Thursday, December 31, 2009

HaPPY new YEar CakE (CHOCOLATE CAKE)..2010


sempena this new year 2010 ...yang penuh bermakna dan inspirasi baru...kitaorg sempat la celebrate kat umah jer ngan kek coklat comei...idea kengkawan serumah yang datang bertandang.....main taram jer..nk makan punyer pasal....:) ...semoga tahun baru nie membawa keberkatan dan penuh dengan seribu harapan dan sinar baru dalam hidup kiter semua...dan dimurahkan rezeki...AMIN...:)


 
Ni kek coklat ala funky sweet n simple buat member roomate anak murid aku Nisa dari kolej Keris Mas , UKM, semoga panjang umur dah dimurahkan rezeki...:)

simple  

nie chocolate cake sempena birthday party saudari Inas & Asma kat kolej Pendeta Za'ba , UKM..:)

Kek ni dibuat khas untuk aniverssary abg member aku kat putrajaya , pic nie diambil before diedit tambah tulisan...tq....have a nice days...:)

kek ini dibuat khas untuk saudara Faliq dan sekeluarga kat sungai buluh, semoga happy n ceria selalu...tq..:)

  
Kek ni dibuat 2 layer untuk surprise 21'st  birthday party Raj Kumar di kolej Burhanuddin Helmi, UKM  yg ditempah untuk makan 40 org..
.enjoy ur days...:)

Tq VERY MUCH  to ALL ...:)


CHOCOLATE CAKES;
FOR ORDER;
fida-0173696845
email-chessief8@yahoo.com

PRICE:
RM 25 PER 1/2 kg
RM 50 PER 1 kg



Monday, December 28, 2009

PUDing.ON SALE.....

 nila beberapa PUDING terbaru yang on sale...

saper nk order untuk patern lain boleh hbungi: 
LOKASI: BANGI, SELANGOR


fieda:017-3696845
email: chessief8@yahoo.com
facebook: chessief8@yahoo.com
ym: fieda_frieda@yahoo.com




 PRICE: 


MINIMUM ORDER:
20 Cups


Puding caramel/dadih/puding buah/etc....puding
 
Bagi maner2 nk order puding untuk majlis kesyukuran ker majlis birthday ker kenduri kahwin ker:
tempahan dibuka.

PRICE :

RM 1/CUP

Wednesday, December 23, 2009

ORANGE-STRAWBERRY MUFFIN

Muffin lain version orange-strawberry

ORANGE-STRAWBERRY MUFFIN....




bAHAN-baHannyer:
1) 200ml margerin
2) 150gm gula halus (~kurangkan kalau nk kurang manis)

3) 150ml  jus oren (fida guna sunquick oren)
4) 150mg strawberry filling (fida guna jem strawberry)
5) 3 biji telur
6) 200gm tepung gandum 
7) 11/2 sudu baking powder
8) 2 sudu kecik esen vanilla


Cara-CARA Membuatnyer:
1) Pukul margerin dan gula halus sehinnga kembang
2) Masukkan telur satu persatu dan pul lagi sehingga kembang
3) masukkan sunquick oren dan jem dan kacau biar sebati sehinnga tidak berketul
4) masukkan esen vanilla dan tepung gandum yang diayak dengan baking powder dan kaupkan sehingga semua sebati
5) Kemudian sediakan acuan muffin yang diletakkan dalam loyang acuan muffin 
6) Sudukan adunan dalam acuan dan bakar selama 15-20 min .
7) Biarkan sejuk sebelum dihias dengan topping icing/ chocolate/ aper2 kesukaan masing-masing...:)


Tuesday, December 22, 2009

coffee..chip cupcakes

resepi kedua ...si adik beradik lain perisa lain pulak...


CoFFEE chip CUPCAKEs....






Bahan-bahannyer..


