Wednesday, August 6, 2014

Puding Roti

Assalamualaikum w.b.t, 

Roti...
Roti...

Bread Pudding ( puding roti)



food for thought;
~bread/ roti~
you also can make simple sandwiches as your breakfast

next entry is all about simple version of bread pudding



Ingredients;
1) 8 slices of bread (chopped into 4 pieces for each slice) (gardenia brand)
2) 2 tbsp of margarine (planta brand)
3) 2 cups of evaporated milk or fresh milk ( dutch lady brand)
4) 1/2 cup of raisins
5)vanilla flavour (2 drops)
5) 4 eggs (lightly beaten)

Methods;
1) Chopped the bread into small pieces and set aside
2) Placed all the ingredient (margarine, milk, raisins, vanilla flavour and beaten egg) in the baking tray 
3)steamed about 20 minutes and ready to be served with custard cream

have a nice day all :)




tribute with love, xoxo
email-friedafieda@yahoo.com


Friday, August 1, 2014

warna warni di aidilfitri, 2014

Assalamualaikum w.b.t,

Terlebih dahulu, selaku penulis, ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri buat rakan yang beragama Islam setelah sebulan berpuasa sama ada di perantauan ataupun di kampung halaman masing-masing.

hidangan biasa sewaktu raya di kelantan;

ketupat palas
(ketupat yang divariasikan dengan pulut manis atau pulut kacang )


Apa yang menariknya, raya aidilfitri tahun ini disambut sempena dengan musim buah iaitu sekitar bulan 7-8 saban tahun , (durian / langsat / rambutan) 




Raya tahun ini disambut serba sederhana seperti tahun yang sebelumnya, pulang ke kampung halaman di Jeli, dan di Bachok, kelantan, meraikan bersama keluarga tersayang, saudara mara dan sahabat handai. Seperti kebiasaannya, semoga raya  tahun ini memberi seribu rahmat dan keberkatan buat semua. 

salam aidilfitri buat semua

Tribute with love , xoxo

Monday, July 21, 2014

pengat pisang~

Assalamualaikum w.b.t,

Menghitung hari detik demi detik..sempena ramadhan 2014 yang bakal melabuhkan tirainya,
Syawal dinanti , kepulangan dirai
 ramadhan kali ini mungkin memberikan nostalgia yang cukup terkesan bagi yang masih 
meneruskan liku kehidupan sama ada bergelar anak perantau atau anak watan biasa. 

~Kesabaran diuji tatkala diterjah dengan dugaan yang menimpa, sebagai hambaNya yang lemah dan masih bernafas di bumi bertuah ini, salam takziah buat warga keluarga MH17 dan MH370 dan juga warga gaza. 
sekalung doa dipanjatkan.


Entri diteruskan dengan perkongsian menu pencuci mulut yang ringkas, 
pengat pisang

Bahan-bahan;
 seikat pisang (8 biji pisang)-dipotong menyerong
3 helai daun pandan yang disimpulkan
2 sudu sagu
1 keping gula melaka -diracik halus
1/2 sudu gula pasir
secubit garam
1 kotak santan pekat 
2 cawan air 

Cara membuat;
1) Panaskan santan dan air di dalam kuali. Masukkan gula melaka dan gula pasir dan kacau dalam api sederhana. Kacau perlahan-lahan sehingga gula melaka dan pasir mencair.
2) Masukkan daun pandan yang disimpulkan , sagu dan pisang yang dipotong. Kacau perlahan dalam api sederhana.
3) Masak dalam 20 min dan tutup api sehingga sagu mengembang. Sedia untuk dihidangkan.

Menu mudah . selamat mencuba. *(^_^)*



sebarang pertanyaan, berkenaan tempahan kek boleh diutarakan ;
email-friedafieda@yahoo.com













Saturday, July 19, 2014

Ikan Talapia Masak Tiga Rasa

Assalamualaikum wbt, 

senyum *(^_^)*v

Menu seterusnya yang ingin dikongsikan adalah ikan talapia masak tiga rasa
sesuai untuk hidangan buka puasa/ makan malam/ tengahari / menu sahur

optional bagi ikan; juga boleh ditukarkan dengan ikan siakap atau ikan merah 


Bahan-bahan utama;

1)  2 sudu besar sos tiram
2)  timun (dipotong dadu)
3)  tomato (dipotong dadu)
4)  4 sudu besar cili yang dikisar bersama bawang
5)  1 sudu sos tiram
6)   1 sudu kecil garam
7) 3 sudu besar sos tomato 
8) 1 sudu kecil gula kasar
9) ikan talapia ikut saiz dikehendaki (diperap dengan air asam jawa untuk hilangkan hanyir bau)

Cara-cara membuat:
1) Panaskan minyak dan gorengkan ikan yang talapia sehingga separa masak. Angkat dan ketepikan.
2) Seterusnya, tumiskan cili kisar/sos tiram/ sos tomato  sehingga pecah minyak.
3) masukkan ikan tadi kedalam tumisan .Masukkan timun dan tomato yang dipotong dadu. Kemudian, masak sehingga sebati. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.



