Monday, June 18, 2012

Ayam Goreng Halia , ringkas~*(^_^)*

Salam, dear all

hari yang panas terik , seminggu dua ini cuaca panas terik dan jerebu di sekitar Selangor, memandangkan
isu kebakaran di negara jiran.
 Isu jerebu menghalang pergerakan untuk ke sana sini , dan cuaca yang panas terik ini jugala kita disarankan untuk menjaga kesihatan. Seeloknya berehatla di rumah dan kurangkan aktiviti di luar buat sementara waktu.

Teringatkan anak murid saya yang asyik bertanyakan tentang JEREBU : 

ANAK MURID 1cikgu, jerebu itu asap atau debu-debu ker?
SAYA:  lebih kurang, jerebu itu sebenarnya pencemaran udara yang disebabkan asap kebakaran, debu-debu serta asap dari kilang-kilang.
ANAK MURID ke-2: patutla papa saya kalau jerebu taknk keluar , tambah-tambah kalau hujan rintik-rintik..mesti keluar lewat camtu...petang-petang sikit kalau nak g jenjalan..
SAYA:  yerla, kalau hujan tu tkperla kamu kan naik kereta, kalau jerebu itu yang bahaya sedikit*(^_^)*


Banyakkan minum air masak sepertimana yang diketahui wabak demam selsema dan batuk semakin cenderung untuk dihidapi. :) peringatan untuk diri sendiri. 

Ok, habis berceloteh,..tukar topik kepada makanan pula...
Hari ini, fida ingin berkongsi resepi lauk untuk penggemar ayam .
Kita bertukar selera masak lauk ayam yang sungguh senang dan ringkas ;

Ayam Goreng Halia

Versi ringkas dan sedap *(^_^)* tak tipu,..makan ngn nasi panas, memang terangkat ..hehehe
hidangan (2 orang)


Bahan-bahan:
1) 500gm isi ayam yang dipotong kecil-kecil (sederhana kecil sudah memadai)-dibersihkan , ditoskan 
2) 2 sudu besar serbuk kunyit (perapan ayam)
3) sedikit garam (perapan ayam)
4) 2 ulas bawang merah (ditumbuk)-tumisan
5) 4 -5 ulas bawang merah (ditumbuk )-tumisan dan perapan
6) 2 inci halia (separuh dimayang halus dan separuh di tumbuk )-lagi banyak lagi sedap
7)5 ulas cili padi (terpulang ikut kepedasan masing-masing)
8) 1 1/2 sudu besar sos tiram  (tak perlu banyak kerana sudah masin)
9) perasa ikut secukupnya; (garam/gula/ajinomoto)-terpulang ikut citarasa masing-masing
10) sedikit bancuhan tepung jagung -untuk memekatkan kuah
11) 1 labu bawang besar  (dimayang halus)
12) sedikit minyak untuk menggoreng dan menumis


Cara-cara membuatnya:
1) Isi ayam yang ditoskan di perap dengan kunyit, garam, halia dan sedikit bawang putih  selama 1/2 jam .
2) Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan gorengkan ayam yang telah diperapkan separa garing. Angkat dan ketepikan.
3) Dengan menggunakan sedikit minyak menggoreng ayam tadi, tumiskan semua bahan tumisan, halia yang dimayang halus, cili padi,dan hirisan bawang besar sehingga naik bau dan garing.
3) Masukkan ayam yang digoreng separa tadi dan satukan dengan bahan tumisan. Masukkan sos tiram dan perasakan dengan sedikit gula & ajinomoto dan garam sekira perlu. (sos tiram sedia masin)
4) Masukkan sedikit bancuhan tepung jagung dan masakkan sehingga kuah pekat. 
5) Ayam masak halia sedia untuk dihidangkan.

selamat mencuba.*(^_^)*



Have a nice day all *(^_^)*

http://www.fiedafrieda.blogspot.com
email us-friedafieda@yahoo.com
contact us-013-3083792/017-3696845/ 03-20214321 (office hours)

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ORDER FORM @ fieda's delight

Name:
Email Address:
Contact Numbers;
Delivery Location;
Delivery Date;
Types (Order Items);
Kindly stated the size, flavor, colour and theme (please refer to details of cakes, cupcakes and cheese cakes)

Form provided by Freedback.