Monday, July 21, 2014

pengat pisang~

Assalamualaikum w.b.t,

Menghitung hari detik demi detik..sempena ramadhan 2014 yang bakal melabuhkan tirainya,
Syawal dinanti , kepulangan dirai
 ramadhan kali ini mungkin memberikan nostalgia yang cukup terkesan bagi yang masih 
meneruskan liku kehidupan sama ada bergelar anak perantau atau anak watan biasa. 

~Kesabaran diuji tatkala diterjah dengan dugaan yang menimpa, sebagai hambaNya yang lemah dan masih bernafas di bumi bertuah ini, salam takziah buat warga keluarga MH17 dan MH370 dan juga warga gaza. 
sekalung doa dipanjatkan.


Entri diteruskan dengan perkongsian menu pencuci mulut yang ringkas, 
pengat pisang

Bahan-bahan;
 seikat pisang (8 biji pisang)-dipotong menyerong
3 helai daun pandan yang disimpulkan
2 sudu sagu
1 keping gula melaka -diracik halus
1/2 sudu gula pasir
secubit garam
1 kotak santan pekat 
2 cawan air 

Cara membuat;
1) Panaskan santan dan air di dalam kuali. Masukkan gula melaka dan gula pasir dan kacau dalam api sederhana. Kacau perlahan-lahan sehingga gula melaka dan pasir mencair.
2) Masukkan daun pandan yang disimpulkan , sagu dan pisang yang dipotong. Kacau perlahan dalam api sederhana.
3) Masak dalam 20 min dan tutup api sehingga sagu mengembang. Sedia untuk dihidangkan.

Menu mudah . selamat mencuba. *(^_^)*



sebarang pertanyaan, berkenaan tempahan kek boleh diutarakan ;
email-friedafieda@yahoo.com













No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ORDER FORM @ fieda's delight

Name:
Email Address:
Contact Numbers;
Delivery Location;
Delivery Date;
Types (Order Items);
Kindly stated the size, flavor, colour and theme (please refer to details of cakes, cupcakes and cheese cakes)

Form provided by Freedback.