Selamat mencuba.

Tribute with love, xoxo
email-friedafieda@yahoo.com

Thursday, July 17, 2014

Simple butter cake~

Assalamualaikum w.b.t, 
salam ramadhan 2014, 
terlebih dahulu , salam kemaafan dihulur kerana sudah lama tidak meneruskan entri,

sekembalinya saya  di sini, saya ingin dahulukan dengan bismillah, disudahi dengan alhamdullilah

kali ini saya ingin berkongsi resepi ringkas dan mudah buat kenalan yang jauh di mata dekat di hati.
menu ini sesuai dibuat pencuci mulut untuk berbuka puasa, majlis keraian dan menu santai bersama keluarga di waktu petang.

"butter cake"


Resepi 

1) 5 biji telur
2) 1 cawan gula pasir
3) 2 cawan tepung gandum (diayak terlebih dahulu)
4) 1 sudu teh baking powder (diayak dengan tepung gandum)
5) 1 cawan 'butter'  dicairkan. -boleh pakai jenama apa ikut citarasa anda.
6) 1 sudu teh "ovalette"- untuk melembutkan kek

Cara membuatnya;
1) Panaskan ketuhar pembakar (oven) dalam suhu (180 degree celcius) selama 15 minit
2) Pukulkan telur dan gula sehingga kembang
4) Masukkan ovallete, butter,  ke dalam adunan tadi dan pukul sehingga sebati. ketepikan.
5)Kemudian, perlahan-lahan masukkan tepung gandum yang telah diayakkan bersama baking powder dan kacau sehingga sebati. 
6) Griskan loyang dengan dengan sedikit "butter" . Tuangkan butter dalam loyang yang disukai. 
7) Bakar adunan sehingga masak selama 45 min.
8) Kek sudah siap untuk dihidangkan.

Tips;
Resepi ini boleh diubahsuai menjadi kek 'marble' dengan melorekkan sedikit pewarna ke dalam adunan mengikut citarasa anda. 

Selamat mencuba,

Tribute with love, xoxo
fieda's delight

sebarang pertanyaan, boleh diutarakan menerusi;
email-friedafieda@yahoo.com


Sunday, April 21, 2013

Destinasi cinta~*(^_^)*v

 Perfect leisure,
Tropical paradise,
pampering yourselves in unforgettable holiday


Tioman Island~


fly away ~




family day ~


yummylicious ice cream~*(^_^)*



" Though we travel the world over to find the beautiful, we must carry it us or we find it not"
~Ralph Waldo Emerson~



Tribute with love, XOXO

Friday, April 19, 2013

Cergas dan Cerdas~*(^_^)*

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Cergas dan Cerdas dengan bersukan ~







Arena sukan bola sepak merupakan sukan yang amat unik yang melibatkan penggunaan tenaga fizikal, tahap konsentrasi yang tinggi dalam percaturan strategi secara taktikal oleh para pemain  sebagai satu pasukan. Kerjasama sepasukan diperlukan untuk menghasilkan persembahan yang mantap selain persaingan yang positif oleh pihak lawan.

Umumnya, budaya bersukan  membantu membentuk sahsiah jati diri, disiplin dan nilai murni yang mampan. Selain itu, menerusi implimentasi budaya sukan di peringkat sekolah mahupun di peringkat universiti membantu dalam melahirkan bakat-bakat baru dalam arena sukan bola sepak yang berpotensi untuk bersaing di persada antarabangsa.



Di samping itu, bersukan juga merupakan aktiviti riadah yang berfaedah selain dapat mengeratkan tali silaturahim sesama rakan seperjuangan dan memupuk perpaduan kaum dalam membentuk masyarakat yang lebih sihat dan bertenaga. Justeru, marilah kita membentuk budaya sukan ke arah masyarakat yang cergas , cemerlang , gemilang dan terbilang.



Tribute with love, XOXO



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ORDER FORM @ fieda's delight

Name:
Email Address:
Contact Numbers;
Delivery Location;
Delivery Date;
Types (Order Items);
Kindly stated the size, flavor, colour and theme (please refer to details of cakes, cupcakes and cheese cakes)

Form provided by Freedback.