Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Cergas dan Cerdas dengan bersukan ~
Arena sukan bola sepak merupakan sukan yang amat unik yang melibatkan penggunaan tenaga fizikal, tahap konsentrasi yang tinggi dalam percaturan strategi secara taktikal oleh para pemain sebagai satu pasukan. Kerjasama sepasukan diperlukan untuk menghasilkan persembahan yang mantap selain persaingan yang positif oleh pihak lawan.
Umumnya, budaya bersukan membantu membentuk sahsiah jati diri, disiplin dan nilai murni yang mampan. Selain itu, menerusi implimentasi budaya sukan di peringkat sekolah mahupun di peringkat universiti membantu dalam melahirkan bakat-bakat baru dalam arena sukan bola sepak yang berpotensi untuk bersaing di persada antarabangsa.
Di samping itu, bersukan juga merupakan aktiviti riadah yang berfaedah selain dapat mengeratkan tali silaturahim sesama rakan seperjuangan dan memupuk perpaduan kaum dalam membentuk masyarakat yang lebih sihat dan bertenaga. Justeru, marilah kita membentuk budaya sukan ke arah masyarakat yang cergas , cemerlang , gemilang dan terbilang.
Tribute with love, XOXO