Sunday, November 29, 2009

KUIh tepuNG pelitA (Cap SamPAN)

nie resepi untuk KUIH tradisional yng lain:
#as requested.... 




Kuih TEpung PElita


Bahan-Bahan:
1) 1 cawan Tepung Beras (Rice Flour) (untuk adunan)

2) 1 cawan gula
3) 5 cawan air
4) 4 sudu besar tepung beras (dicampur dalam santan) 
5) 1 biji kelapa diperah (amik santan)
6) 4 helai daun pandan dimesin dgn sikit air (kalau susah dapat daun pandan guna esen pandan pun boleh dan pewarna hijau)
7)sikit kapur makan dan sikit garam (secukup rasa)

Cara-cara:
1) tepung beras, gula, air daun pandan dan air kapur sehingga sebati

2)Perahkan santan , masukkan tepung besar yang 4 sudu tadi dengan garam dan kacau biar sebati dan ketepikan dulu.
3) Masukkan tepung yang di adunkan dalam no (1) dan di kacau hingga masak dan berkilat.
4)Bila dah masak masukkan dalam acuan yang dikehendaki (daun pandan yg dilipat/ bekas plastik ker)atau daun pisang.
5) Masakkan santan yg diasun tadi dlm no (2) dan kacaukan sehingga pekat.
6) Kemudian, angkatkan santan dan curahkan ke atas tepung dalam acuan tadi dan sejukkan.
7) Letakkan adunan sejuk dalam peti sejuk untuk mendapatkan rasa yg lagi enak.Sedia dihidangkan dan dimakan.

Saturday, November 28, 2009

kek moist coklat

nie version fida la..



KEK mOist ChOCOLATE:

Bahan-bahan Untuk Kek:

1) 1 cwn marjerin (fida guna butter cup)
2) 11/2 cwn gula halus
3) 3 biji telur
4) 21/2 cwn tepung (multi-purpose)
5) 6 sudu teh serbuk koko
6) 1 1/2 sudu teh baking soda (serbuk penaik)
7) 1 1/2 cawan susu segar (UHT /other fresh milk )
8) 1 1/2 sudu teh esen vanilla

Bahan-bahan membuat topping coklat (ganache):
1)100gm cooking coklat (coklat masakan)
2)1 camca teh marjerin (butter cup)
3) 2 sudu susu pekat (terpulang secukup rasa nk manis)
4) 1 sudu madu (untuk bagi topping nampak berkilat)
# Semua dikacau dan dimasak secara 'double boiling/ baine-marie' sehingga sebati di atas periuk yang diletakkan atas periuk yang diisi air mendidih.

Bahan-bahan membuat aising
1) 100gm marjerin (buttercup)
2) 200gm gula aising (icing sugar)
3) 2 sudu kecik esen vanilla
4) sedikit perahan limau nak mengentalkan aising tu
5) 2 sudu air mendidih(panas)
# kacau semua sehingga kembang dan ringan (tidak berketul) dan diwarnakan ikut sesuka cita rasa

Cara-Cara Membuatnya:
1)Panaskan kukusan dengan api sederhana
2) Ayakkan tepung dan baking powder, serbuk koko dan ketepikan
3)Pukul merjerin dan gula sehingga kembang dan masukkan telur satu persatu. teruskan kacau dan pukul hingga kembang.
4) Kemudian masukkan esen vanila dan masukkan adunan tepung dlm no (2) dan di selang seli dengan masukkan susu dan kacau sehingga sebati.
5) Sapukan sedikit marjerin pada acuan /loyang dikehendaki dan masukkan adunan dalam loyang tadi.
6)Masak adunan dalam kukusan selama 45 min.
7) Setelah kek masak, biarkan sejuk sebentar sebelum di tuangkan topping coklat (ganache) dan hiasla sesuka hati dengan aising yang dikacau sehingga ringan dan tidak berketul dan di warnakan sesuka hati dan ..:) -selamat mencuba-




