Salam dear all,
Happy New Year, 2012 to all
May this new year will be your good luck year for your perfect plan :)
~semoga memberikan lembaran baru kepada azam baru dan memperbaiki segala kelemahan lalu ke arah yang lebih baik ~
sempena tahun baru ,
i just made simple yet delicious dishes for our lunch ,
*Ayam Masak Kurma**
here's the recipes;
Bahan-bahannya;
1) 1/2 ekor ayam yang dipotong sederhana , dibersihkan dan ditoskan
2) 1 paket perencah serbuk kurma ayam cap ADABI
3) 2 biji kentang (dibersihkan , dibuang kulit dan dihiris )
4) dua biji cili hidup merah (dibersihkan dan dihiris halus)***
5) satu inci halia (dibersihkan dan dihiris halus)***
6) 1 labu bawang besar (dibersihkan,dibuang kulit dan dihiris nipis)***
7) 1 labu besar bawang merah (dibersihkan dibuang kulit dan dihiris nipis)***
8) 2 ulas kecil bawang putih (dibersihkan , dibuang kulit dan dihiris nipis)***
9) 4 sekawan (bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis)***
10) 1 cawan santan
11) 1 cawan air
11) garam ,ajinomoto secukup rasa~
Cara membuatnya;
1) Perapkan ayam dengan kunyit dan sedikit garam. Gorengkan separuh masak ayam dan ketepikan.(langkah optional , boleh skip kalau tk nak goreng pun tkpe :)~)
2) Panaskan minyak dalam kuali lain, dan tumiskan semua bahan bertandakan *** sehingga naik bau.
3) Masukkan kentang , dan serbuk kurma ayam yang telah dibancuhkan terlebih dahulu dengan 1 cawan air (dapatkan pesnya)
4)Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng, ke dalam campuran tadi .
Masakkan sehingga hampir kering.
5) Masukkan santan pada akhirnya dan kacau sehingga betul2 pekat dan kentang lembut. Perasakan dengan garam dan ajinomoto.
6) Ayam masak kurma sedia untuk dihidangkan dan dimakan.
Have A Nice day ALL,
@
fieda's delight
fieda's delight
http://www.fiedafrieda.blogspot.com
email us; friedafieda@yahoo.com
contact us; 017-3696845/013-3083792
No comments:
Post a Comment