1) 200gm margerin (butter cup)
2)150gm gula halus 
3) 3 biji telur saiz A
4) 200ml  milk flavoured coffee (DUTCH LADY)
5) 2 cawan tepung gandum (~220gm )
6) 1 camca teh esen vanilla
7) 2 camca teh  serbuk koko
8) 2 camca teh baking powder
9) sedikit choc chip


Cara-cara membuat
1) pUkul margerin dan gula sehingga kembang
2) masukkan telur satu persatu dan pukul lagi sehingga kembang dan sebati
3) masukkan esen vanilla  dan tepung yang diayak dengan baking powder perlahan-lahan sambil di selang selikan dengan susu berperisa coffee .
4) kacau adunan sehingga sebati, masukkan sedikit serbuk koko dan sedikit choc chip dan kacau sebati
5) tuang adunan dalam acuan pilihan dan bakar/ kukus  selama 15-20min
6) Biarkan sejuk sebelum di tuang dengan choc gananche..
7) ready to EAT...:)

Saturday, December 19, 2009

CHOC CHIP cupcakes

si kecik CHOC CHIp CUP cakes

resepinya...





 

Bahan-bahan:
1) 200gm margerin (butter cup)
2) 100ml susu segar (dutch lady ker)
3) 140gm gula halus
4) 3 biji telur gred A
5) 1 camca teh esen vanilla
6) 220g tepung gandum serbaguna
7) 2 camca teh baking powder
8) sikit choc chip 

Cara-Cara Membuat:
1) Pukul margerin dan gula halus sehingga kembang
2) Masukkan telur satu persatu dan pukul sampai kembang
3) masukkan esen vanilla dan tepung yang diayak dengan baking powder dan diselang seli dengan susu segar.
4) masukkan sedikit atau ikut sesuka hati choc chip
5) bakar selama 20 min/30 min  (suhu 170 darjah celcius) atau kukus dalam api sederhana selama 20-30 min.
6) rEADY to EAT...:)

untuk hIDANGAN tengahari...

Udang tumis Kacang botol dan ikan masak kicap.....

Wednesday, December 9, 2009

vanilla blue sponge cake





Blue Vanilla Sponge Cake

Bahan-bahan:
1) 240gm margerin (fida guna buttercup)

2) 1 cawan gula castor (gula halus optional)
3) 1 1/2 cwn tepung gandum

4) 2 sudu teh baking powder
5) 1/2 cwn susu segar
6) 5 biji telur
7) 2 sudu kecil esen vanilla
8) sikit pewarna biru, coklat


Cara-cara Membuat:
1) Pukul marjerin dan gula sehingga kembang . Panaskan kukusan dengan api sederhana.

2) Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga kembang
3) Masukkan tepung yang diayak dengan baking powder dan diselang seli dengan susu sehingga habis
4) Masukkan esen vanilla dan kacau sebati. 
5) Bahagikan adunan kek kepada 3 bahagian dan diwarnakan dengan warna biru, coklat dan biarkan warna asal
6)Sapukan marjerin pada semua bahagian loyang kek dan tuang adunan selapis demi selapis mengikut warna bahagian biru, coklat dan asal berselang seli sehingga habis.
7) Untuk mendapatkan bentuk atau corak adunan kek yang menarik, amik lidi pencucuk sate dan buatkan beberapa bulatan atau garisan dengan perlahan sebanyak dua atau 3 kali pada adunan .
8)Kukus kek sehingga masak (35-45min).Biarkan sejuk sebelum dihias atau dihidang.

9) Untuk hiasan atas, boleh dihiasi dengan topping aising..:)






 

si puteri ayu (putu ayu)

resepi kuih tradisional lain nie adalah si puteri ayu...

KUIH PUTU AYU AKA PUTERI AYU


Bahan-bahan:
1) 3 biji telur
2)1 cawan gula (1/2 pun tkper ikut kemanisan masing2)
3) 250ml santan atau ~2 cwn santan
4) 1 sudu besar esen pandan (Kalau tkder daun pandan /optional)

5) 1/2 sudu kecil pewarna hijau
6) 2 cwn tepung gandum (~280gm tepung gandum)
7) 1 sudu kecil ovallete( melembutkan adunan)
8) Kelapa parut muda 
9) Sedikit garam


Cara-cara Membuat:
1) Pukul telur dan gula sehingga kembang.

