Wednesday, October 31, 2012

Kerabu Lawa Ikan Tamban~

Salam, dear all,

Kembali bersiaran di hari yang cerah menyinar,
Hari ini seperti biasa, insyaAllah fida akan berkongsikan resepi untuk membuat kerabu lawa ikan versi kelantan. 

Resepi ini adalah resepi terkenal bagi penduduk persisiran pantai , terutama di kelantan, dan juga resepi turun temurun kerana hanya melibatkan penggunaan ikan segar dari laut (ikan tamban/ jelawat). *hanya ikan ini digunakan untuk resepi ini. Ikan ini mempunyai tulang yang amat banyak*

Cara penyediaan amat mudah , apa yang uniknya, tidak perlu dimasak, ikan hanya diperap menggunakan perahan air limau nipis untuk menghilangkan hanyir. Apa yang penting, ikan mesti segar. 
(Seperti mana penggunaan sushi ikan di jepun).

Selain itu, menu ini amat sesuai dijadikan menu diet yang sihat kerana melibatkan penggunaan ulam-ulaman segar. Healthy diet for healthy lifestyle.

Jom kita semak resepi ini,

Kerabu *Lawa* Ikan versi kelantan


Bahan-bahan utama;

1) 1/2 kg ikan tamban segar (kuantiti terpulang kepada individu)
2) 3 biji limau nipis (dibelah dan dapatkan air perahan limau nipis)
3) segenggam daun kesum (dihiris nipis)
4) segenggam kacang panjang (dihiris nipis)
5) 5 ulas cili padi (ditumbuk halus)-kuantiti mengikut kepedasan citarasa masing-masing
6) segenggam daun muda pucuk gajus (dihiris nipis)
7) sedikit garam (perasa)

Cara-cara penyediaan.
1) Ikan tambam yang sangat segar di bersihkan, ditoskan dan dipotong menyerong bagi mendapatkan filet ikan. Kemudian isinya dihiris nipis.Ketepikan. sisa ikan atau tulang jangan dibuang, kerana kebiasaannya akan dibuat singgang ikan.  
 (Ikan yang segar, isinya akan bewarna merah dan matanya tidak merah)


2) Bersihkan semua ulaman yang ada (daun kesum, kacang panjang, daun muda pucuk gajus) dan dipotong halus. Ketepikan dalam bekas lain.



3) Tumbukkan cili padi dan garam sehingga lumat dengan alu . Kemudian masukkan hirisan nipis ikan tadi kedalam (mortar/lesung) dan tuangkan air perahan limau nipis dan gaul sebati. Biarkan dalam bekas lesung dan tutup. Perap selama 40 minit supaya sebati dengan aroma dan rasa jus limau.



4) Setelah selesai diperap. Keluarkan ikan tadi dan campurkan dengan semua hirisan ulaman dalam bekas berlainan. dan gaul sekata sehingga semua sebati. Biarkan selama 15 min . Atau boleh disimpan ke dalam peti sejuk untuk mendapat hasil yg lebih memuaskan. Kerabu sedia untuk dihidangkan.



Selamat mencuba. *(^_^)*


Have a nice day all*(^_^)*


http://www.fiedafrieda.blogspot.com
Email-friedafieda@yahoo.com
Contact us-013-3083792/ 017-3696845/ 03-20214321 (office hours) 

Singgang daging (versi kelantan) *(^_^)*

Salam, dear all

Di kesempatan ini , fida ingin mengucapkan selamat hari raya aidiladha untuk semua yang beragama islam.
 Kemeriahan cukup jelas terasa ketika pulang ke kampung terutama di kawasan pantai timur, Kelantan mahupun Terengganu dan juga di seantero dunia terutama bagi mereka yang menjalani ibadah korban .


Upacara ibadah korban dan sesi melapah daging dijalankan untuk tujuan pengagihan daging korban kepada penduduk kg.



Ok, kembali kepada topik utama....
Tenang di hati ,*(^_^)*,Alhamdullilah, hujan rahmat
Dalam kedinginan musim hujan ini, fida ingin berkongsi resepi biasa masakan di kawasan pantai timur, kelantan yang sinonim dengan daging. menu pemanas badan.


Daging masak singgang (versi kelantan)



Bahan-bahan;
1) segenggam ketumbar (dibersihkan & ditumbuk lumat)
2) 3 inci lengkuas (lagi banyak lagi bagus)-untuk 1kg daging + tulang lembu-dihiris halus
3) seinci halia (dihiris halus)
4) 6 ulas bawang putih (diketuk)
5) 2-asam keping 
6) garam secukup rasa
7) 5 cawan air (secukup rasa untuk kuah)
8) ***hirisan halus cili kering -4 helai(optional- untuk memerahkan kuah & rasa sedikit pedas)
9) MAIN INGREDIENT- 1KG daging + tulang lembu.


