Salam, dear all
Hola...GOOd Evening to all,
I feel really blessed today, settle down some works makes me feel hungry..
having some coconut milk in the fridge and chicken, with screwpine leaves makes me wonder...*(^_^)* what am i going to cook today???
i just cook simple dishes which is famous in Kelantan and Terengganu which is ;
"Ayam Percik"
****************************************
Bahan-bahan;
A) Ayam
1) 1 ekor ayam (dipotong sederhana , dibersihkan, dilumurkan garam ,kunyit , dan halia yang ditumbuk , perap 15 minit sebelum dipanggang)
***Nak belah 8 pun boleh. terpulang ikut citarasa. sederhana kecil saiz lagi cepat masak.
2) daun kunyit (balut ayam ) semasa dipanggang-menaikkan aroma bau ayam.Kalau takda boleh gantikan dengan daun pisang pun boleh.
B) Bahan membuat KUAH PERCIK;
1) 1 biji kelapa parut-daptkan santan pekat & cair. (boleh digantikan dengan satu tin susu sejat)
2) seinci lengkuas-dikisar
3) seinci kunyit hidup-dikisar
4) 3 batang serai -diketuk
5) 3 biji bawang merah-dikisar
6) 5 ulas bawang putih -dikisar
7) 3 sudu tepung jagung+ air (bancuhan air tepung jagung)
8) 3 sudu besar cili boh (cili giling)-nak bagi warna agak merah boleh tmbh lebih
9) 2 helai daun pandan -menaikkan bau
10) garam gula ajinomoto secukup rasa
11) 1 keping asam gelugor
11) sedikit minyak untuk menumis.
Cara-cara membuat;
1) Panggangkan ayam sehingga masak (boleh di dalam oven atau atas dapur arang)-terpulang. Ketepikan.
Untuk membuat kuah percik;
2) Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar dan cili boh sehingga naik bau dan pecah minyak.
3) Masukkan santan kelapa yang cair dan kacau sebati .Masukkan asam gelugur .Kacau jangan berhenti sehingga kuah separuh pekat.
4) Masukkan daun pandan diikuti santan pekat , dan air bancuhan tepung jagung. Perasakan dengan garam, gula & ajinomoto secukup rasa. Kacau sehingga kuah betul2 likat dan pekat.
5) Kuah percik sedia untuk dihidangkan dan dituangkan atas ayam yang siap dipanggang.
6) Ayam percik sedia untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba, *(^_^)*
http://www.fiedafrieda.blogspot.com
Email-friedafieda@yahoo.com
Contact-013-3083792/ 017-3696845/ 03-20214321 (office hours)
No comments:
Post a Comment