Sunday, November 22, 2009

lepat pisang

kali nie kiter cuber resepi kuih lepat versi pisang (my favourite)..hehe..:)

Pic yang sempat dirakam....hehehe
1) pisang dilenyek  dan ditambahkan tepung & kelapa
2) adunan pisang diletak dalam daun pisang yang dilayur
 3) adunan pisang yang dibungkus sebelum dikukus
4) READY to eat LEpat PISANG..YUMMY:p









BAHAN-BAHAN:
1) 12 biji pisang emas (optional aper2 pisang PUN boleh..:))
2) 3 sudu kelapa parut
3) 4 sudu tepung gandum (anggaran)
4) 2 sdu teh gula kasar
5) secubit garam



CARA-CARA MEMBUAT:
1) mULa-mula kita lenyekkan pisang dalam mgkuk adunan (besen kecik pun tkper)
2) JANGAN LUPA panaskan kukusan dengan api sederhana dan layurkan daun pisang atas api dapur
3)dah lenyek pisang, masukkan tepung, dan kelapa parut dan gaulkan semua sehingga sebati
4) kemudian, masukkan pulak garam dan gula kasar dan sambung gaul sampai sebati
5)  letakkan adunan sedikit demi sedikit dalam keadaan memanjang (~1ocm-ikut kesesuaian) dalam daun pisang yang dilayur
6) tutup dan bungkus dengan kemas adunan tu dan susun atas loyang kukusan
7)kukus dalam (15-20 min)
8) sedia untuk dihidang dan dimakan

Thursday, November 19, 2009

Karipap


kali ini kita buat kuih karipap pulak...:)

niela pic yg sempat diambil semasa wat karipap




















Karipap...

Bahan-bahan untuk doh:
1) 1/2kg tepung gandum
2) 1 sudu besar minyak masak/ 2 sudu marjerin
3) Air garam (suam)

Bahan-bahan untuk inti:
1) 4/5 biji ubi kentang(dipotong dadu)
2) Ayam/ daging dipotong dadu(potong kecik)
3)5 tangkai cili kering (dikisar)-anggaran sendiri :)
4) 2 kuntum bunga lawang (dikisar)
5) Serbuk kari daging dua sudu besar
6) 5 kuntum bunga cengkih (dikisar)
7) 1 biji bawang besar (dikisar)
8)1-2 sudu besar jintan manis (dikisar)-tkder pun takper
9) garam, gula dan AJINOMOTO secukup rasa..

cara -cara membuat inti:
1) mula-mula kisar semua bahan yang di'highlightkan' warna biru
2) panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan dikisar
3) masukkan kentang dan ayam yang dipotong dadu
4) kacau sebati dan masukkan garam,gula dan AJINOMOTO secukup rasa
5) kacau dan masak inti sehingga kering dan tutup api dan biarkan sejuk sebentar.

cara-cara membuat doh karipap:
1) mula-mula gaulkan tepung gandum dengan merjerin atau minyak masak
2) kemudian, masukkan air garam sedikit demi sedikit
3) uli sehingga betul-betul lembut dan kenyal sikit dan biarkan dalam 5 min-10 min.
4) kemudian bulatkan sedikit2 doh adunan menjadi beberapa bahagian
5) biarkan adunan kecil tersebut selama 15-20 min
6) uli adunan yang kecik2 tadi menjadi leper dengan 'roller' dan letakkan di atas acuan karipap
7) masukkan inti dan tutup acuan dengan kemas bagi mendapatkan bentuk yg dikehendaki
8) biarkan karipap selama 1 jam sebelum di goreng
9) karipap sedia digoreng dan dihidang

*Peringatan:
untuk karipap yang ingin disimpan lama dan diletakkan di dalam peti sejuk
-pastikan karipap digoreng sebentar (2 min) dalam api sederhana supaya tidak melekat dan bolehla disimpan lama seperti karipap segera.

