Friday, August 31, 2012

Selamat Pengantin Baru, Adibah & Firdaus ~*(^_^)*

Salam, dear all

selamat pengantin baru adibah & firdaus 

kecil-kecil si comel sang mempelai, 
bagai merpati dua sejoli,
seindah senyuman perjanjian termeterai,
oren hijau menjadi penyeri .


semoga berbahagia sehingga ke syurga , dirahmati & diberkati selalu hendakNya.

Theme Color-Orange & Green
 3-tiered carrot cake flavoured buttercream wedding cakes






wajah ceria pengantin baru *(^_^)*







have a nice day all *(^_^)*

tribute with love from fieda's delight , XOXO..*(^_^)*

http://www.fiedafrieda.blogspot.com
email-friedafieda@yahoo.com
contact us-017-3696845/ 013-3083792/ 03-20214321 (office hours)

Wednesday, August 29, 2012

ApA Yang Penting.....Kerjasama ~ " bekwoh"

Salam, dear all,

im here again to update the entries (behind the scene/ the making of wedding event or so called kenduri kahwin " bekwoh" , kelantan style )

***tradisi gotong royong yang kian lama dilupakan oleh anak muda sekarang, semoga tradisi ini dapat diteruskan untuk generasi muda akan datang selain mengeratkan silaturahim dan memeriahkan suasana majlis :)*****

Enjoys the pics as you enjoy your days *(^_^)*


sesi melapah dan memotong daging lembu yang dikorbankan






pihak perempuan sibuk menyiapkan bahan asas untuk hidangan











Tribute from fieda's delight with love, XOXO


http://www.fiedafrieda.blogspot.com
email-friedafieda@yahoo.com
contact us-013-3083792/017-3696845/ 03-20214321 (office hours)


Selamat Pengantin Baru Pjol & Ayu *(^_^)*

Salam, dear all

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin untuk semua :)

sewaktu pulang bercuti beraya di kg, kami sekeluarga bersama sanak saudara
sibuk menyediakan persiapan untuk menyediakan majlis perkahwinan menyambut menantu yg merupakan abg saya sendiri. :)dan tugas saya , membantu menyiapkan kek kahwin , doorgift , cupcakes,untuk memeriahkan suasana majlis yang berbahagia ini :)

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada pjol dan pasangannya , Ayu.
Semoga Berbahagia sehingga ke syurga dan dilimpahi rahmat berkat hendakNya.

fida akan masukkan entri  lain iaitu
suasana di sebalik tabir persiapan kenduri kahwin bagi masyarakat kelantan khususnya penduduk kampung fida sendiri yang penuh dengan kemeriahan :)

Tema-Biru Muda 
-3-tiered buttercream wedding cake








light blue mix deco cupcakes 


choc moist cuppies as doorgift




Tribute from fieda's delight with love, XOXO...:)


Have A Nice day ALL *(^_^)*

http://www.fiedafrieda.blogspot.com
email-friedafieda@yahoo.com
contact us-013-3083792/ 017-3696845/ 03-20214321 (office hours)




Friday, August 10, 2012

Sweet Pink & Blue (Turqoise) RVC ~*(^_^)*

Salam, dear all
Its almost 9 days left before we will celebrate Eid- Fitri in this year , 2012.
This entry is last order during Ramadhan month before im leaving for Raya Aidilfitri holiday soon :)

A box of  sweet pink & blue (turqoise) red velvet cupcakes 

"girlish theme"





Thanks for ordering with us @ fieda's delight

Have a nice day all :)

http://www.fiedafrieda.blogspot.com
email-friedafieda@yahoo.com
contact us-0173696845/ 0133083792/ 03-20214321 (office hours)

Saturday, August 4, 2012

KARI IKAN TALAPIA~*(^_^)*

Salam, dear all

ApaKAH menu berbuka ANDA hari ini? 
ingin mencuba sesuatu yang baru? kadang-kadang tekak kita pun ingin merasa sesuatu yang lain dari lain,
jemu juga asyik makan yang agak "biasa", ok, *(^_^)*,
 selain membeli juadah di bazar ramadhan yang mungkin tidak menepati citarasa dan agak klise' dan kadang-kadang tidak diketahui sejauh mana kebersihannya . :) sekali sekala apa salahnya.
Itulah  rutin biasa seorang perempuan/ ibu/ anak untuk mencari menu sesuai untuk disajikan ketika berbuka puasa bersama keluarga dan teman . 

