Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar semua? *(^_^)*,
senja kian berlabuh~
Menu hidangan tengahari yang ingin dikongsikan hari ini ;
Ikan Siakap
Ikan siakap (Lates calcarifer), merupakan spesis tangkapan yang digemari oleh kaki pancing. Uniknya ikan ini boleh hidup di air tawar, air masin dan air payau, dan boleh bertukar jantina dari jantan ke betina. Ikan siakap dikategorikan sebagai ikan yang kurang berlemak dan menjadi hidangan alternatif yang berkhasiat untuk santapan keluarga.
Ikan Siakap Stim Lemon
Bahan-bahan;
1) Seekor ikan siakap ( dibuang sisik ,disiang, dan dibersihkan)
2) 1 inci halia (diracik halus)-tujuannya untuk menghilangkan bau hanyir ikan
3) 1 biji lemon (dipotong bulat)-tujuannya untuk menghilangkan bau hanyir ikan
4) 4 ulas bawang putih (diketuk )
5) 1 sudu besar garam (dilumurkan pada ikan)
6) sedikit lada sulah (alternatif)
7) sedikit sos tiram (alternatif)
Cara-cara membuat:
1) Panaskan air dalam kukusan sehingga mendidih.
2) Masukkan ikan yang dilumurkan garam, halia yang diracik, bawang putih yang diketuk, lemon yang dipotong bulat, sedikit lada sulah dan sedikit sos tiram ke dalam periuk kukusan.
3) Biarkan ikan dikukus selama (30minit) sehingga masak, iaitu isi ikan kelihatan putih.
4) Ikan siakap stim lemon sedia untuk dihidangkan .
Selamat mencuba *(^_^)*
Tip ringkas;
Ikan siakap boleh digantikan dengan ikan merah untuk hidangan stim.
Hidangan ikan siakap boleh juga digantikan dengan hidangan siakap tiga rasa (sweet sour) dan siakap masak pedas.
Tribute with love, XOXO