Sunday, November 15, 2009

Pau Kukus












1)doh dibuat
2)doh dibulatkan kecil-kecil
3)masukkan inti
4)adunan ditutup
5)doh dibiarkan setelah 35 min sebelum dikukus














Bahan-bahan membuat pau:
1)1 kg tepung gandum
2) 1/2 cwn minyak masak
3) 1 paket yis mauripan
4) 1/2 cwn gula (secukup rasa)
5) sedikit garam
6) 2 1/2 cawan air
7) 2 sudu bsar susu pekat manis (lembutkn doh)


Cara-caranya:
1) Panaskan kukusan di atas api yang sederhana
2)  Gaulkan tepung dan yis mauripan dan larutkan gula di dalam air
3) Gaulkan semua ramuan tadi sehingga sebati . Uli lembut dengan tangan selama 10 -15 minit sehingga adunan menjadi kenyal dan licin ( tidak melekat pada tangan)
4) Ambilkan doh tadi dan buat bulat kecil2 dan biarkan selama 10 min
5) Canaikan doh kecil tadi dan masukkan inti di bahagian tengah adunan
6) Tutup inti dan bulat2kan sehingga adunan licin mengikut bentuk disukai.Letakkan adunan yng dibentukkan dengan pelapik daun pisang atau kertas putih yang dipotong empat segi/bulat
7) Biarkan adunan pau selama 35 min  dan ditutup sehingga agak mengembang
8) Kukuskan dalam pengukus selama 15 min pada suhu tinggi.(Jangan lebih masa mengukus)


Peringatan:
-semasa mengangkat penutup pengukus, pastikan penutup dilapik dengna kain bagi mengelakkan air kukusan terkena permukaan pau yang boleh merosakkan tekstur rupa pau.

- Inti pau boleh dibuat dengan inti daging/ayam/kacang merah mengikut kesukaan masing-masing sama seperti membuat inti karipap


Selamat MENCUBA...:)



 

Friday, November 13, 2009

Donut Oh Donut....
















1) Doh (adunan 2x saiz asal)

2) uli dan tekap dengan acuan donut













3) donut setelah di tekap
4) close up donut
4) ready to eat..YUMMY..:)




resepi kuih DOnut.
.

Bahan-bahan
1) 1/2 kilo tepung gandum
2) 1 paket yis mauripan
3) 2 sudu besar susu pekat (ikutla cap aper F&N ker paperla..)
4) 2 sudu marjerin
5) 1 biji telur
6) 2 biji kentang (direbus & dilenyek halus)
7) Garam secukup rasa
8)Air
9) Gula Aising ker (gula kasar dikisar halus sbg topping last)

Cara-cara membuat:
1) Mula-serbuk yis mauripan tadi dilarutkan dalam air
2)Gaulkan sebati tepung gandum bersama susu pekat manis, marjerin, telur, kentang dan garam
3) Kemudian, masukkan yis mauripan tdi dan air sikit demi sikit hingga doh lembut dan sebati (uli sehingga 10 min )
4) kemudian tinggalkan doh dan tutup sehingga dua kali ganda saiz asal
5) Uli doh bulat-bulat dan bentukkan cincin atau nk senang guna acuan donut dan tingalkan jap dlm 5 -10 min besar sikit dari saiz asal.
6) sedia untuk digoreng dan bolehla letak topping gula aising tadi .
7) Sedia untuk dihidang dan dimakan.

nota:
kentang digunakan untuk melembutkan doh adunan

once upon a time~



Once upon a time ~
With friends~







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ORDER FORM @ fieda's delight

Name:
Email Address:
Contact Numbers;
Delivery Location;
Delivery Date;
Types (Order Items);
Kindly stated the size, flavor, colour and theme (please refer to details of cakes, cupcakes and cheese cakes)

Form provided by Freedback.