Cara-cara membuat;
1) Bersihkan daging & tulang lembu dan letakkan di dalam periuk. Masukkan air.
2) Jerangkan periuk tadi di atas dapur dengan api sederhana. Rebuskan sehingga daging empuk.
3) Masukkan semua bahan (ketumbar+ lengkuas+ halia+ bawang putih+ asam keping+ cili kering yang dipotong kasar)
4) Rebuskan sehingga daging empuk dan perasakan dengan garam secukup rasa.
5) Setelah masak, singgang daging sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba, resepi yang mudah dan ringkas *(^_^)*





Have A nice day all *(^_^)*

http://www.fiedafrieda.blogspot.com
Email-friedafieda@yahoo.com
Contact us-013-3083792/ 017-3696845/ 03-20214321 (office hours)

Sunday, October 21, 2012

Red Warrior in Heart *(^_^)*

Salam, dear all

Im still wide awake, just to update to you the latest entry,;
*************
Congratulations to TRW, (The Red Warrior) for your champion, and i'm proud to be kelantanese :)

Ok, this entry is all about an order from someone ;
a box of cupcakes (red velvet cuppies)
as birthday gift to someone's birthday party

Red Velvet Cupcakes + Cream Cheese 






Thanks for ordering with us @ Fieda's delight

http://www.fiedafrieda.blogspot.com
Email-friedafieda@yahoo.com
Contact us-017-3696845/ 013-3083792/ 03-20214321 (office hours)

Monday, October 15, 2012

Ketenangan dan kedamaian~*(^_^)*

Salam, dear all

di mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi
di mana bumi dipijak, di situla langit dijunjung

di sebalik kesibukan di kota metropolitan,
kadang-kadang, untuk mencari kedamaian di jiwa, pasti kita akan pulang ke kampung halaman

**slot ini ditujukan buat semua yang berada di perantauan, **

begitula fida, seorang anak kampung, yang dibesarkan dengan suasana yang cukup mendamaikan

ada masa terluang, pulangla ke kampung ,luangkan masa bersama orang tersayang..hehee

lokasi; kg halaman :)

 ayam serama vs ayam kg


 black vs white

 angsa.....

 ladang tembakau

 with mama


kacang bendi


some of the guinea pigs


sweet corns-sedap sangat biler dimasak jadi bubur jagung..segar dari ladang


si kiambang

love shaped-jering


si tembikai kuning-isi yang sangat manis


***silala jamu mata yer :)


Tribute to you with love from Fieda's delight ..XOXO


http://www.fiedafrieda.blogspot.com
Email-friedafieda@yahoo.com
Contact-013-3083792/ 017-3696845/ 03-20214321 (office hours)

Flavours for your choice~*(^_^)*

Salam, dear all

Hola...im here again,
having such a good moments in peaceful zone...
this entry is tribute to you from fieda's delight with love..XOXO...


Which flavours do you want?
specially made for special events @ office 

many flavours available
*strawberry
*vanilla
* blueberry
or
* chocolate...

pick the best among the best *(^_^)*



hot "stuff " from the oven
im sexy and you know it *(^_^)*

sneak peaks for decorations (fondant figurines)




Have a nice day all *(^_^)*



http://www.fiedafrieda.blogspot.com
email-friedafieda@yahoo.com
contact us-013-3083792/ 017-3696845/ 03-20214321 (office hours)

Friday, October 5, 2012

Pink & White Wedding cake~*(^_^)*

Salam, dear all,

Classic, elegant, english style ~

This wedding cake is specially tribute to someone as wedding gift with love...XOXO...

Pink white -good combinations color for simple yet cute for your wedding cake

Pink White Wedding cake








Thanks for ordering with us @ Fieda's delight



http://www.fiedafrieda.blogspot.com
Email-friedafieda@yahoo.com
Contact us-013-3083792/017-3696845/ 03-20214321 (office hours)

Wednesday, October 3, 2012

Mee celup dan air kelapa~

Salam, dear all


lama sudah tidak menambahkan entri, 
hati masih berpaut di kg halaman, hehhe, al maklumla lama tk balik kg, sibuk dengan kerja,
ok, fida ingin kongsikan sedikit pengalaman sewaktu pulang ke kg tempoh hari...

misi-jalan-jalan cari makan, hehehe


lokasi -sewaktu dalam perjalanan,berdekatan pantai irama, bachok

fida dan sedara yang lain sempat menyinggah ke gerai jualan air kelapa yang sangat fresh...kira terbaik dari ladangla ni...pekena dengan mee celup ala kelantan..pergh..memang terbaik...hehehe...

air kelapa segelas besar hanya RM2.00 (sangat berbaloi)



mee celup -RM2.00 semangkuk

best part di kelantan- makanan yang sangat sedap dan murah. dan bnyak pilihan *^_^*..

kalau ada masa jomla bertandang ke kelantan....best...hehehe


setiap hari-hampir selori kelapa muda segar akan disediakan untuk disajikan kepada pelanggan..memang terbaik dari ladang :)


semangat si comel menunggu menu sampai , :) senyum...


bestnya...makanan dah sampi....nyum-nyum...bismillahirahmanirrahim ...:)


bersama sepupu-sepupu (women day out) :)


keep smiling..just the way you are  that will make you happy...

****abadikanlah hari-hari indah anda bersama org tersayang sementara anda masih ada, jgn tunggu hari esok untuk melaksanakannya kerana esok belum tentu masih ada.*****(^_^)

Have a nice day all *(^_^)*


http://www.fiedafrieda.blogspot.com
email-friedafieda@yahoo.com
contact us-013-3083792/017-3696845/ 03-20214321 (office hours)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ORDER FORM @ fieda's delight

Name:
Email Address:
Contact Numbers;
Delivery Location;
Delivery Date;
Types (Order Items);
Kindly stated the size, flavor, colour and theme (please refer to details of cakes, cupcakes and cheese cakes)

Form provided by Freedback.