Tuesday, November 15, 2011

Nasi Lemak di Musim Tengkujuh

Salam, dear all,

hari ini kiter bersiaran dalam BM, dalam musim2 hujan a.k.a tengkujuh, hujan yg renyai2 nie, sy merajinkan diri membuat nasi lemak sebagai juadah "brunch" sy merangkap juadah makan tgahari . Teringatkan daun pandan di luar rumah dan telur yang masih banyak di dapur ,sy buatla menu yang simple ni. Lagipun dah lama tak makan nasi lemak, sekali sekala bolehla sbb makanan berlemak nie tak boleh makan selalu, tak elok untuk kesihatan, apatah lagi nie makanan lemak bersantan.

Jom kiter tgk hasilnya, 
Nasi Lemak biasa , biasanya org akan suka makan ngan sambal ikan bilis goreng + kacang asing. 
Tapi fida lagi suka version ikan bilis halus goreng ngan sambal sekaligus. Terpulangla ikut cara masing-masing, yg penting sedap :)




InIla resepi biasa Nasi Lemak versi saya;

Nasi;
Bahan-bahan;
2 1/2 cwn beras (di basuhkan dan ditoskan)
1 biji kelapa (diperahkan dan diambil santannya)
1 inci halia (dihiris halus)
sedikit garam
2-4 helai daun pandan (dibersihkan & disimpulkan)
**Note; untuk masakan bersantan seeloknya bubuh sedikit garam untuk menambahkan rasa sedap lemak .

Cara-cara;
1) Basuhkan dan toskan beras. Tanakkan atas dapur dengan santan yang diperah tadi.
2) masukkan hirisan halia + sedikit garam + daun pandan ke dalam nasi + santan tadi.
3) Pastikan nasi dimasak dengan api sederhana kecil supaya tidak hangit bawah nasi nanti.
(kalau ader rice cooker lagi bagus, takpayah jaga api, just keep warm, insyaAllah masaklah nanti)


Sambal Ikan Bilis,

Bahan-bahan;
1) 100gm ikan bilis yang halus yang sudah dikopek (ikutla gred mana2 ikut kesukaan masing-masing)
***kalau nak goreng asing , gunakan ikan bilis saiz besar
**kalau nak sambal, better guna ikan bilis kecil / halus ,sebb lagi lembut.
2) 15 biji cili kering (dikisarkan)- nak pedas lagi lebihkan.
3) 5 ulas bawang merah (dikisarkan)
4) 2 ulas bawang putih (dikisarkan)
5) 1 inci halia (dikisarkan)
6) satu keping asam gelugur/asam keping
7) secubit belacan
8) garam, gula secukup rasa

Cara-cara membuat;
1) Kisarkan semua bahan yang perlu dikisar. Ketepikan
2) Basuhkan dan bersihkan ikan bilis yang telah dikopek.
3) Panaskan minyak dan tumiskan bahan sambal sehingga pecah minyak dan naik bau. Kemudian letakkan ikan bilis + belacan + belacan.
4) Masak sehingga ikan bilis agak2 lembut untuk dimakan.Perasakan dengan garam,gula secukup rasa.

***ader sesetengah org , ikan bilis dan kacang goreng  hanya digoreng sahaja**



(pic tk berapa pro-kena belajar lagi*sy budak baru belajar*)

Ulam-ulaman;
timun yang dihiris halus-halus

Telur rebus;
4 biji (terpulang ikut citarasa)

**rebuskan dalam air mendidih selama 15 minit , sehingga betul2 masak, setelah masak, sejukkan sebentar sebelum dibuang kulit & dipotong unutuk dihidangkan bersama nasi lemak **

santapan ini enak dimakan dengan kopi panas, sewaktu makan sarapan, tengahari ataupun malam bersama
hidangan sampingan lain spt, (sambal sotong/ sambal goreng ayam/ telur masak kerbau/ daging masak kicap etc..)*(^_^)*
selamat mencuba . 


Have A nice day

Cooking with Love & You will taste the Passion Of IT

*(^_^)*

@
fieda's delight
http://www.fiedafrieda.blogspot.com
email us; friedafieda@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ORDER FORM @ fieda's delight

Name:
Email Address:
Contact Numbers;
Delivery Location;
Delivery Date;
Types (Order Items);
Kindly stated the size, flavor, colour and theme (please refer to details of cakes, cupcakes and cheese cakes)

Form provided by Freedback.