Thursday, July 17, 2014

Simple butter cake~

Assalamualaikum w.b.t, 
salam ramadhan 2014, 
terlebih dahulu , salam kemaafan dihulur kerana sudah lama tidak meneruskan entri,

sekembalinya saya  di sini, saya ingin dahulukan dengan bismillah, disudahi dengan alhamdullilah

kali ini saya ingin berkongsi resepi ringkas dan mudah buat kenalan yang jauh di mata dekat di hati.
menu ini sesuai dibuat pencuci mulut untuk berbuka puasa, majlis keraian dan menu santai bersama keluarga di waktu petang.

"butter cake"


Resepi 

1) 5 biji telur
2) 1 cawan gula pasir
3) 2 cawan tepung gandum (diayak terlebih dahulu)
4) 1 sudu teh baking powder (diayak dengan tepung gandum)
5) 1 cawan 'butter'  dicairkan. -boleh pakai jenama apa ikut citarasa anda.
6) 1 sudu teh "ovalette"- untuk melembutkan kek

Cara membuatnya;
1) Panaskan ketuhar pembakar (oven) dalam suhu (180 degree celcius) selama 15 minit
2) Pukulkan telur dan gula sehingga kembang
4) Masukkan ovallete, butter,  ke dalam adunan tadi dan pukul sehingga sebati. ketepikan.
5)Kemudian, perlahan-lahan masukkan tepung gandum yang telah diayakkan bersama baking powder dan kacau sehingga sebati. 
6) Griskan loyang dengan dengan sedikit "butter" . Tuangkan butter dalam loyang yang disukai. 
7) Bakar adunan sehingga masak selama 45 min.
8) Kek sudah siap untuk dihidangkan.

Tips;
Resepi ini boleh diubahsuai menjadi kek 'marble' dengan melorekkan sedikit pewarna ke dalam adunan mengikut citarasa anda. 

Selamat mencuba,

Tribute with love, xoxo
fieda's delight

sebarang pertanyaan, boleh diutarakan menerusi;
email-friedafieda@yahoo.com


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ORDER FORM @ fieda's delight

Name:
Email Address:
Contact Numbers;
Delivery Location;
Delivery Date;
Types (Order Items);
Kindly stated the size, flavor, colour and theme (please refer to details of cakes, cupcakes and cheese cakes)

Form provided by Freedback.