2) Masukkan santan, ovallete, esen pandan, pewarna  hijau dan kacau sehingga sebati sehingga TIDAK BERKETUL.
3) Sementara itu panaskan kukusan dengan api sederhana.
4) Sapukan sedikit minyak dalam setiap acuan (supaya adunan senang tanggal lepas masak/tidak melekat).
5) Letakkan kelapa parut yang dicampurkan dengan sedikit garam ke dlam acuan dan ditekan padat.
6) Kemudian, letakkan adunan sikit demi sedikit kedalam setiap acuan tadi dan kukus selama 15 ~20 min sehingga masak.
7) Sedia untuk dihidang dan dimakan ketika minum pagi atau petang..:)





chocolate cup cakes

cuppie cakes
CHOCOLATE CUP CAKES...:)




Bahan-bahan :
1) 180gm margerin (fida guna butter cup)
2) 150gm gula halus 
3) 2 biji telur gred A
4) 80ml (1 1/2 cwn) susu segar
5) 2 camca teh esen vanilla
6) 2 cwn (230g) tepung gandum
7) 2 camca teh baking powder
8) 1/2 cwn serbuk koko



CAra-cara Membuatnya:
1)Pukul margerin/ butter dan gula sehingga kembang.
2)Panaskan kukusan dengan api sederhana.

3)Masukkan telur satu persatu kedalam adunan tepung yang ditapis dengan baking powder, serbuk koko, susu segar dan esen vanilla.Kemudian kacau sehinnga sebati.
4) Kemudian masukkan adunan ke dalam acuan cup cakes yang di kehendaki. Boleh tabur  kismis ker kacang walnut ker depends ,.atas adunan cup cakes.

5) Kukus sehinnga masak selama 20min-25 min .
6) Untuk hiasan terpulangla citarasa masing-masing . nak letak topping coklat cair ker
sprikle ngan chocolate rice ker,,aising ker...:)



Saturday, December 5, 2009

Apam KuKUS

resepi tradisional kali nie yang fida nak share ialah si apam kukus...


APAM KUKUS
 

Bahan-bahan:
1) 3 biji telur 
2) 1 1/2 cawan gula pasir (ikut kemanisan citrasa sendiri :))
3)1 camca besar baking powder (serbuk penaik)

4) 1/4 cawan air suam
5) 2 cawan tepung gandum (tepung serbaguna)


Cara-cara:
1)Pukul telur dan gula sehingga kembang

2)Kemudian, masukkan tepung yang diayak dengan baking powder tadi sikit2 demi sedikit.
3) Masukkan air dan gaul rata
4) bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan bubuh pewarna ikut kesukaan masing-masing.
5)Kemudian bubuh adunan ke dalam acuan pilihan sedikit 3/4 paras acuan dan kukus 15-20 min sehingga masak.
6) Hidangla dengan kelapa parut dan garam.

Sunday, November 29, 2009

KUIh tepuNG pelitA (Cap SamPAN)

nie resepi untuk KUIH tradisional yng lain:
#as requested.... 




Kuih TEpung PElita


Bahan-Bahan:
1) 1 cawan Tepung Beras (Rice Flour) (untuk adunan)

2) 1 cawan gula
3) 5 cawan air
4) 4 sudu besar tepung beras (dicampur dalam santan) 
5) 1 biji kelapa diperah (amik santan)
6) 4 helai daun pandan dimesin dgn sikit air (kalau susah dapat daun pandan guna esen pandan pun boleh dan pewarna hijau)
7)sikit kapur makan dan sikit garam (secukup rasa)

Cara-cara:
1) tepung beras, gula, air daun pandan dan air kapur sehingga sebati

2)Perahkan santan , masukkan tepung besar yang 4 sudu tadi dengan garam dan kacau biar sebati dan ketepikan dulu.
3) Masukkan tepung yang di adunkan dalam no (1) dan di kacau hingga masak dan berkilat.
4)Bila dah masak masukkan dalam acuan yang dikehendaki (daun pandan yg dilipat/ bekas plastik ker)atau daun pisang.
5) Masakkan santan yg diasun tadi dlm no (2) dan kacaukan sehingga pekat.
6) Kemudian, angkatkan santan dan curahkan ke atas tepung dalam acuan tadi dan sejukkan.
7) Letakkan adunan sejuk dalam peti sejuk untuk mendapatkan rasa yg lagi enak.Sedia dihidangkan dan dimakan.

