempat percutian bertaraf dunia yang menarik di Malaysia. Keunikannya terserlah sebagai destinasi perlancongan bagi melihat keindahan alam dan hidupan flora dan fauna iaitu habitat paya bakau dan kelip-kelip. Destinasi pilihan ini telah mendapat usaha sama dengan pihak Tenaga Nasional, untuk membangunkan kawasan paya bakau bagi memelihara dan memulihara habitat kelip-kelip (firefly) dengan aktiviti penanaman pokok bakau (berembang).
Pokok berembang merupakan spesis pokok paya bakau unik berbanding spesis lain yang berperanan sebagai habitat hinggap bagi kelip-kelip. Kelip-kelip yang terdapat di habitat paya bakau, kampung kuantan ini merupakan tarikan pelancong untuk berkunjung ke sini memandangkan keunikannya untuk mengeluarkan cahaya dengan kadar kerlipan (3x / minit). Kadar kerlipan cahaya yang dipancarkan bergantung kepada jantina kelip-kelip iaitu kadar kerlipan akan lebih pantas bagi jantan berbanding kelip-kelip betina.
Anak pokok bakau spesis berembang sebelum ditanam di kawasan paya bakau .
Lazimnya, pokok bakau penting dalam ekosistem sebagai habitat pembiakan ikan, kelip-kelip dan bertindak sebagai agen semulajadi penghadang hakisan pantai oleh arus ombak yang dibantu oleh akar ceracak yang naik menegak.
Projek penanaman pokok berembang dilakukan secara berperingkat-peringkat oleh pihak yang bertanggungjawab bagi tujuan memulihara habitat kelip-kelip, di sepanjang tebing sungai kawasan paya bakau kampung kuantan. Kelip-kelip akan banyak didapati ketika musim air pasang, ketika cuaca amat gelap dan sunyi (jauh daripada bunyi bising). Justeru, kepada pelancong luar dan dalam negara, anda disarankan agar tidak mengambil gambar sewaktu proses pemerhatian dilakukan, memandangkan cahaya (flash ) kamera yang dipantulkan akan menganggu sifat semulajadi kelip-kelip untuk memancarkan cahaya di waktu malam. Pelancong akan dibawa menyelusuri tebing-tebing paya untuk menikmati keindahan kerlipan cahaya kelip-kelip dengan menaiki sampan.
Glow in the dark~
In general, firefly will glow in the dark because it produces chemical (luciferin) which will react with oxygen and emits the soft light . Firefly also called as lighting bugs. On the other hands, the intermittent signals is produce to attract the attention for possible future mates which is essential for survival in fireflies' population.
Pelbagai kajian penyelidikan yang telah dijalankan untuk memastikan kelestarian habitat paya bakau, di Kampung Kuantan, Selangor terpelihara.
buah pokok berembang
(rasanya yang agak kelat dan sedikit berlemak ; boleh dimakan mentah dengan kuah rojak ataupun dimasak)
Pendayung sampan selaku pemandu pelancong tempatan yang peramah dan senantiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelancong yang datang di seluruh pelusuk negara
Kesimpulannya, proses pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar perlu penglibatan semua pihak bagi memastikan ekosistem berada dalam keadaan terkawal dan tidak terancam untuk generasi akan datang.
Jom jalan-jalan cari makan sambil menambah ilmu pengetahuan *(^_^)V.
Lets preserve and conserve our mother nature, ' Save Nature, Save Future'
Tribute with Fieda's delight with lots of love, xoxo
No comments:
Post a Comment