Ok, kali ini, fida ingin berkongsi resepi kari versi ikan talapia. 
memang jarang org buat, tapi tidak mencuba sesuatu yang lain daripada biasa. 
*****Kebiasaannya ikan talapia ini dimasak lemak tempoyak/ cili padi/ asam pedas/ "sweet sour"/ berlada/ berempah..

***Kari ini boleh dimasak dengan ikan patin/ ikan tongkol/ ikan merah etc. 



KARI IKAN TALAPIA
(hidangan 2-3 orang )

Bahan-bahan;
1) 2 ekor ikan talapia saiz besar (dipotong sederhana saiz, dibersihkan dan diperap dengan air asam jawa-untuk hilangkan hanyir).
2)Sepaket serbuk kari ikan (Baba's Brand)-dicampur sedikit air dan dapatkan dalam bentuk pes.
3) 1 cawan air asam jawa (buang bijinya)
4) 3 biji bawang merah bombay **dikisar
5) 10 biji cili kering**dikisar
6) 3 ulas bawang putih ***dikisar
7) seinci halia ***dikisar
8) 4 rempah sekawan (bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kayu manis)
9) 1 cawan santan kelapa
10) sebatang terung (dihiris sederhana saiz)
11) sedikit air
12) sedikit minyak untuk menumis
13) garam, gula , ajinomoto (secukup rasa)


Cara-cara membuat;
1)Tumiskan bahan yang dikisar , 4 rempah sekawan dengan minyak dalam periuk sehingga pecah minyak. Biarkan betul2 pecah minyak supaya rempah kari tadi tidak sakit perut bila dimakan. (5-7min)
2) Masukkan pes serbuk kari dan masukkan air , air asam jawa dan ikan talapia yang ditoskan dari perapan air asam jawa. 
3) Renehkan kuah dan ikan sementara (20 min). 
4) Kemudian, masukkan hirisan terung , dan masukkan santan. Perasakan dengan garam, gula dan ajinomoto (jika perlu). Masakkan sehingga kuah pekat. Jangan terlalu lama masak kerana dikhuatiri ikan akan hancur.
5) Kari Ikan Talapia sedia untuk dihidangkan.



Selamat Mencuba semua *(^_^)*


Have A nice day, all *(^_^)*
http://www.fiedafrieda.blogspot.com
Email-friedafieda@yahoo.com
Contact us-013-3083792/ 017-3696845/ 03-20214321 (office hours)



Tuesday, July 31, 2012

Asam Pedas Ikan Patin~*(^_^)*

Salam, dear all,

Selamat menyambut Ramadhan hari ke-11, syukur Alhamdullilah .
Sungguhpun cuaca panas terik di luar, ini tidaklah menjadi alasan untuk kita menjalani rutin seharian 
seperti biasa dengan bersemangat. :)

Tips untuk kekal bertenaga, jangan lupakan bersahur walaupun hanya segelas susu. :) apa yang penting, Jangan Malas, Nanti penat :)

Ok, hari ini kita berkongsi resepi menu yang popular di Johor, Asam Pedas,
tapi yang lainnya  kerana fida menggunakan ikan patin sebagai sajian utama.

Asam Pedas Ikan Patin
(hidangan 3-5 orang)




Bahan-bahan;
1) seekor ikan patin (1kg ++ ) dipotong sederhana saiz, dibersihkan dan direndam dengan air asam jawa (untuk hilangkan hanyir)-45min
2) 3 ulas bawang merah ** dikisar
3) 4 ulas bawang putih ***dikisar
4) 10 biji cili kering **dikisar
5) seinci lengkuas **dikisar
6) sedikit belacan
7) sebatang bunga kantan (dibelah dua)
8) segenggam (daun kesum)
9) 3 batang serai (diketuk/dititik)
10) 3 cawan Air asam jawa 
11) 5 batang bendi (dipotong)
12) sedikit air (kuah)
13) Garam & Gula *ajinomoto (jika perlu)
14) sedikit minyak untuk menumis 