Saturday, November 28, 2009

kek moist coklat

nie version fida la..



KEK mOist ChOCOLATE:

Bahan-bahan Untuk Kek:

1) 1 cwn marjerin (fida guna butter cup)
2) 11/2 cwn gula halus
3) 3 biji telur
4) 21/2 cwn tepung (multi-purpose)
5) 6 sudu teh serbuk koko
6) 1 1/2 sudu teh baking soda (serbuk penaik)
7) 1 1/2 cawan susu segar (UHT /other fresh milk )
8) 1 1/2 sudu teh esen vanilla

Bahan-bahan membuat topping coklat (ganache):
1)100gm cooking coklat (coklat masakan)
2)1 camca teh marjerin (butter cup)
3) 2 sudu susu pekat (terpulang secukup rasa nk manis)
4) 1 sudu madu (untuk bagi topping nampak berkilat)
# Semua dikacau dan dimasak secara 'double boiling/ baine-marie' sehingga sebati di atas periuk yang diletakkan atas periuk yang diisi air mendidih.

Bahan-bahan membuat aising
1) 100gm marjerin (buttercup)
2) 200gm gula aising (icing sugar)
3) 2 sudu kecik esen vanilla
4) sedikit perahan limau nak mengentalkan aising tu
5) 2 sudu air mendidih(panas)
# kacau semua sehingga kembang dan ringan (tidak berketul) dan diwarnakan ikut sesuka cita rasa

Cara-Cara Membuatnya:
1)Panaskan kukusan dengan api sederhana
2) Ayakkan tepung dan baking powder, serbuk koko dan ketepikan
3)Pukul merjerin dan gula sehingga kembang dan masukkan telur satu persatu. teruskan kacau dan pukul hingga kembang.
4) Kemudian masukkan esen vanila dan masukkan adunan tepung dlm no (2) dan di selang seli dengan masukkan susu dan kacau sehingga sebati.
5) Sapukan sedikit marjerin pada acuan /loyang dikehendaki dan masukkan adunan dalam loyang tadi.
6)Masak adunan dalam kukusan selama 45 min.
7) Setelah kek masak, biarkan sejuk sebentar sebelum di tuangkan topping coklat (ganache) dan hiasla sesuka hati dengan aising yang dikacau sehingga ringan dan tidak berketul dan di warnakan sesuka hati dan ..:) -selamat mencuba-




Sunday, November 22, 2009

lepat pisang

kali nie kiter cuber resepi kuih lepat versi pisang (my favourite)..hehe..:)

Pic yang sempat dirakam....hehehe
1) pisang dilenyek  dan ditambahkan tepung & kelapa
2) adunan pisang diletak dalam daun pisang yang dilayur
 3) adunan pisang yang dibungkus sebelum dikukus
4) READY to eat LEpat PISANG..YUMMY:p









BAHAN-BAHAN:
1) 12 biji pisang emas (optional aper2 pisang PUN boleh..:))
2) 3 sudu kelapa parut
3) 4 sudu tepung gandum (anggaran)
4) 2 sdu teh gula kasar
5) secubit garam



CARA-CARA MEMBUAT:
1) mULa-mula kita lenyekkan pisang dalam mgkuk adunan (besen kecik pun tkper)
2) JANGAN LUPA panaskan kukusan dengan api sederhana dan layurkan daun pisang atas api dapur
3)dah lenyek pisang, masukkan tepung, dan kelapa parut dan gaulkan semua sehingga sebati
4) kemudian, masukkan pulak garam dan gula kasar dan sambung gaul sampai sebati
5)  letakkan adunan sedikit demi sedikit dalam keadaan memanjang (~1ocm-ikut kesesuaian) dalam daun pisang yang dilayur
6) tutup dan bungkus dengan kemas adunan tu dan susun atas loyang kukusan
7)kukus dalam (15-20 min)
8) sedia untuk dihidang dan dimakan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ORDER FORM @ fieda's delight

Name:
Email Address:
Contact Numbers;
Delivery Location;
Delivery Date;
Types (Order Items);
Kindly stated the size, flavor, colour and theme (please refer to details of cakes, cupcakes and cheese cakes)

Form provided by Freedback.