Cara-cara membuat;
1) Tumiskan bahan yang dikisar dengan minyak di dalam periuk sehingga pecah minyak.
2) Masukkan belacan, serai yang diketuk, bunga kantan, daun kesum dan kacau sehingga bahan tumisan pecah minyak.
3) Masukkan ikan patin yang ditoskan setelah diperap dengan air asam jawa ke dalam periuk. 
4) Masukkan air asam jawa dan tambahkan air ikut kepekatan kuah yang diigini.
5) Renihkan kuah sehingga pekat dan masukkan bendi yang dipotong dan perasakan dengan bahan perasa (garam, gula , ajinomoto secukup rasa).
6) Masak sehingga kuah kelihatan pekat, dan minyak naik di permukaan, selama (15 minit ) dengan api sederhana dan jangan terlebih masak supaya ikan tidak hancur. 
7) Asam Pedas ikan patin sedia untuk dihidangkan.



Selamat Mencuba :)

Have A nice day All :)



http://www.fiedafrieda.blogspot.com
Email-friedafieda@yahoo.com
Contact us-013-3083792/ 017-3696845/ 03-20214321 (office hours)




Saturday, July 28, 2012

Ayam Masak Kurma ~*(^_^)*

Salam, dear all

selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia, 
di kala kesibukan melanda, tidak membataskan waktu untuk menyediakan juadah berbuka puasa bersama keluarga mahupun teman, semoga Ramadhan ini memberikan barakah buat anda semua yang beragama Islam. InsyaAllah , ikhlaskan hati dengan menghadapi segala dugaan di bulan yang mulia ini. *(^_^)*

Kali ini resepi yang pernah diutarakan dalam entry sebelum ini ;
Ayam Masak Kurma,



here's the recipes;
Bahan-bahannya;
1)  1/2 ekor ayam yang dipotong sederhana , dibersihkan dan ditoskan
2) 1 paket perencah serbuk kurma ayam cap ADABI
3) 2 biji kentang (dibersihkan , dibuang  kulit dan dihiris )
4) dua biji cili hidup merah (dibersihkan dan dihiris halus)***
5) satu inci halia (dibersihkan dan dihiris halus)***
6) 1 labu bawang besar (dibersihkan,dibuang kulit dan dihiris nipis)***
7) 1 labu besar bawang merah (dibersihkan dibuang kulit dan dihiris nipis)***
8) 2 ulas kecil bawang putih (dibersihkan , dibuang kulit dan dihiris nipis)***
9) 4 sekawan (bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis)***
10) 1 cawan santan
11) 1 cawan air
11) garam ,ajinomoto secukup rasa~


Cara membuatnya;
1) Perapkan ayam dengan kunyit dan sedikit garam. Gorengkan separuh masak ayam dan ketepikan.(langkah optional , boleh skip kalau tk nak goreng pun tkpe :)~)
2) Panaskan minyak dalam kuali lain, dan tumiskan semua bahan bertandakan *** sehingga naik bau.
3) Masukkan kentang , dan serbuk kurma ayam yang telah dibancuhkan terlebih dahulu dengan 1 cawan air (dapatkan pesnya)
4)Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng, ke dalam campuran tadi . 
Masakkan sehingga hampir  kering. 
5) Masukkan santan pada akhirnya dan kacau sehingga betul2 pekat dan kentang lembut. Perasakan dengan garam dan ajinomoto.
6) Ayam masak kurma sedia untuk dihidangkan dan dimakan.




Have A Nice day ALL,


@
fieda's delight
http://www.fiedafrieda.blogspot.com
email us; friedafieda@yahoo.com
contact us; 017-3696845/013-3083792

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ORDER FORM @ fieda's delight

Name:
Email Address:
Contact Numbers;
Delivery Location;
Delivery Date;
Types (Order Items);
Kindly stated the size, flavor, colour and theme (please refer to details of cakes, cupcakes and cheese cakes)

Form provided by Freedback.